Cooking with a dash of love, which is the key ingredient to good cooking. Happy Reading and Happy Cooking!

Followers

Thursday 28 November 2013

KACANG PHOOL (FOUL) BEREMPAH / SPICY FOUL BEAN







Spicy Foul Beans

Ingredients

2 cans foul beans (1 canned mashed, 1 can used straight from the tin) (baked bean can also be use)
300 gm minced beef
3 tablespoon baryani powder
2 onions (1½ clove for sauté, ½ cloves of finely cut cubes for garnishing)
2 cloves of garlic
3 tablespoon homemade chili paste 
1 tablespoon homemade multi-purpose paste
1 tablespoon homemade ginger-garlicpaste
2 tablespoon homemade tomatoes sauce
3 tablespoon evaporated milk
Salt
Sugar
Olive oil
Butter
Eggs (sunny-up - depending on how many people want to eat).
Sandwich bread (can also use French loaf)

For garnishing

Parsley
Spring onions
Green chilies
Calamansi
Diced onion

Methods

  1. Heat oil, sauté the onion, garlic and all homemade pastes until fragrant.
  2. Stir fry the minced meat until cooked together with sautéed ingredients.
  3. Add biryani spices powder.
  4. Once the meat cooked, add a little water and add the mashed foul beans.
  5. After all ingredients well mixed, add whole foul beans and evaporated milk.
  6. Add salt, sugar and tomato sauce.
  7. If thick add water to dilute it.
  8. To serve, put foul beans in a bowl.
  9. Sprinkle the diced onion, coriander leaves, spring onions and calamansi.
  10. Eat it with buttered toasted bread and sunny-up egg.

Kacang Phool Berempah

Bahan-bahan

2 tin kacang phool (1 tin dilenyek, 1 tin diguna terus dari tin) (boleh juga diguna kacang panggang)
300 gm daging kisar
3 sudu besar rempah baryani
2 ulas bawang besar (1½ ulas untuk tumisan, ½ ulas potong kiub halus untuk tabur)
2 ulas bawang putih
3 sudu besar pes cili kisar
1 sudu besar pes pelbagai guna
1 sudu besar pes halia-bawang putih
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar susu isian sejat
Garam
Gula
Minyak zaiton
Mentega
4 biji telor (digoreng mata kerbau – bergantung kepada berapa orang nak makan.
Roti sandwich (boleh juga roti bai atau French loaf)

Untuk hiasan

Daun sup
Daun bawang
Cili hijau
Limau kasturi
Bawang besar yang dipotong kiub

Langkah-langkah

  1. Panaskan minyak dikuali, tumiskan bawang besar, bawang putih dan semua pes sehingga naik bau.
  2. Gorengkan daging kisar sehingga masak bersama tumisan di atas.
  3. Tambah rempah biryani.
  4. Bila daging dah masak, masukkan sedikit air dan masukkan kacang phool yang dilenyek.
  5. Selepas agak sebati daging kisar dan kacang phool lenyek, masukkan kacang phool yang telah ditoskan airnya dan susu isian sejat.
  6. Masukkan garam, gula, sos cili dan sos tomato.
  7. Jika pekat tambahkan air tapi jangan sampai cair.
  8. Untuk hidangan, masukkan kacang phool dalam mangkuk.
  9. Taburkan bawang yang dipotong kiub, daun sup, daun bawang dan limau kasturi.
  10. Hidang bersama dengan roti bakar disapu mentega dan telor mata kerbau.

Sunday 24 November 2013

LAUK DAN NASI BARYANI UDANG / PRAWN BARYANI DISH AND RICE





Prawn Baryani

Ingredients

½ kg fresh prawn (medium size)
5 tablespoons baryani spice
3 tablespoons homemade blended chili paste
2 tablespoons homemade ginger-garlic paste
2 tablespoons onion paste
4 tablespoons homemade tomato sauce /tomato puree
4 tablespoons ghee
1 sprig of mint
Coriander leaves and spring onions
1 cup evaporated milk
2 teaspoons almond
1 small lemon
Salt
Sugar

Methods
  1. Washed and marinated prawn for at least 15 minutes with ghee, a range of ginger-garlic paste, onion, spices baryani, minced chili paste, squeezed lemon, mint leaves, almond powder, coriander leaves and spring onions in a saucepan.
  2. Once enough marinated time, heat the pot until oil comes out from the paste.
  3. Add evaporated milk and mix evenly.
  4. Season it with salt and sugar.
  5. Ready to eat. 
Prawn Baryani rice

Ingredients

4 cups basmati rice
5 tablespoons paste/gravy from prawn baryani
1 onion, cut round
Sauté 4 bunch of spices (cinnamon, star anise, cloves, cardamom)
½ tomatoes (optional)
1 stick of red chilies (optional)
½ can of evaporated milk
1 tablespoon egg-yellow coloring
Salt
Sugar
Mint leaves (optional)
Pandan leaves
Ghee
Water, same quantity with rice

Methods
  1. Soak the rice for about 30 minutes.
  2. Boil rice until expand, tossed it. (to maintained the length of rice)
  3. Heat a pan with ghee. Sauté baryani spices and four bunch of spices. Put the pandan leaves, mint leaves and onion.
  4. Squeeze tomato and broken chili and put into the pot. Put paste which has been prepared. Stir until fragrant.
  5. After evenly mix, pour water.
  6. After boiling, sprinkle salt and sugar to taste. Add the evaporated milk and stir well.
  7. Add pre-cooked rice and stir thoroughly.
  8. Cover the pot and wait until cook. Stir gently so that rice is not broken.
  9. Separate small portion and mix with egg-yellow food coloring.
Lauk Baryani Udang

Bahan-bahan

½ kg udang segar (sais sederhana)
5 sudu besar rempah baryani
3 sudu besar pes cili kisar buatan sendiri
2 sudu besar kisaran halia-bawang putih buatan sendiri
2 sudu besar pes bawang besar
4 sudu besar sos tomato / tomato puree buatan sendiri
4 sudu besar minyak sapi
1 tangkai daun pudina
Daun sup dan daun bawang
1 cawan susu cair
2 sudu teh serbuk badam
1 biji lemon
Garam
Gula

Langkah-langkah
  1. Daging dicuci dan diperap selama sekurang-kurangnya 15 minit dengan minyak sapi, kisaran halia-bawang putih, pes bawang besar, rempah baryani, pes cili kisar, perahan lemon, daun pudina, serbuk badam, daun sup dan daun bawang dalam periuk.
  2. Setelah perapan sekata panaskan periuk sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan susu cair dan gaul sehingga sekata.
  4. Perisakan dengan garam dan gula setelah daging menjadi lembut.
  5. Siap untuk dihidang bersama nasi.
Nasi Baryani Udang

Bahan-bahan

4 cawan beras Basmathi
5 sudu pes/kuah baryani udang
1 ulas bawang besar dipotong bulat
Rempah tumis 4 serangkai (kayu manis, bunga lawang, cengkih, pelaga)
Minyak sapi
½ biji tomato (optional)
1 batang cili merah (optional)
½ tin susu cair
1 sudu besar pewarna kuning
Garam
Gula
Daun pudina (optional)
Daun pandan
Air sama kuantiti dengan beras

Langkah-langkah
  1. Rendam beras selama lebih kurang 30 minit.
  2. Rebus beras sehingga kembang, toskan. (untuk mengekalkan saiz beras yang panjang)
  3. Panaskan periuk beserta minyak sapi. Tumiskan rempah 4 serangkai. Masukkan daun pandan, daun pudina dan bawang besar.
  4. Ramas tomato serta patahkan cili merah dan masukkan kedalam periuk. Masukkan paste baryani yang telah disediakan. Kacau sehingga naik bau.
  5. Setelah campuran sekata masukkan air mengikut sukatan beras.
  6. Setelah mendidih masukan garam dan gula secukup rasa. Masukkan susu cair dan kacau.
  7. Masukkan nasi yang telah direbus dan ditoskan, kacau seketika,
  8. Tutup periuk dan tunggu sehingga kering dan masak. Kacau perlahan-lahan agar beras tidak patah.
  9. Asingkan sedikit dan digaul dengan pewarna kuning telur dan taburkan bersama nasi yang telah masak.

Wednesday 20 November 2013

AYAM MASAK MERAH MENGGUNA PEMANGGANG AJAIB \ CHICKEN IN SPICY TOMATO GARVY USING MAGIC GRILL



Chicken in Spicy Tomatoes Gravy Using Magic Grill
Ingredients

1 chicken cut into small pieces
2 cups homemade tomato paste
2 tablespoons homemade chili paste
1 teaspoon homemade ginger-garlic paste
1 teaspoon homemade multi-purpose paste
½ teaspoon turmeric powder
Sautéed spices (cinnamon, star anise, cloves, cardamom)
Parsley
Basil leaves (optional)
1 stalk lemongrass
Olive oil
Salt
Sugar
Dried tamarind

Methods
  1. Heat the olive oil in a magic grill. 
  2. Sauté sautéed spices, lemon grass, ginger-garlic paste, multi-purpose paste and ground chili paste until fragrant. 
  3. Put tomato paste, turmeric powder and chicken. Mix well and add a little water. 
  4. Put dried tamarind, parsley and basil leaves. 
  5. Sprinkle salt and sugar to taste. 
  6. Close and preheat magic grill on medium heat for 5 - 10 minutes. 
  7. Ready to be serve. 
Ayam Masak Merah Menggunakan Pemanggang Ajaib

Bahan-bahan

1 ekor ayam dipotong kecil
2 cawan pes tomato buatan sendiri
2 sudu besar pes cili kisar
1 sudu teh pes halia-bawang putih
1 sudu teh pes pelbagai guna
½ sudu teh serbuk kunyit
Rempah menumis (kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, bua pelaga)
Daun sup
Daun selasih (optional)
1 batang serai
Minyak zaiton
Garam
Gula
Asam keping

Langkah-langkah
  1. Panaskan minyak zaiton dalam pemanggang ajaib. 
  2. Tumiskan rempah menumis, serai, pes halia-bawang putih, pes serbaguna dan pes cili kisar sehingga naik bau. 
  3. Masukkan pes tomato, serbuk kunyit dan ayam. Gaul rata dan masukkan sedikit air. 
  4. Masukkan asam keeping, daun sup dan daun selasih. 
  5. Perisakan dengan garam dan gula. 
  6. Tutup pemanggang ajaib dan panaskan pada api sederhana selama 5 - 10 minit. 
  7. Siap untuk dihidang.

Wednesday 13 November 2013

AYAM GORENG RANGUP BEREMPAH / SPICY CRUNCHY FRIED CHICKEN





Spicy Crunchy Fried Chicken

Ingredients

1 chicken cut into 12 parts
1 tablespoon homemade multi-purpose paste
1 teaspoon homemade ginger - garlic paste
2 tablespoons chili powder
3 tablespoons curry species
2 eggs
1 teaspoon mixed spices
1 teaspoon mixed herbs
2 cups corn flakes, crushed
3 tablespoons lemon juice
1 cup rice flour
2 cups flour
1 tablespoon turmeric powder
1 teaspoon coarsely ground black pepper
Salt
Sugar
Carbonated water
Cooking oil

Methods
  1. Mix flour and rice flour. Add chili powder, curry powder, mixed spice, mixed herb, coarse black pepper, salt and sugar. Mix it well.
  2. Put multipurpose paste, garlic-ginger paste and mixed with the above mixture.
  3. Add lemon juice, eggs and mixed with carbonated water.
  4. Add chicken and mixed and marinated for at least 10 minutes.
  5. In other containers put corn flakes. Roll marinated chicken into corn flakes and fried individually.
  6. Once chicken turn golden brown, remove and drain briefly.
  7. Ready to be served with a sauce.
Ayam Goreng Rangup Berempah

Bahan-bahan

1 ekor ayam dipotong 12 bahagian
1 sudu besar pes pelbagai guna
1 sudu teh pes halia-bawang putih
2 sudu besar serbuk cili
3 sudu besar rempah kari daging
2 biji telur
1 sudu teh rempah campuran (mixed spices)
1 sudu teh campuran herba kering (mixed herbs)
2 cawan kepingan jagung, dihancurkan
3 sudu besar juslemon
1 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada hitam ditumbuk kasar
Garam
Gula
Air berkabonat
Minyak masak

Langkah-langkah
  1. Campurkan tepung gandum dan tepung beras. Tambahkan serbuk cili, rempah kari, rempah campuran, campuran herba kering, lada hitam, garam dan gula. Gaul sebati.
  2. Masukan pes pelbagai-guna, pes halia bawang putih dan digaul bersama campuran di atas.
  3. Masukkan jus lemon, telor dan digaul bersama air berkabonat.
  4. Masukkan ayam dan digaul dan diperap sekurang-kurang 10 minit.
  5. Dalam bekas yang lain masukkan kepingan jagung. Ayam yang diperap digaul dalam bekas kepingan jagung satu persatu dan digoreng tenggelam dalam kuali.
  6. Setelah gorengan menjadi kuning keemasan, angkat dan toskan seketika.
  7. Siap untuk dihidang dengan sos.

Friday 8 November 2013

GULAI KAWAH DAGING DAN NANGKA \ MEAT AND JACK-FRUIT CRATER CURRY





Meat and Jackfruit Crater Curry

Ingredients

1 kg beef mince mixed with bone. (Cut into small and thin)
3 pieces young jackfruit, cut and boiled
1 onion - sliced
2 cloves garlic - sliced
3 tablespoons crater curry spices (mixed it with broth)
3 tablespoons homemade blended chili paste
1 tablespoon homemade multi purpose paste
1 tablespoon homemade ginger - garlic paste
2 stalks lemon grass, crushed
3 tablespoons roasted coconut
Sautéed spices (cinnamon, cloves, star anise and cardamom)
Kaffir lime leaves
Dried tamarind
Salt
Palm sugar
Oil for sauté

Methods
  1. Boil meat until tender and tossed. Put broth aside.
  2. Sauté sautéed spices, onion, garlic, lemongrass and all pastes.
  3. Once fragrant, add the crater curry spices paste. Stir-fry until oil separates and the mix became crisp.
  4. Pour the spices mixture into a container containing boiled meat and boiled jackfruit.
  5. Mix until well blended and heat the crater. Add the broth, dried tamarind and kaffir lime leaves. Stir briefly.
  6. Pour in coconut milk, palm sugar and toasted coconut. Bring to a boil.
  7. Taste it with salt, leave for a while.
  8. Ready to be serve.
Gulai Kawah Daging dan Nangka

Bahan-bahan

1 kilogram daging dicampur tulang dan tetel. (Dipotong kecil dan nipis)
3 keping nangka muda dipotong dan direbus
1 bawang besar - dimayang
2 ulas bawang putih – dimayang
3 sudu besar rempah gulai kawah (dicampurkan dengan air rebusan)
3 sudu besar pes cili kisar
1 sudu besar pes serbaguna
1 sudu besar pes halia-bawang putih
2 batang serai dititik
3 sudu besar kerisek
Rempah tumisan (Kulit kayu manis, cengkih, lawang dan buah pelaga)
Daun limau purut
Asam keping
Garam
Gula melaka
Minyak untuk menumis

Langkah-langkah
  1. Daging direbus sehingga empuk dan toskan. Air rebusan diketepikan.
  2. Tumiskan rempah tumisan, bawang besar, bawang putih, serai dan semua pes.
  3. Setelah naik bau, masukkan pes rempah gulai kawah. Kacau sehingga naik minyak dan garing.
  4. Tuangkan bahan yang ditumis ke dalam bekas mengandungi daging dan nangka yang telah direbus.
  5. Gaul sehingga sebati dan panaskan kawah. Masukkan air rebusan, asam keping dan daun limau. Kacau seketika.
  6. Masukkan santan, gula melaka dan kerisek. Biarkan mendidih.
  7. Perisakan dengan garam, biarkan seketika.
  8. Siap untuk dihidang.

Saturday 2 November 2013

LASAGNA ROTI / FLATTENED BREAD LASAGNA










Flattened Bread Lasagna

Ingredients

16 slices of sandwich bread (the number depends on the casserole)
3 cups homemade spaghetti bolognesesauce
250 grams of mozzarella cheese
100 grams of peeled grated parmesan cheese
½ cup evaporated milk
Basil leaves
Olive oil

Methods
  1. Rub olive oil on the baking casserole.
  2. Preheat oven at 240 degrees Celsius.
  3. Flatten bread sandwiches using rollers.
  4. Arrange the rolled bread in the casserole covers the base.
  5. Pour evaporated milk over bread and poured spaghetti sauce over the surface.
  6. Arrange another layer of bread to cover the surface and poured milk over bread.
  7. Sprinkle with parmesan cheese to covered surface.
  8. Coat flattens bread with evaporated milk. Pour spaghetti sauce.
  9. Sprinkle with mozzarella cheese, parmesan cheese and basil leaves.
  10. Bake it for 20 -30 minutes or until cheese becomes golden brown.
  11. Ready to be serve.
Lasagna Roti

Bahan-bahan

16 keping roti sandwich (bilangan bergantung kepada bekas pembakar)
3 cawan sos spaghetti bolognese 
250 gram keju mozzarella
100 gram keju parmesan disagat
½ cawan susu isian sejat
Daun selasih
Minyak zaiton

Langkah-langkah
  1. Sapukan minyak zaiton pada bekas pembakar.
  2. Panaskan ketuhar pada suhu 240 darjah Celsius.
  3. Leperkan roti sandwich mengguna penggelek.
  4. Susun roti yang digelek di dalam bekas pembakar menutupi bahagian dasarnya.
  5. Tuangkan susu isian sejat ke atas roti dan dituangkan sos spaghetti keseluruhan permukaan.
  6. Susun lagi lapisan roti menutupi permukaan dan dituang susu ke atas roti.
  7. Taburkan keju parmesan menutupi permukaan.
  8. Lapiskan roti dan dituang susu isian sejat. Tuangkan sos spaghetti.
  9. Taburkan keju mozzarella, keju parmesan dan daun selasih.
  10. Bakar selama 20 -30 minit atau sehingga permukaan keju menjadi kuning keemasan.
  11. Siap untuk dihidang.

You May Like This:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...