Cooking with a dash of love, which is the key ingredient to good cooking. Happy Reading and Happy Cooking!

Followers

Tuesday 30 September 2014

JEMPUT-JEMPUT KENTANG / POTATO FRITTERS

 Bahan siap untuk campur / Ready to mix ingredients
 Tepung dicampur / Flours added
Digaul bersama telor / Mixed it with egg
 Bahan campuran digoreng / Frying the batter
 Siap dihidang / Served


Potato Fritters

Ingredients

3 tablespoons cornstarch
2 tablespoons flour
1 whole egg
2 potatoes coarsely grated
1 carrot coarsely grated
1 clove garlic chopped
1 stalk celery chopped
1 red chilli chopped
1 teaspoon coarsely pounded pepper
Salt
Sugar
Oil for frying

Methods

  1. Mix well all ingredients, except oil. 
  2. For frying, scooped the batter the size of marbles, flattern it and fry until golden brown. 
  3. Serve with dipping sauce.
Jemput-jemput Kentang

Bahan-bahan

3 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung gandum
1 biji telor
2 biji kentang disagat kasar
1 lobak merah disagat kasar
1 ulas bawang besar dimayang
1 tangkai daun sup dicincang
1 cili merah dimayang
1 sudu teh lada sulah
Garam
Gula
Minyak untuk menggoreng

Langkah-langkah

  1. Campur semua bahan dan gaul rata, kecuali minyak.
  2. Untuk menggoreng, ambil satu sudu campuran sebesar guli, ratakan dan goreng sehingga kuning keemasan.
  3. Hidang dengan sos pencicah.

Tuesday 23 September 2014

STEW ZUCCHINI DAN SOTONG / ZUCCHINI AND SQUID STEW



Zucchini and Squid Stew

Ingredients

3 medium size squid (cut into pieces)
1 onion, minced
2 garlic, minced
2 inches green zucchini, cut into rounds and then halve
2 inches yellow zucchini, cut into rounds and then halve
4 - 6 button mushrooms, cut into pieces
1 teaspoon homemade garlic-ginger paste
1 tablespoon homemade multi usage paste
1 red chilli, minced
1 green chilli, minced
1 tablespoon oyster sauce
Salt
Sugar
Cooking oil

Methods
  1. Heat oil in pan, sauté minced onion and garlic until fragrant.
  2. Add garlic-ginger paste and multi-usage paste until well mixed.
  3. Put oyster sauce and add water.
  4. Add sliced button mushrooms and squid. Let it boil.
  5. Put zucchinis and chillies, add sugar and salt to taste.
  6. Let it simmer for 2 minutes and serve it with steam rice.
Stew Zucchini dan Sotong

Bahan-bahan

3 ekor sotong bersaiz sederhana (potong menjadi beberapa bahagian)
1 bawang besar dimayang
2 bawang putih dimayang
2 inci zucchini hijau, dipotong bulat dan seterusnya dipotong separuh
2 inci zucchini kuning, dipotong bulat dan seterusnya dipotong separuh
4 – 6 cendawan butang dipotong berkeping
1 sudu teh pes halia-bawang putih
1 sudu besar pes pelbagai guna
1 cili merah dimayang
1 cili hijau dimayang
1 sudu besar sos tiram
Garam
Gula
Minyak masak

Langkah-langkah
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang dan bawnag putih sehingga naik bau.
  2. Tambahkan pes halia-bawang putih dan pes perlbagai guna, kacau campuran sehingga sebati.
  3. Masukkan sos tiram dan air. 
  4. Tambahkan cendawan butang dan sotong. Biarkan sehingga mendidih.
  5. Masukkan zucchini hijau dan kuning serta cili hijau dan merah. Perisakan dengan garam dan gula.
  6. Renihkan selama 2 minit dan hidangkan dengan nasi.

Wednesday 17 September 2014

LAKSA JOHOR / JOHORE LAKSA

 Bahan-bahan dikisar / Ingredients to be blend
Bilis dan udang kering / Anchovies and dried shrimp 
 Kisaran ikan dan udang segar / Blended fresh fish and prawn
Bahan-bahan Kisaran / Blended ingredients
Rempah Laksa / Laksa spices
 Tumisan bahan kisaran / Sautée blended ingredients
Semua bahan siap ditumis / Sautéed ingredients
Kuah laksa / Laksa gravy
Bahan taburan / Garnishing ingredients
Spaghetti
Cadangan hidangan / Suggested Serving

Hidangan penuh / Complete serving
Johore Laksa

Ingredients

1 kg fresh mackerel
200 grams of fresh shrimp
1 sachet laksa Johor spices
1 tablespoon homemade ginger-garlic paste
2 tablespoons homemade multi usage paste
3 tablespoons homemade blended chili paste
50 grams roasted coconut
Coconut milk from ½ coconut
Dried tamarind
Cooking oil
Salt
Sugar
1 packet spaghetti (500 grams)

Blended materials
2 stalks of lemongrass
2 onions
5 cloves of garlic
1 inch ginger
1 inch galangal
1 inch turmeric
50 grams of dried shrimp
50 grams of anchovies
2-5 bird’s eye chillies
2 red chillies

For garnishing

Cucumbers removed core, thinly sliced
Bean sprout ​​
Onion sliced semicircular
Long beans cut thinly
Vietnamese coriander leaves finely shredded
Basil leaves finely shredded
Sambal belacan (use the recipe from link minus the fruits)
Calamansi

Methods

  1. Boiled fish and shrimp, separate bone and blend fish flesh. Set aside the broth.
  2. Blend and strain the bone, put aside filtered broth.
  3. Mix blended fish flesh with filtered broth into the broth.
  4. Blend all blended ingredients. Mix curry powder with water to form paste.
  5. Sauté all paste, blended ingredients and dried tamarind, fry until fragrant.
  6. Once well blended put roasted coconut and mixed it well.
  7. Pour in mixed fish broth into the spices mixture.
  8. Add coconut milk, salt and sugar to taste, stir sauce until well mix and simmer briefly.
  9. In other container, boil spaghetti according to directions on the label.
  10. Once cook and soft, serve spaghetti with sauce and sprinkle with garnishing and sambal belacan.
Laksa Johor

Bahan-bahan

1 kg ikan kembong/selar segar
200 gram udang segar
1 peket rempah laksa Johor
1 sudu besar pes halia bawang putih
2 sudu besar pes kisaran pelbagai guna
3 sudu besar pes kisaran cili
50 gram kerisek
Santan dari ½ biji kelapa
Asam keping
Minyak masak
Garam
Gula
1 peket spaghetti (500 grams)

Bahan-bahan dikisar

2 batang serai
2 bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit
50 gram udang kering
50 gram bilis
2 – 5 cili padi
2 cili merah

Bahan-bahan taburan

Timun dibuang teras dipotong nipis
Taugeh
Bawang besar dimayang separuh bulat
Kacang panjang dipotong nipis
Daun kesom dimayang halus
Daun selasih dimayang halus
Sambal belacan (Guna resepi di link tanpa guna buah)
Limau kasturi

Langkah-langkah

  1. Rebus ikan dan udang, diketepikan tulang dan dikisar isi. Ketepikan air rebusan.
  2. Kisar tulang dan tapis, ketepikan hasil tapisan. 
  3. Campurkan isi ikan yang telah dikisar berserta hasil tapisan kisaran tulang ke dalam air rebusan.
  4. Kisar semua bahan kisaran. Campurkan serbuk rempah kari menjadi pes.
  5. Tumis semua pes, bahan kisaran dan asam keping sehingga naik bau dan tumiskan rempah hingga pecah minyak.
  6. Setelah sebati masukkan kerisek dan digaul sebati.
  7. Masukkan campuran air rebusan ikan dan isi ikan ke dalam bahan tumisan.
  8. Masukkan santan dan perisakan dengan garam dan gula, kacau kuah sehingga sebati dan biarkan mendidih seketika.
  9. Dalam bekas lain, rebus spaghetti mengikut arahan pada label.
  10. Setelah spaghetti lembut hidangkan dengan kuah laksa dan taburkan bahan taburan dan sambal belacan.

Tuesday 9 September 2014

AYAM MASAK SAMBAL TUMIS LEMAK / SAUTÉED CREAMY SAMBAL CHICKEN




  • Sautéed Creamy Sambal Chicken


  • Ingredients 

    ½ chicken cut into small pieces (about 1 kg weight)
    1 onion sliced
    2 cloves garlic sliced
    1 tablespoon homemade ginger-garlic paste
    2 tablespoons homemade multipurpose paste
    5 tablespoons homemade blended chilli paste

    1 tablespoon roasted coconut
    1 stalk lemon grass, crushed
    2 lime leaves
    1 turmeric leaf
    5 clove candle nut
    5 – 7 bird’s eye chilli
    Coconut milk from 1 coconut
    Salt
    Sugar
    Dried tamarind
    Oil for frying

    Methods 

    1. Sauté sliced garlic, onions and all the paste until fragrant. 
    2. Pound candle nut and bird’s eye chilli. Sautéed it. 
    3. Add lemon grass, lime leaves and dried tamarind. 
    4. Add chicken and stir until well blended. 
    5. Add coconut milk and let stand until chicken is cooked. 
    6. Add roasted coconut, salt and sugar to taste, add turmeric leaves. 
    7. Ready to be serve. 
    Ayam Masak Sambal Tumis Berlemak 

    Bahan-bahan 

    ½ ekor ayam dipotong kecil (lebih kurang 1 kg berat)
    1 biji bawang besar dimayang
    2 ulas bawang putih dimayang
    1 sudu besar pes halia-bawang putih
    2 sudu besar pes serbaguna
    5 sudu besar pes cili kisar
    1 sudu besar kerisek
    1 batang serai dititik
    2 helai daun limau
    1 helai daun kunyit
    5 ulas buah keras
    5 – 7 cili padi
    Santan dari 1 biji kelapa
    Garam
    Gula
    Asam keping
    Minyak untuk menumis

    Langkah-langkah 

    1. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan semua pes sehingga naik bau. 
    2. Tumbuk buah keras dan cili padi. Tumiskan. 
    3. Masukkan serai, daun limau dan asam keping. 
    4. Masukkan ayam dan kacau sehingga sebati. 
    5. Masukkan santan dan dibiarkan sehingga ayam masak. 
    6. Masukkan kerisek, perisakan dengan garam dan gula, masukkan potongan daun kunyit. 
    7. Siap untuk dihidang.

    Wednesday 3 September 2014

    KENTANG BERLADO / FRIED POTATOES IN HOT SAUCE



    Fried Potatoes in Hot Sauce

    Ingredients

    2 potatoes wedges cut
    1 tablespoon homemade multi-usage paste
    Salt
    Sugar
    Dried tamarind

    Pounded Ingredients

    5 stem red chillies
    1 onion
    4 cloves of garlic
    100 grams of anchovies

    Methods

    1. Fry potatoes until wilted. Put aside.
    2. Sauté multi-usage paste.
    3. Sauté pounded ingredients and dried tamarind until fragrant.
    4. Pinch of salt and sugar to taste.
    5. Put fried potatoes into the sauce and mixed it well.
    6. Ready to be serve.
    Kentang Berlado

    Bahan-bahan

    2 biji kentang dipotong wedges
    1 sudu besar pes pelbagai guna
    Garam
    Gula
    Asam keping

    Bahan ditumbuk

    5 batang cili merah
    1 ulas bawang besar
    4 ulas bawang putih
    100 gram ikan bilis

    Langkah-langkah

    1. Kentang digoreng sehingga layu. Ketepikan
    2. Tumiskan pes pelbagai guna.
    3. Tumiskan bahan tumbuk dan asam keping sehingga naik bau.
    4. Perisakan dengan garam dan gula.
    5. Masukkan kentang yang telah digoreng ke dalam sos dan gaul rata.
    6. Siap untuk dihidang.

    You May Like This:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...