Shell-out
Shell-out
Kerang Bersos
Ketam Berlada
Bahan-bahan
Udang
Sotong
Ketam
Kerang
Kunyit serbuk
Garam
Serai dititik
Serbuk lada hitam
Untuk sos
2 sudu besar mentega
2 sudu minyak zaiton
3 sudu besar pes pelbagai guna
4 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos plum
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos masam manis
1 sudu teh kicap lemak masin
1 sudu teh sos tiram
2 sudu besar sos lada hitam
Tepung jagung (jika perlu untuk memekatkan sos
2 biji telor – untuk masak ketam berlada.
Garam
Gula
Sayuran
Cauliflower
Carrot dipotong memanjang
Jagung dipotong 2 inci
Broccoli
Langkah-langkah
- Bahan seafood dibersihkan.
- Ketepikan sebahagian udang, sotong dan ketam untuk digaul dengan garam kunyit untuk digoreng.
- Gaul sebahagian udang dan sotong dengan garam untuk dikukus.
- Ketam digoreng seketika. Ketam akan dibuat ketam bercili.
- Sayuran dibersih dan digaul dgn garam dan serbuk lada hitam dan dikukus.
- Kerang dibersih dan direbus bersama serai yang dititik, bawang besar, bawang putih dan garam.
Untuk penyediaan sos
- Panaskan mentega dan minyak zaiton.
- Tumiskan pes pelbagai guna dan kisaran cili sehingga naik bau.
- Masukkan sos plum, sos tomato, sos lada hitam, sos tiram dan kicap lemak masin. Panaskan sehingga menggelegak.
- Perisakan dengan garam dan gula, masukkan sedikit air jika sos terlalu pekat.
- Jika terlalu cair, campurkan tepung jagung dalam air dan dikacau sebelum dimasukkan ke dalam sos.
- Susun semua sayur dan bahan yang telah dikukus dan digoreng di dalam dulang.
- Curahkan sos ke atas bahan di dalam dulang dan digaul rata.
Ketam berlada
- Menggunakan sos yang telah disediakan, asingkan sebahagian sos dan dipanaskan.
- Masukkan telor yang telah dikacau ke dalam sos dan digaul rata.
- Masukkan ketam yang telah digoreng ke dalam sos dan digaul rata.
Kerang bersos
- Menggunakan sos yang telah disediakan, asingkan sebahagian sos dan dipanaskan.
- Masukkan kerang yang telah direbus dan digaul rata.
Pes Kisaran Pelbagai Guna
Bahan-bahan
75 gram ikan bilis direndam supaya lembut
50 gram udang kering direndam supaya lembut
2 batang serai dipotong kecil
3 cm halia dipotong kecil
1 cm lengkuas dipotong kecil
2 cm kunyit segar dipotong kecil
4 - 5 cili padi
¼ daun kunyit
1-2 daun limau3 bawang besar
4 ulas bawang putih
Langkah-langkah
- Semua bahan dikisar sehingga lumat.
- Siap untuk diguna sebagai rencah sayur, masak lemak dan lain-lain.
Pes Cili Kisar
Bahan-bahan
200 gram cili kering dipotong buang biji dan direndam
1 biji bawang holland/besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
7 - 10 cili padi
2 batang serai
2 - 3 helai daun limau purut
3 inci daun kunyit
1 inci belacan
Langkah-langkah
- Cili kering dipotong, dibuang biji dan direndam selama 1 jam atau lebih.
- Kisar semua bahan-bahan lain sehingga lumat.
- Masukkan cili kering yang telah direndam dan kisar hingga lumat.
- Simpan dalam bekas bertutup dan letakkan dalam peti sejuk. Boleh tahan sehingga 1 bulan.