Cooking with a dash of love, which is the key ingredient to good cooking. Happy Reading and Happy Cooking!

Followers

Showing posts with label PASTA. Show all posts
Showing posts with label PASTA. Show all posts

Thursday, 16 January 2020

SPICY MACARONI CHEESE / MAKARONI PEDAS BERKEJU

Spicy Macaroni Cheese
Ingredients

250 grams of macaroni (boiled according to the instructions on the label)
200 grams of chicken cut into dice
1-2 squid cut in the desired shape
1 clove of onion, minced
3-4 cloves of garlic, minced
3 tablespoons multi-purpose paste
3 tablespoons chilli paste
250 grams cheese & herbal sauce (Prego)
1 tbsp of plum sauce
1 tbsp oyster sauce
Cabbage is cut according to your preference
Salt
Sugar

Methods

  1. Boil macaroni according to packaged instructions. Toss and set aside.
  2. Sauté onion and garlic until fragrant.
  3. Sauté the multi-purpose paste and the chilli paste until the oil separated.
  4. Add chicken and mix until cooked.
  5. Add cut squid and mix well.
  6. Add plum sauce, sugar and oyster sauce to taste.
  7. Add the boiled macaroni and mix well.
  8. Add the cabbage and sprinkled with salt.
  9. Add cheese & herbal sauce and mix well.
  10. Ready to serve.  
 For Bake
  1. Place fried macaroni in a paper cup and bake in preheated oven.
  2. Bake until cooked. 
  3. You can also use a cupcake maker and bake for 10 minutes. 
  4.  Ready to serve.

Macaroni Pedas Berkeju

Bahan-bahan
250 grams macaroni (direbus mengikut arahan pada label)
200 grams daging ayam dipotong dadu
1-2 ekor sotong dipotong mengikut siaz yang disukai
1 ulas bawang besar dimayang
3-4 ulas bawang putih dimayang
3 sudu besar pes pelbagai guna
3 sudu pes cili kering
250 grams sos keju & herba (Prego)
1 sudu besar sos plum
1 sudu besar sos tiram
Kubis dipotong mengikut kesukaan
Garam
Gula

Langkah-langkah

  1. Rebus macaroni mengikut arahan dibungkusan. Tos dan ketepikan.
  2. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  3. Tumis pes pelbagai guna dan pes cili kering sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan daging ayam dan digaul sehingga masak.
  5. Masukkan sotong dan digaul rata.
  6. Perisakan dengan sos plum, gula dan sos tiram.
  7. Masukkan macaroni yang telah direbus dan digaul rata.
  8. Masukkan kubis dan diperisakan demgan garam.
  9. Masukkan sos keju & herba dan digaul rata.  
  10. Siap untuk dihidang.
Untuk Dibakar 
  1. Masukkan ke dalam bekas (paper cup) dan dibakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu. 
  2. Bakar sehingga masak.
  3. Boleh juga digunakan pembakar cupcake dan dibakar selama 10 minit.   
  4. Siap untuk dihidang.

Friday, 30 November 2018

SPICY CREAMY FETTUCCINE / FETTUCCINE LEMAK BEREMPAH


Spicy Creamy Fettuccine

Ingredients


2 slices of chicken breast cut into cubes 

500 grams fettuccine, boil as instructed at the label
2 eggs were broken and stirred
1 onion sliced
4 cloves garlic sliced
2 stalk curry leaves
5 - 10 bird’s eye chilli
250 ml fresh milk / evaporated milk
2 tablespoons butter
Oil for sautéing
1 teaspoon of curry powder
1 teaspoon of corn flour
2 salted egg, crushed
1 teaspoon of black pepper powder
Salt
Sugar


For fried flour, all ingredients are mixed

3 teaspoons of wheat flour
2 teaspoons of rice flour
1 teaspoon of corn flour
1 teaspoon of salt
1 teaspoon of black pepper powder


For garnishing


3 pieces chicken salami, fried and cut
5 cherry tomatoes


Methods

  1. Chicken cut into cubes and dipped in stirred egg and mixed in flour mixture.
  2. Fry chicken until golden yellow. Put aside.
  3. Heat butter with a small amount of frying oil.
  4. Add in curry leaves, onions, garlic and bird’s eye chilli, stir fry until fragrant.
  5. Add milk and mix well until almost boiling.
  6. Add in curry powder, black pepper powder, sugar and salt, mix thoroughly.
  7. Mix cornstarch and water and stir well.
  8. Put salted eggs that have been minced.
  9. Add the cornstarch mixture in a saucepan and stir it to well mix.
  10. Put fried chicken and fettuccine into the sauce and mixed it well.
  11. Ready to serve with garnishing.
Fettuccine Lemak Berempah

Bahan-bahan


2 keping dada ayam dipotong dadu 

500 gram fettuccine direbus mengikut arahan pada label
2 biji telor dipecah dan dikacau
1 bawang besar dimayang
4 ulas bawang putih dimayang
2 tangkai daun kari
5 - 10 biji cili padi dimayang
250 ml susu segar/susu cair
2 sudu mentega
Minyak untuk mengoreng
1 sudu serbuk kari
1 sudu teh tepung jagung
2 biji telor masin direbus dan dihancurkan
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam
Gula


Untuk tepung gorengan, semua bahan digaul rata


3 sudu teh tepung gandum
2 sudu teh tepung beras
1 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada hitam


Untuk hiasan


3 keping salami ayam digoreng dan dipotong
5 biji tomato ceri


Langkah-langkah
  1. Isi ayam dipotong dadu dan dicelup dalam pecahan telur, dan digaul dalam campuran tepung.
  2. Goreng ayam sehingga kuning keemasan. Ketepikan.
  3. Panaskan mentega dengan sedikit baki minyak menggoreng.
  4. Masukkan daun kari, bawang besar, bawang putih dan cili padi, tumis sehingga naik bau.
  5. Masukkan susu dan kacau sehingga hampir mendidih.
  6. Masukkan serbuk kari, serbuk lada hitam, gula dan garam, kacau sehingga sebati.
  7. Campurkan tepung jagung dan air dan kacau sebati.
  8. Masukan telur masin yang telah dihancurkan.
  9. Masukkan campuran tepung jagung dalam kuah dan kacau supaya tidak berketul.
  10. Masukkan ayam yang telah digoreng dan fettuccine dan digaul rata.
  11. Siap untuk dihidang bersama bahan hiasan.

PARATHA LASAGNA / LASAGNA PARATHA





Paratha Lasagna

Ingredients


1 pack frozen plain paratha (5 pieces / pack) (use Kawanku brand)
1 sausage pack (10 sticks / pack) round cut
1 pack of cheddar cheese (10 pieces / pack)
1 pack of meat loaf (200 gm / pack)
3 cups pasta sauce
200 grams of mozzarella cheese
10 pitted olives round cut
Olive oil


Methods

  1. Preheat the oven at 180 - 230 degrees Celsius.
  2. Rubbed olive oil to baking dish surface.
  3. Cut paratha into 2 parts.
  4. Arrange the paratha in baking dish.
  5. Pour pasta sauce on the surface of paratha and levelled it.
  6. Put cheddar cheese and meat loaf.
  7. Put cut sausages, lay paratha to cover the surface.
  8. Pour pasta sauce on the surface of paratha.
  9. Arrange cheese and meat loaf over the surface.
  10. Arrange sausages, mozzarella cheese and olives to cover the surface.
  11. Cover the container with aluminum foil and bake in the oven for 15 minutes.
  12. Open the aluminum foil and bake it for 15 minutes or until golden yellow.
  13. Cut and serve.
Lasagna Paratha

Bahan-bahan


1 pek plain paratha segera (5 keping/pek)(guna brand Kawanku)
1 pek sausage (10 batang/pek) dipotong bulat
1 pek keju cheddar (10 keping/pek)
1 pek lof daging (200 gm/pek)
3 cawan sos pasta
200 grams keju mozzarella
10 biji buah zaiton tanpa biji dipotong bulat
Minyak zaiton


Langkah-langkah

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 - 230 darjah Celsius.
  2. Bekas disapu minyak zaiton.
  3. Potong paratha kepada 2 bahagian.
  4. Susun paratha memenuhi permukaan bekas.
  5. Ratakan sos pasta di atas permukaan paratha.
  6. Susun kepingan keju berselang dengan lof daging memenuhi permukaan bekas.
  7. Taburkan sosej, kemudian disusun paratha memenuhi permukaan.
  8. Ratakan sos pasta di atas permukaan paratha.
  9. Susun kepingan keju berselang dengan lof daging memenuhi permukaan bekas.
  10. Taburkan sosej, keju mozzarella dan buah zaiton.
  11. Tutup bekas dengan kepingan aluminium dan bakar dalam ketuhar selama 15 minit.
  12. Buka kepingan aluminium dan bakar semula selama 15 minit atau sehingga pemukaan kuning keemasan.
  13. Potong dan hidangkan.

You May Like This:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...