Cooking with a dash of love, which is the key ingredient to good cooking. Happy Reading and Happy Cooking!

Followers

Showing posts with label GRILL. Show all posts
Showing posts with label GRILL. Show all posts

Monday, 14 May 2018

TULANG RUSUK KAMBING PANGGANG ELC / ELC GRILLED LAMB RIBS



ELC Grilled Lamb Ribs
 

Ingredients
2 pieces of lamb ribs

For marinating

1 tablespoon coarse powder of black pepper
2 tablespoons chillies flakes
1 teaspoon of brown sugar
3 tbsp turmeric powder
1 tablespoon of salt

For stew and sauce
 

2 cloves onion
3 cloves of garlic
1 tablespoon garlic-ginger paste
2 tablespoons of multipurpose paste
5 tablespoons of blended chili paste
2 tablespoons sweet creamy soy sauce
1 tablespoon tomato sauce
1 teaspoon of honey
Salt
Brown sugar
3 cups water
1 teaspoon of white sesame seeds
Olive oil for sauté

Methods

  1. The ribs are cleaned and marinated with marinated ingredients and left for a moment.
  2. Heat the pan and stir fry onion and garlic until it fragrance.
  3. Add ginger-garlic paste, multi-purpose paste and chilli paste. Stir until quite crisp.
  4. Add water, honey, soya sauce, salt and sugar. Let it heat for a while.
  5. Put the lamb ribs that have been marinated into the pan containing the above ingredients.
  6. Heated until the liquid becomes thick. When the ribs in the pan, turned it to get an even cooking.
  7. Remove the ribs and put them in a preheated oven at 170 ° C. Grill it for 20 to 45 minutes or until the color turns darkish brown.
  8. Rubbed the ribs with remaining sauce.
  9. Serve the ribs with the remaining sauces and sprinkled sesame seeds.
Tulang Rusuk Kambing Panggang ELC

Bahan-bahan

2 potongan tulang rusuk kambing

Untuk perapan

1 sudu besar serbuk kasar lada hitam
2 sudu kepingan cili kering
1 sudu teh gula perang
3 sudu serbuk kunyit
1 sudu besar garam

Untuk rebusan dan sos
2 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar pes halia bawang putih
2 sudu besar pes pelbagai guna
5 sudu besar pes kisaran cili
2 sudu besar kicap lemak manis
1 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil madu
Garam
Gula perang
3 cawan air
1 sudu teh bijan putih disangai
Minyak zaiton untuk menumis

Langkah-langkah

  1. Tulang rusuk dibersih dan diperap dengan bahan perapan dan dibiarkan seketika.
  2. Panaskan kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan pes halia-bawang putih, pes pelbagai guna dan pes kisaran cili. Tumis sehingga agak garing.
  4. Masukkan air dan perisakan dengan madu, kicap, garam dan gula. Biarkan seketika.
  5. Masukkan tulang rusuk kambing yang telah diperap ke dalam kuali yang mengandungi campuran bahan di atas.
  6. Dipanaskan sehingga cecair menjadi pekat. Semasa tulang rusuk dalam kuali perlu diterbalikkan untuk mendapat masak yang sekata.
  7. Keluarkan tulang rusuk dan dimasukkan ke dalam ketuhar yang dipanaskan terlebih dahalu pada suhu 170 ° C. Bakar selama 20 hingga 45 minit atau sehingga berubah warna menjadi gelap.
  8. Semasa membakar boleh disapu sos ke atas tulang untuk mendapat rasa yang sekata.
  9. Hidangkan tulang rusuk dan disiram dengan baki kuah pekat dan ditabur bijan.

Friday, 2 February 2018

AYAM BAKAR ELC / ELC GRILLED CHICKEN


ELC Grilled Chicken

Ingredients

3 pieces of chicken legs (whole legs)
3 tablespoon turmeric powder
2 cloves onion minced
3 cloves of garlic minced
1 tablespoon garlic ginger paste
2 tablespoons of multi-purpose paste
5 tablespoons of blended chili paste
2 tablespoon creamy sweet soy sauce
1 teaspoon of honey
Salt
Sugar
Dried tamarind
3 cups water
Oil for sauté

Methods

  1. Clean the chicken and marinated it with salt and turmeric and left for a moment.
  2. Heat the pan and stir fry onion and garlic until fragrance.
  3. Add ginger-garlic paste, multi-purpose paste and blended chilli paste. Stir until crisp.
  4. Add water, soya sauce, honey, salt and sugar. Insert dried tamarind. Let it boil.
  5. Put the chicken that has been marinated into the pan containing the mixture of the above ingredients.
  6. Heated until the liquid becomes thick. Turn the chicken to get evenly cooked.
  7. Remove the chicken and put it in a preheated oven at 170 ° C. Bake for 10 to 15 minutes or until the chicken skin turns golden yellow.
  8. Serve chicken with remaining sauce in the pan.
Ayam Bakar ELC

Bahan-bahan

3 potongan ayam bahagian peha (whole legs)
3 sudu serbuk kunyit
2 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar pes halia bawang putih
2 sudu besar pes pelbagai guna
5 sudu besar pes kisaran cili
2 sudu besar kicap lemak manis
1 sudu kecil madu
Garam
Gula
Asam keping
3 cawan air
Minyak untuk menunis

Langkah-langkah

  1. Ayam dibersih dan diperap dengan garam dan kunyit dan dibiarkan seketika.
  2. Panaskan kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan pes halia-bawang putih, pes pelbagai guna dan pes kisaran cili. Tumis sehingga agak garing.
  4. Masukkan air dan perisakan dengan kicap, madu, garam dan gula. Masukkan asam keping. Biarkan seketika.
  5. Masukkan ayam yang telah diperap ke dalam kuali yang mengandungi campuran bahan di atas.
  6. Dipanaskan sehingga cecair menjadi pekat. Semasa ayam dalam kuali perlu diterbalikkan untuk mendapat masak yang sekata.
  7. Keluarkan ayam dan dimasukkan ke dalam ketuhar yang dipanaskan terlebih dahalu pada suhu 170 ° C. Bakar selama 10 hingga 15 minit atau sehingga kulit ayam berubah warna kuning keemasan.
  8. Hidangkan ayam dan disiram dengan baki kuah pekat.

Thursday, 11 August 2016

CHEESE NAN









Cheese Nan

Ingredients

400 grams of wheat flour
100 grams self raising flour
1 teaspoon instant yeast
2 tablespoons sugar (1 tablespoon mixed with yeast, 1 tablespoon mixed with the dry mix)
250 ml of warm water
2 tablespoons butter
3 tablespoons yogurt
1 teaspoon salt
100 grams of mozzarella cheese

Methods

  1. Put warm water in a container and immediately mix yeast and sugar. Stir and set aside until bubbling increase.
  2. In other bowl, mix the flour, self raising flour, salt, sugar, yogurt and butter. Mix well all the ingredients.
  3. Gradually pour yeast and sugar solution into the dry mixture and mixed until it does not stick to hands.
  4. Knead the dough for a moment and put into a container slightly rubbed with cooking oil / olive. 
  5. Let the dough expands into double the size.
  6. Remove the expanded dough and knead briefly to remove air.
  7. Make chunks of a tennis ball.
  8. Flatten the dough and sprinkle with cheese, folded and flattened again.
  9. Put the dough into a flat non-stick pan and covered with a lid over medium heat.
  10. Flip it and once cook, lift it and serve with chicken tandoori masala.
Cheese Nan

Bahan-bahan

400 grams tepung gandum
100 grams tepung naik sendiri
1 sudu yis segera
2 sudu besar gula (1 sudu dicampu bersama yis, 1 sudu dicampur dengan campuran kering)
250 ml air suam
2 sudu besar mentega
3 sudu besar yogurt
1 sudu the garam
100 grams keju mozzarella

Langkah-langkah

  1. Masukkan air suam dalam satu bekas dan campur yis segera dan gula. Kacau dan ketepikan sehingga naik buih.
  2. Dalam bekas lain, campurkan tepung gandum, tepung naik sendiri, garam, gula, yogurt dan mentega. Gaul sebati semua bahan.
  3. Masukkan larutan yis dan gula kedalam campuran kering sedikit demi sedikit dan digaul sehingga tidak melekat pada tangan. 
  4. Uli seketika dan masukkan ke dalam bekas yang disapu sedikit minyak masak/zaiton.
  5. Biarkan doh mengembang menjadi saiz berganda.
  6. Keluarkan setelah doh mengembang dan uli seketika untuk keluarkan udara.
  7. Jadikan ketulan sebesar bola tenis.
  8. Leperkan doh tersebut dan taburkan keju, dan dilipatkan dan dileperkan semula.
  9. Masukkan doh yang dileper ke dalam kuali tak melekat dan ditutup dengan penutup pada api sederhana.
  10. Terbalikkan dan setelah masak angkat dan hidangkan bersama ayam tandoori masala.

Monday, 30 May 2016

CHICKEN TANDOORI MASALA / AYAM TANDOORI MASALA





Chicken Tandoori Masala

Ingredients

1 chicken cut into 12
2 potatoes cut into wedges

Marinating ingredients

1 teaspoon salt
1 tablespoon turmeric powder
1 tablespoon garam masala
2 tablespoons yogurt
1 tablespoon sugar
1 tablespoon olive oil
1 teaspoon chilli powder

For the sauce

1 onion, sliced
2 cloves garlic, sliced
3 tablespoons yogurt
1 teaspoon homemade ginger-garlic paste
1 tablespoon homemade blended chilli paste
1 tablespoon homemade multipurpose paste
1 small can of peas
1 tablespoon plum sauce
1 teaspoon coriander powder
1 teaspoon cumin powder
1 teaspoon chilli powder
3 tablespoons garam masala

Methods

  1. Marinate the chicken with the marinating ingredients for at least 1 hour.
  2. Grilled marinated chicken until cooked.
  3. Sauté onion and garlic until fragrant.
  4. Add ginger-garlic paste, multipurpose paste, chilli paste and plum sauce. Mix well.
  5. Add coriander powder, cumin powder, chilli powder and garam masala, fry until oil separated.
  6. Add yogurt and mix well. Put a little water.
  7. Put the potatoes and let stand until tender.
  8. Add salt and sugar to taste.
  9. Once boiled, add peas and grilled chicken and mix well.
  10. Ready to be served with steamed rice or cheese nan.
Ayam Tandoori Masala

Bahan-bahan

1 ekor ayam dipotong 12
2 biji kentang dipotong wedges

Bahan perapan

1 sudu teh garam
1 sudu besar kunyit serbuk
1 sudu besar garam masala
2 sudu besar yogurt
1 sudu besar gula
1 sudu besar minyak zaiton
1 sudu teh cili serbuk

Untuk sos

1 bawang besar dimayang
2 ulas bawang putih dimayang
3 sudu besar yogurt
1 sudu teh pes halia-bawang putih buatan sendiri
1 sudu besar pes cili kisar buatan sendiri
1 sudu besar pes pelbagai guna buatan sendiri
1 tin kecil kacang peas
1 sudu besar sos plum
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk cili
3 sudu besar garam masala

Langkah-langkah

  1. Perap ayam dengan bahan perapan sekurang-kurang 1 jam.
  2. Bakar ayam yang telah diperap sehingga masak.
  3. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  4. Masukkan pes halia bawang putih, pes pelbagai guna, pes kisaran cili dan sos plum. Gaul rata. 
  5. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk cili dan garam masala, tumis sehingga pecah minyak.
  6. Masukkan yogurt dan gaul sebati. Masukkan sedikit air.
  7. Masukkan kentang dan dibiarkan sehingga empuk.
  8. Perisakan dengan garam dan gula.
  9. Setelah mendidih, masukkan kacang peas dan ayam yang telah dibakar dan digaul rata.
  10. Siap untuk dihidang.

Tuesday, 29 March 2016

ROTI JOHN BERKEJU / CHEESY JOHN BUN

 




Cheesy John Bun

Ingredients

6 hotdog bun

Butter 
Olive oil 
Mozzarella cheese (shredded)

Filling

450 grams of minced chicken 

1 onion, diced 
1 teaspoon ground black pepper 
1 teaspoon curry powder
3 eggs beaten 
Coriander

Sauces/Decoration

Mayonnaise

Black pepper sauce 
Chilli sauce 
Lettuce 

Methods

  1. Sauté onion until it is fragrant. 
  2. Add minced chicken, black pepper, curry powder, coriander and salt. Stir well and let it heated for a while.
  3. Once it cooked set aside. 
  4. Beat eggs and add to the minced chicken mixture. Mix it well 
  5. Slice hotdog bun and buttered it. 
  6. Heat a frying pan and spoon filling mixture and spread evenly, sprinkled mozzarella cheese. 
  7. Place bread on a mixture and let it for a moment. 
  8. Lift it and put lettuce, mayonnaise, black pepper sauce and chili sauce. 
  9. Cut it into small portion and ready to eat.
Roti John Cheese

Bahan-bahan

6 roti hotdog

Mentega
Minyak zaiton 
Keju mozzarella

Inti

450 gram daging ayam kisar

1 biji bawang besar ~ potong dadu
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk kari daging 
3 biji telor dipukul
Daun sup

Bahan Sapuan/Hiasan

Mayonnaise

Sos lada hitam
Sos cili 
Salad

Langkah-langkah

  1. Tumiskan bawang hingga wangi. 
  2. Masukkan daging ayam kisar, serbuk lada hitam, serbuk kari daging, daun sup dan sedikit garam. Kacau sebati dan biarkan seketika. 
  3. Setelah masak ketepikan.
  4. Pukul telur dan campurkan ke dalam inti. Gaul sebati
  5. Roti hotdog dibelah dua dan disapukan mentega.
  6. Panaskan kuali leper dan sendukkan campuran inti dan ratakan, taburkan keju mozzarella.
  7. Letakkan roti ke atas campuran inti dan biarkan seketika.
  8. Angkat, letakkan salad, mayonnaise, sos lada hitam dan sos cili.
  9. Potong kecil dan siap untuk dimakan.

Monday, 22 February 2016

IKAN BAKAR / GRILLED FISH















Grilled fish

Ingredients

1 scads

1 fresh water catfish
Turmeric powder
Banana leaves
Turmeric leaf
Salt

Ingredients for condiment (sambal)

3 tablespoons homemade chili paste

1 tablespoon homemade multipurpose paste
1 tablespoon homemade garlic-ginger paste
Salt
Sugar

Ingredients for spicy dipping sauce

2 tomatoes, diced

5 shallots sliced
2 red chillies sliced
5 bird’s eye chilli slice
2 tablespoons toasted coconut


Sambal Belacan (Pounded or using blender)

5 red chillies

7 sticks bird’s eye chilli 
3 shallots
2 cloves garlic
Pinch shrimp paste
Tamarind
Sugar

Methods

Condiment (Sambal)

  1. Sauté all ingredients for the sauce until dry.
  2. Add salt and sugar.
Grilled fish

  1. The fish is washed and drained.
  2. Smear the fish with salt and turmeric, let stand for 15 minutes.
  3. Place the fish on layers of banana leaves and turmeric leaf.
  4. Smear whole fish with sambal and wrapped with banana leaves and turmeric leaves.
  5. Grilled the fish (directly on the fire or use the pan)
  6. Once cooked, serve.
Spicy dipping sauce

  1. Blend all ingredients for sambal belacan.
  2. Mix all ingredients are sliced ​​and diced.
  3. Mix well, add sambal belacan and tamarind juice.
  4. Put toasted coconut and mixed until all well mixed.
  5. Sugar to taste.
  6. Ready to be dipped.
Ikan Bakar

Bahan-bahan

1 ekor ikan selar
1 ekor ikan keli
Serbuk kunyit
Daun pisang
Daun kunyit
Garam

Bahan untuk sambal

3 sudu besar pes cili kisar buatan sendiri
1 sudu besar pes pelbagai guna buatan sendiri
1 sudu besar pes halia bawang putih
Garam
Gula

Bahan untuk pencicah

2 biji tomato dipotong dadu
5 ulas bawang merah dimayang
2 batang cili merah
5 batang cili padi dimayang
2 sudu besar kerisek

Bahan sambal belacan (ditumbuk)

5 batang cili merah

7 batang cili padi
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Secubit belacan
Asam jawa
Gula

Langkah-langkah
Sambal

  1. Tumis semua bahan untuk sambal sehingga garing.
  2. Perisakan dengan garam dan gula.
Ikan bakar

  1. Ikan dicuci bersih dan ditoskan.
  2. Lumur ikan dengan garam dan kunyit, ketepikan selama 15 minit.
  3. Letakkan ikan di atas lapisan daun pisang dan daun kunyit.
  4. Lumurkan keseluruhan ikan dengan sambal dan dibalut dengan daun pisang dan daun kunyit.
  5. Bakar ikan (secara terus atas api atau gunakan kuali)
  6. Setelah masak hidangkan.
Air asam pencicah

  1. Tumbuk semua bahan untuk sambal belacan.
  2. Campurkan semua bahan yang dimayang dan didadu.
  3. Gaul rata, masukkan sambal belacan serta air asam jawa.
  4. Masukkan kerisek dan digaul sehingga semua bercampur.
  5. Perisakan dengan gula.
  6. Siap untuk dicicah.

You May Like This:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...