Cooking with a dash of love, which is the key ingredient to good cooking. Happy Reading and Happy Cooking!

Followers

Saturday 29 September 2018

HOMEMADE SHELL-OUT


Shell-out

Shell-out

Kerang Bersos

Ketam Berlada
Shell-out Homemade

Bahan-bahan

Udang
Sotong
Ketam
Kerang
Kunyit serbuk
Garam
Serai dititik
Serbuk lada hitam

Untuk sos

2 sudu besar mentega
2 sudu minyak zaiton
3 sudu besar pes pelbagai guna
4 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos plum
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos masam manis
1 sudu teh kicap lemak masin
1 sudu teh sos tiram
2 sudu besar sos lada hitam
Tepung jagung (jika perlu untuk memekatkan sos
2 biji telor – untuk masak ketam berlada.
Garam
Gula

Sayuran

Cauliflower
Carrot dipotong memanjang
Jagung dipotong 2 inci
Broccoli

Langkah-langkah

  1. Bahan seafood dibersihkan.
  2. Ketepikan sebahagian udang, sotong dan ketam untuk digaul dengan garam kunyit untuk digoreng.
  3. Gaul sebahagian udang dan sotong dengan garam untuk dikukus.
  4. Ketam digoreng seketika. Ketam akan dibuat ketam bercili.
  5. Sayuran dibersih dan digaul dgn garam dan serbuk lada hitam dan dikukus.
  6. Kerang dibersih dan direbus bersama serai yang dititik, bawang besar, bawang putih dan garam.

Untuk penyediaan sos

  1. Panaskan mentega dan minyak zaiton.
  2. Tumiskan pes pelbagai guna dan kisaran cili sehingga naik bau.
  3. Masukkan sos plum, sos tomato, sos lada hitam, sos tiram dan kicap lemak masin. Panaskan sehingga menggelegak.
  4. Perisakan dengan garam dan gula, masukkan sedikit air jika sos terlalu pekat.
  5. Jika terlalu cair, campurkan tepung jagung dalam air dan dikacau sebelum dimasukkan ke dalam sos.
  6. Susun semua sayur dan bahan yang telah dikukus dan digoreng di dalam dulang.
  7. Curahkan sos ke atas bahan di dalam dulang dan digaul rata.

Ketam berlada

  1. Menggunakan sos yang telah disediakan, asingkan sebahagian sos dan dipanaskan.
  2. Masukkan telor yang telah dikacau ke dalam sos dan digaul rata.
  3. Masukkan ketam yang telah digoreng ke dalam sos dan digaul rata.

Kerang bersos

  1. Menggunakan sos yang telah disediakan, asingkan sebahagian sos dan dipanaskan.
  2. Masukkan kerang yang telah direbus dan digaul rata.

Pes Kisaran Pelbagai Guna

Bahan-bahan

75 gram ikan bilis direndam supaya lembut
50 gram udang kering direndam supaya lembut
2 batang serai dipotong kecil
3 cm halia dipotong kecil
1 cm lengkuas dipotong kecil
2 cm kunyit segar dipotong kecil
4 - 5 cili padi
¼ daun kunyit
1-2 daun limau3 bawang besar
4 ulas bawang putih

Langkah-langkah

  1. Semua bahan dikisar sehingga lumat.
  2. Siap untuk diguna sebagai rencah sayur, masak lemak dan lain-lain.

Pes Cili Kisar


Bahan-bahan

200 gram cili kering dipotong buang biji dan direndam
1 biji bawang holland/besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
7 - 10 cili padi
2 batang serai
2 - 3 helai daun limau purut
3 inci daun kunyit
1 inci belacan

Langkah-langkah

  1. Cili kering dipotong, dibuang biji dan direndam selama 1 jam atau lebih.
  2. Kisar semua bahan-bahan lain sehingga lumat.
  3. Masukkan cili kering yang telah direndam dan kisar hingga lumat.
  4. Simpan dalam bekas bertutup dan letakkan dalam peti sejuk. Boleh tahan sehingga 1 bulan.

You May Like This:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...