Cooking with a dash of love, which is the key ingredient to good cooking. Happy Reading and Happy Cooking!

Followers

Showing posts with label SAUCES. Show all posts
Showing posts with label SAUCES. Show all posts

Monday, 14 May 2018

TULANG RUSUK KAMBING PANGGANG ELC / ELC GRILLED LAMB RIBS



ELC Grilled Lamb Ribs
 

Ingredients
2 pieces of lamb ribs

For marinating

1 tablespoon coarse powder of black pepper
2 tablespoons chillies flakes
1 teaspoon of brown sugar
3 tbsp turmeric powder
1 tablespoon of salt

For stew and sauce
 

2 cloves onion
3 cloves of garlic
1 tablespoon garlic-ginger paste
2 tablespoons of multipurpose paste
5 tablespoons of blended chili paste
2 tablespoons sweet creamy soy sauce
1 tablespoon tomato sauce
1 teaspoon of honey
Salt
Brown sugar
3 cups water
1 teaspoon of white sesame seeds
Olive oil for sauté

Methods

  1. The ribs are cleaned and marinated with marinated ingredients and left for a moment.
  2. Heat the pan and stir fry onion and garlic until it fragrance.
  3. Add ginger-garlic paste, multi-purpose paste and chilli paste. Stir until quite crisp.
  4. Add water, honey, soya sauce, salt and sugar. Let it heat for a while.
  5. Put the lamb ribs that have been marinated into the pan containing the above ingredients.
  6. Heated until the liquid becomes thick. When the ribs in the pan, turned it to get an even cooking.
  7. Remove the ribs and put them in a preheated oven at 170 ° C. Grill it for 20 to 45 minutes or until the color turns darkish brown.
  8. Rubbed the ribs with remaining sauce.
  9. Serve the ribs with the remaining sauces and sprinkled sesame seeds.
Tulang Rusuk Kambing Panggang ELC

Bahan-bahan

2 potongan tulang rusuk kambing

Untuk perapan

1 sudu besar serbuk kasar lada hitam
2 sudu kepingan cili kering
1 sudu teh gula perang
3 sudu serbuk kunyit
1 sudu besar garam

Untuk rebusan dan sos
2 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar pes halia bawang putih
2 sudu besar pes pelbagai guna
5 sudu besar pes kisaran cili
2 sudu besar kicap lemak manis
1 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil madu
Garam
Gula perang
3 cawan air
1 sudu teh bijan putih disangai
Minyak zaiton untuk menumis

Langkah-langkah

  1. Tulang rusuk dibersih dan diperap dengan bahan perapan dan dibiarkan seketika.
  2. Panaskan kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan pes halia-bawang putih, pes pelbagai guna dan pes kisaran cili. Tumis sehingga agak garing.
  4. Masukkan air dan perisakan dengan madu, kicap, garam dan gula. Biarkan seketika.
  5. Masukkan tulang rusuk kambing yang telah diperap ke dalam kuali yang mengandungi campuran bahan di atas.
  6. Dipanaskan sehingga cecair menjadi pekat. Semasa tulang rusuk dalam kuali perlu diterbalikkan untuk mendapat masak yang sekata.
  7. Keluarkan tulang rusuk dan dimasukkan ke dalam ketuhar yang dipanaskan terlebih dahalu pada suhu 170 ° C. Bakar selama 20 hingga 45 minit atau sehingga berubah warna menjadi gelap.
  8. Semasa membakar boleh disapu sos ke atas tulang untuk mendapat rasa yang sekata.
  9. Hidangkan tulang rusuk dan disiram dengan baki kuah pekat dan ditabur bijan.

Sunday, 15 May 2016

MINYAK CILI / CHILLIES OIL



Chillies Oil

Ingredients

100 grams bird’s eye chilli
100 grams red chilli
5 tablespoons olive oil

Methods

  1. Blend all chillies until smooth.
  2. Sauté the blended chillies until oil separated. 
  3. Cool it and keep in a bottle. Use it when needed.
  4. Can last for 1 month if keep it in cool and dry place.
Minyak Cili


Bahan-bahan

100 gram cili padi
100 gram cili merah
5 sudu besar minyak zaiton

Langkah-langkah

  1. Cili padi dan cili merah dikisar.
  2. Tumis bahan kisaran sehingga garing.
  3. Sejukkan dan simpan dalam botol. Hanya digunakan bila perlu.
  4. Bahan boleh disimpan selama sebulan tanpa didinginkan.

Friday, 18 March 2016

KUAH ROJAK / ROJAK SAUCE




Fruit Rojak Sauce

Ingredients

½ cup chili sauce

½ cup tomato sauce
½ cup sweet creamy soy sauce
3 table spoon homemade chilli paste (if like more hot, can add bird’s eye chilli)
½ cup sugar
1 cup brown sugar
½ inch toasted shrimp paste
½ cup water
5 tablespoons sesame – dry fry
Peanut dry fry and coarsely ground
2 tablespoons black fermented shrimp paste (optional)

Serving Suggestions

Tempe fry and cut

Tofu fry and cut
Cucumber
Young mango
Sengkuang 
Bean sprouts

Methods

  1. Combine all ingredients except sesame and peanuts, and bring to a boil.
  2. Once the mixture becomes thick, add sesame seeds and peanuts, and stir briefly.
  3. When sauce was ready, cooled it before filled into bottles for storage.
  4. Sauce can be served with the serving suggestions.
Kuah Rojak Buah

Bahan-bahan

½ cawan sos cili 

½ cawan sos tomato 
½ cawan kicap lemak manis 
3 sudu besar cili kisar (kalau suka pedas boleh tambah cili padi)
½ cawan gula 
1 cawan gula merah 
½ inci belacan yang dibakar
½ cawan air 
5 sudu bijan - disangai 
Kacang tanah goreng tanpa minyak & ditumbuk kasar
2 sudu pes otak udang (optional) 

Cadangan hidangan


Tempe dipotong dan digoreng
Tahu digoreng dan dipotong
Timun
Mangga muda
Sengkuang
Taugeh

Langkah-langkah

  1. Campurkan semua bahan kecuali bijan dan kacang tanah, dan panaskan sehingga mendidih. 
  2. Setelah campuran menjadi pekat, masukkan bijan dan kacang tanah, dan kacau seketika.
  3. Kuah telah siap disejukkan sebelum diisi ke dalam botol untuk simpanan. 
  4. Kuah boleh dihidang bersama bahan cadangan hidangan.

Monday, 22 February 2016

IKAN BAKAR / GRILLED FISH















Grilled fish

Ingredients

1 scads

1 fresh water catfish
Turmeric powder
Banana leaves
Turmeric leaf
Salt

Ingredients for condiment (sambal)

3 tablespoons homemade chili paste

1 tablespoon homemade multipurpose paste
1 tablespoon homemade garlic-ginger paste
Salt
Sugar

Ingredients for spicy dipping sauce

2 tomatoes, diced

5 shallots sliced
2 red chillies sliced
5 bird’s eye chilli slice
2 tablespoons toasted coconut


Sambal Belacan (Pounded or using blender)

5 red chillies

7 sticks bird’s eye chilli 
3 shallots
2 cloves garlic
Pinch shrimp paste
Tamarind
Sugar

Methods

Condiment (Sambal)

  1. Sauté all ingredients for the sauce until dry.
  2. Add salt and sugar.
Grilled fish

  1. The fish is washed and drained.
  2. Smear the fish with salt and turmeric, let stand for 15 minutes.
  3. Place the fish on layers of banana leaves and turmeric leaf.
  4. Smear whole fish with sambal and wrapped with banana leaves and turmeric leaves.
  5. Grilled the fish (directly on the fire or use the pan)
  6. Once cooked, serve.
Spicy dipping sauce

  1. Blend all ingredients for sambal belacan.
  2. Mix all ingredients are sliced ​​and diced.
  3. Mix well, add sambal belacan and tamarind juice.
  4. Put toasted coconut and mixed until all well mixed.
  5. Sugar to taste.
  6. Ready to be dipped.
Ikan Bakar

Bahan-bahan

1 ekor ikan selar
1 ekor ikan keli
Serbuk kunyit
Daun pisang
Daun kunyit
Garam

Bahan untuk sambal

3 sudu besar pes cili kisar buatan sendiri
1 sudu besar pes pelbagai guna buatan sendiri
1 sudu besar pes halia bawang putih
Garam
Gula

Bahan untuk pencicah

2 biji tomato dipotong dadu
5 ulas bawang merah dimayang
2 batang cili merah
5 batang cili padi dimayang
2 sudu besar kerisek

Bahan sambal belacan (ditumbuk)

5 batang cili merah

7 batang cili padi
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Secubit belacan
Asam jawa
Gula

Langkah-langkah
Sambal

  1. Tumis semua bahan untuk sambal sehingga garing.
  2. Perisakan dengan garam dan gula.
Ikan bakar

  1. Ikan dicuci bersih dan ditoskan.
  2. Lumur ikan dengan garam dan kunyit, ketepikan selama 15 minit.
  3. Letakkan ikan di atas lapisan daun pisang dan daun kunyit.
  4. Lumurkan keseluruhan ikan dengan sambal dan dibalut dengan daun pisang dan daun kunyit.
  5. Bakar ikan (secara terus atas api atau gunakan kuali)
  6. Setelah masak hidangkan.
Air asam pencicah

  1. Tumbuk semua bahan untuk sambal belacan.
  2. Campurkan semua bahan yang dimayang dan didadu.
  3. Gaul rata, masukkan sambal belacan serta air asam jawa.
  4. Masukkan kerisek dan digaul sehingga semua bercampur.
  5. Perisakan dengan gula.
  6. Siap untuk dicicah.

Monday, 10 November 2014

TERONG MENTEGA BERLADO / BUTTERED EGGPLANT IN HOT SAUCE

Buttered Eggplant in Hot Sauce

Ingredients

1 long eggplant cut into thin lengthwise
1 tablespoon sauce multipurpose
Salt
Sugar

Butter
Dried tamarind

Pounded Ingredients

5 stem red chillies
1 onion
4 cloves of garlic
100 grams of anchovies

Methods
  1. Fried eggplant with butter until wilted.
  2. Sauté multi-purpose paste using remaining butter.
  3. Sauté pounded ingredients and dried tamarind until fragrant.
  4. Pinch of salt and sugar to taste.
  5. Arrange the buttered eggplant in a container and pour the sauce.
  6. Ready to be serve.
Terong Berlado

Bahan-bahan

1 terong panjang dipotong nipis memanjang
1 sudu besar sos pelbagai guna
Garam
Gula

Mentega
Asam keping

Bahan ditumbuk

5 batang cili merah
1 ulas bawang besar
4 ulas bawang putih
100 gram ikan bilis

Langkah-langkah

  1. Terong digoreng dengan mentega sehingga layu.
  2. Tumiskan pes pelbagai guna.
  3. Tumiskan bahan tumbuk dan asam keping sehingga naik bau.
  4. Perisakan dengan garam dan gula.
  5. Susun terong dalam bekas dan curahkan sambal yang ditumis.
  6. Siap untuk dihidang.

Tuesday, 14 October 2014

PISANG MASAK LEMAK KUNING / YOUNG BANANA IN HOT CREAMY YELLOW SAUCE




Young Bananas in Hot Creamy Yellow Sauce

Ingredients

10 young bananas
50 grams anchovies – soaked
3 tablespoons homemade multi usage paste
Coconut milk from one coconut/palm oil milk
1 turmeric leaf
3 stack basil leaf
1 stalk lemon grass, pounded

5 candle nut
5 - 7 bird's eye chili
1 tablespoon turmeric powder
1 teaspoon chili powder
Salt
Sugar
Tamarind/dates vinegar
Water

Methods

  1. Boil the processed young bananas until tender. Put aside
  2. In a saucepan add about 1 liter of water.
  3. Pound candle nut and bird's eye chili.
  4. Put homemade multi usage paste, soaked anchovies, chili powder, turmeric powder and mixed of candle nut-bird's eye chili.
  5. Put tamarind/dates vinegar.
  6. After that, add coconut milk gradually.
  7. After all mixture well blended, stir and add salt, sugar, cut turmeric leaf and basil leaf.
  8. Put boiled young bananas.
  9. After boiled, turn off the heat and ready to be served.
Pisang Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahan

10 biji pisang muda dibuang kulit luar
50 gm ikan bilis - direndam
3 sudu besar pes pelbagai guna
Santan kelapa dari satu biji kelapa/santan sawit
1 helai daun kunyit
3 tangkai daun selasih
1 batang serai dititik

5 biji buah keras
5 -7 cili padi
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk cili
Garam
Gula
Asam keping / Cuka kurma
Air

Langkah-langkah

  1. Rebus pisang muda sehingga lembut. Ketepikan.
  2. Dalam periuk masukkan air lebih kurang 1 liter.
  3. Tumbuk buah keras dan cili padi.
  4. Masukkan pes pelbagai guna, ikan bilis, serbuk cili,serbuk kunyit  dan campuran buah keras-cili padi.
  5. Masukkan asam keping/cuka kurma.
  6. Selepas itu masukkan santan sedikit demi sedikit.
  7. Setelah semuanya sebati, kacau dan masukkan garam, gula, daun kunyit dan daun selasih.
  8. Masukkan pisang yang telah direbus.
  9. Setelah mendidih matikan api dan siap untuk dihidang.

Wednesday, 30 July 2014

MEE KUAH MERAH TULANG / BONE IN RED SAUCE NOODLE





Bone in Red Sauce Noodle
 

Ingredients

1 kilogram of beef bones
1 packet of yellow noodle

For sauce

3 potatoes cut eight
1 carrot cut lengthwise
2 onions minced
1 garlic minced
1 tablespoon homemade ginger-garlic paste
1 tablespoon homemade multi usage paste
1 tablespoon homemade chili paste
5 tablespoons of homemade tomato paste
1 can whole peeled plum tomatoes
1 teaspoon mixed herbs
1 teaspoon mixed spices
Bay leaf
Salt
Sugar
Olive oil

For Garnishing

Fried onion
Parsley
Spring onion
Fried tofu

Bean sprout
Red chili diagonally cut
Calamansi

Methods

  1. Boil yellow noodle until tender.
  2. In another pot boil bones with the potato and carrot, for 1 – 1½ hours until meat on bone tender. (If using pressure cooker, boiling time will be shorter).
  3. Heat the olive oil, sauté garlic and onions.
  4. In the same pan put mixed spices, mixed herbs, homemade ginger-garlic paste, chili paste and mix thoroughly and let blended with oil. (Caramelized).
  5. Put caramelized vegetable to boiled bones pot.
  6. Add bay leaf, homemade tomato sauce and whole peeled plum Tomatoes. Stir to mix.
  7. Heat on low heat for 30 to 45 minutes and stirred.
  8. Add salt and sugar to taste. Continue to stir.
  9. Prepare yellow noodle in plate, pour the sauce with bone over the noodle.
  10. Garnish with garnishing ingredients.
Mi Kuah Merah Tulang

Bahan-bahan

1 kilogram tulang lembu
1 paket mi kuning

Untuk sos

3 kentang dipotong lapan
1 lobak merah dipotong memanjang
2 bawang dimayang
1 bawang putih dimayang
1 sudu besar pes halia-bawang putih buatan sendiri
1 sudu besar pes pelbagai guna buatan sendiri
1 sudu besar pes cili buatan sendiri
5 sudu besar pes tomato buatan sendiri
1 tin tomato plum
1 sudu teh herba campuran
1 sudu teh rempah campuran
Daun bay
Garam
Gula
Minyak zaitun

Untuk Hiasan

Bawang goreng
Daun sop
Daun bawang
Tauhu goreng
Taugeh
Cili merah dipotong menyerong
Limau kasturi

Langkah-langkah

  1. Rebus mi kuning sehingga lembut.
  2. Dalam periuk yang lain rebus tulang bersama kentang dan lobak merah, untuk 1 - 1½ jam sehingga daging pada tulang lembut. (Jika menggunakan periuk tekanan, masa mendidih akan lebih pendek).
  3. Panaskan minyak zaiton, tumis bawang putih dan bawang merah.
  4. Dalam kuali yang sama, masukkan rempah campuran, herba campuran, pes halia-bawang putih dan pes cili, kacau sehingga sebati dan sehingga pecah minyak. (Caramelized).
  5. Masukkan bahan yang ditumis ke dalam periuk rebusan tulang.
  6. Tambah daun bay, sos tomato buatan sendiri dan tomato plum. Kacau sebati.
  7. Panaskan dengan api kecil selama 30 hingga 45 minit dan dikacau.
  8. Tambah garam dan gula secukup rasa. Terus mengacau.
  9. Sediakan mi kuning dalam pinggan, sendukkan kuah dengan tulang ke atas mi.
  10. Hiaskan dengan bahan hiasan.

You May Like This:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...