Cooking with a dash of love, which is the key ingredient to good cooking. Happy Reading and Happy Cooking!

Followers

Monday, 29 October 2018

PENNE ALFREDO


Penne Alfredo 
 

Ingredients

500 grams of penne is boiled according to the instructions on the label
¼ cups of penne boiled water
50 grams butter
4 tablespoons of olive oil
5 cloves garlic
1 holland onion minced
5 sticks of button mushrooms - rough cut
1 piece of meatloaf beef cut into cubes fried
6 pieces sliced ​​chicken bacon fried crispy
200 ml cooking cream / pasta cream
1 sweet basil minced
½ teaspoon black pepper powder
1 teaspoon of chili flakes
1 tablespoon powdered parmesan cheese 

Tomato cherry
Salt
Sugar

Methods

  1. Boil penne according to the instructions on the label. Put a side ¼ cup of boiled water.
  2. Heat the pan and sauté garlic and onion.
  3. After slightly wilted, add beef meatloaf, chicken bacon and mushroom button, mix well until cooked.
  4. Pour cooking cream, black pepper powder, chili flakes and minced sweet basil leaves.
  5. Put the boiled penne and mix well, sprinkled with salt and sugar to taste.
  6. Add some boiled water to add gravy.
  7. Served and decorated with sweet basil leaves, tomato cherry and parmesan cheese.
Penne Alfredo

Bahan-bahan
 

500 gram penne direbus mengikut arahan pada label
¼ cawan air rebusan penne
50 gram mentega
4 sudu besar minyak zaiton
5 ulas bawang putih dimayang
1 ulas bawang holland dimayang
5 batang cendawan butang - dipotong kasar
1 keping beef meatloaf dipotong kiub digoreng
6 keping sliced chicken bacon digoreng rangup
200 ml cooking cream/pasta cream
1 tangkai daun selasih dimayang
½ sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh kepingan cili
1 sudu besar serbuk keju parmesan 

Tomato ceri
Garam
Gula

Langkah-langkah

  1. Rebus penne mengikut arahan pada label. Ketepikan ¼ cawan air rebusan.
  2. Panaskan kuali dan tumis bawang putih dan bawang merah.
  3. Setelah agak layu, masukkan beef meatloaf, chicken bacon dan cendawan butang, digaul sekata sehingga masak.
  4. Masukkan cooking cream, serbuk lada hitam, kepingan cili dan daun sweet basil.
  5. Masukkan penne yang telah direbus dan digaul rata, perisakan dengan garam dan gula.
  6. Masukkan sedikit air rebusan untuk menambah kuah.
  7. Setelah masak dihidang dan dihias dengan daun selasih, tomato ceri dan ditabur keju parmesan.

Saturday, 29 September 2018

HOMEMADE SHELL-OUT


Shell-out

Shell-out

Kerang Bersos

Ketam Berlada
Shell-out Homemade

Bahan-bahan

Udang
Sotong
Ketam
Kerang
Kunyit serbuk
Garam
Serai dititik
Serbuk lada hitam

Untuk sos

2 sudu besar mentega
2 sudu minyak zaiton
3 sudu besar pes pelbagai guna
4 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos plum
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos masam manis
1 sudu teh kicap lemak masin
1 sudu teh sos tiram
2 sudu besar sos lada hitam
Tepung jagung (jika perlu untuk memekatkan sos
2 biji telor – untuk masak ketam berlada.
Garam
Gula

Sayuran

Cauliflower
Carrot dipotong memanjang
Jagung dipotong 2 inci
Broccoli

Langkah-langkah

  1. Bahan seafood dibersihkan.
  2. Ketepikan sebahagian udang, sotong dan ketam untuk digaul dengan garam kunyit untuk digoreng.
  3. Gaul sebahagian udang dan sotong dengan garam untuk dikukus.
  4. Ketam digoreng seketika. Ketam akan dibuat ketam bercili.
  5. Sayuran dibersih dan digaul dgn garam dan serbuk lada hitam dan dikukus.
  6. Kerang dibersih dan direbus bersama serai yang dititik, bawang besar, bawang putih dan garam.

Untuk penyediaan sos

  1. Panaskan mentega dan minyak zaiton.
  2. Tumiskan pes pelbagai guna dan kisaran cili sehingga naik bau.
  3. Masukkan sos plum, sos tomato, sos lada hitam, sos tiram dan kicap lemak masin. Panaskan sehingga menggelegak.
  4. Perisakan dengan garam dan gula, masukkan sedikit air jika sos terlalu pekat.
  5. Jika terlalu cair, campurkan tepung jagung dalam air dan dikacau sebelum dimasukkan ke dalam sos.
  6. Susun semua sayur dan bahan yang telah dikukus dan digoreng di dalam dulang.
  7. Curahkan sos ke atas bahan di dalam dulang dan digaul rata.

Ketam berlada

  1. Menggunakan sos yang telah disediakan, asingkan sebahagian sos dan dipanaskan.
  2. Masukkan telor yang telah dikacau ke dalam sos dan digaul rata.
  3. Masukkan ketam yang telah digoreng ke dalam sos dan digaul rata.

Kerang bersos

  1. Menggunakan sos yang telah disediakan, asingkan sebahagian sos dan dipanaskan.
  2. Masukkan kerang yang telah direbus dan digaul rata.

Pes Kisaran Pelbagai Guna

Bahan-bahan

75 gram ikan bilis direndam supaya lembut
50 gram udang kering direndam supaya lembut
2 batang serai dipotong kecil
3 cm halia dipotong kecil
1 cm lengkuas dipotong kecil
2 cm kunyit segar dipotong kecil
4 - 5 cili padi
¼ daun kunyit
1-2 daun limau3 bawang besar
4 ulas bawang putih

Langkah-langkah

  1. Semua bahan dikisar sehingga lumat.
  2. Siap untuk diguna sebagai rencah sayur, masak lemak dan lain-lain.

Pes Cili Kisar


Bahan-bahan

200 gram cili kering dipotong buang biji dan direndam
1 biji bawang holland/besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
7 - 10 cili padi
2 batang serai
2 - 3 helai daun limau purut
3 inci daun kunyit
1 inci belacan

Langkah-langkah

  1. Cili kering dipotong, dibuang biji dan direndam selama 1 jam atau lebih.
  2. Kisar semua bahan-bahan lain sehingga lumat.
  3. Masukkan cili kering yang telah direndam dan kisar hingga lumat.
  4. Simpan dalam bekas bertutup dan letakkan dalam peti sejuk. Boleh tahan sehingga 1 bulan.

Wednesday, 4 July 2018

KEK KEJU / CHEESE CAKE

 

Cheese cake 
(Credit to KRAFT)

Ingredients

For the bottom layer
1½ cup of marie biscuit powder (60 grams of marie biscuit powdered)
1/3 cup melted margarine/melted butter/corn oil

For the cheese layer
750 grams cream cheese, softened
1 cup of sugar
1 teaspoon of vanilla
4 eggs

For garnishing
4 tablespoons of chocolate chip

Methods

  1. Preheat the oven at 170 ° C.
  2. Combine marie biscuit powder, with corn oil and mix well so it is curled.
  3. Align on 5mm thick and compacted it.
  4. Beat cream cheese, sugar and vanilla until well mixed. Put eggs one by one and mix them at slow speed. Add chocolate chips and mix well.
  5. Pour the dough over the surface of the compacted marie biscuits.
  6. Bake for 50 - 60 minutes or until cooked. Let cool at room temperature before cooling in the refrigerator for 4 hours.
  7. Ready to serve after cooling.
Kek Keju (Kredit kepada KRAFT)
 

Bahan-bahan

Untuk lapisan bawah
1 ½ cawan serbuk biskut marie (60 grams biskut marie dikisar)
1/3 cawan majerin cair/mentega cair/minyak jagung

Untuk lapisan keju
750 grams cream cheese, dilembutkan
1 cawan gula
1 sudu teh vanilla
4 biji telur

Untuk hiasan
4 sudu besar cip cokelat

Langkah-langkah

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 170° C.
  2. Campurkan serbuk biskut marie, dengan minyak jagung dan gaul rata sehingga menggentel.
  3. Ratakan pada acuan setebal 5mm dan dipadatkan.
  4. Pukul cream cheese, gula dan vanilla sehingga sebati. Masukkan telor 1 persatu dan dicampur pada kelajuan perlahan setiap kali dimasukkan sehingga bercampur rata. Campurkan cip cokelat dan digaul rata.
  5. Tuangkan adunan ke atas permukaan biskut marie yang dipadatkan.
  6. Bakar selama 50 – 60 minit atau sehingga masak. Biarkan sejuk pada suhu bilik sebelum didinginkan dalam peti sejuk selama 4 jam.
  7. Siap untuk dihidang selepas disejukkan.

You May Like This:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...