Cooking with a dash of love, which is the key ingredient to good cooking. Happy Reading and Happy Cooking!

Followers

Friday 18 November 2016

AYAM MASAK BALI / BALINESE CHICKEN DISH


Balinese Chicken Dish

Ingredients

1 chicken cut as you like
3 onions round cut
3 cloves garlic, sliced
4 of lemongrass crushed
10 sprigs of curry leaves
1 seed potatoes cut into wedges
3 tablespoons sweet soy sauce
2 tablespoons coconut milk
3 tablespoons turmeric powder
Salt
Sugar

Blended ingredients

10-15 dried chillies
2 onions
5 cloves garlic
1 teaspoon coriander seed
1 teaspoon aniseed
1 inch ginger
2 stalks lemongrass
A pinch of shrimp paste
3 seeds candle nuts

Methods

  1. The chicken is marinated with salt and turmeric. Put aside for a moment.
  2. Heat the oil. Fry chicken and potato until it turns golden brown. Set aside.
  3. Use frying oil for sautéing.
  4. Sauté lemongrass and curry leaves until fragrant.
  5. Add shallots and garlic until fragrant.
  6. Put the blended ingredients and fry until slightly crisp and smooth.
  7. After that pour coconut milk, sweet soy sauce and mixed evenly.
  8. After boiling, add the chicken, potato and mix well and smooth.
  9. Add salt and sugar to taste.
  10. Ready to be served.
Ayam Masak Bali

Bahan-bahan

1 ekor ayam dipotong ikut kehendak
3 biji bawang besar dipotong bulat
3 ulas bawang putih dimayang
4 barang serai dititik
10 tangkai daun kari
1 biji kentang dipotong wedges
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar santan pekat
3 sudu besar serbuk kunyit
Garam
Gula

Bahan dikisar

10-15 batang cili kering
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu teh ketumbar biji
1 sudu teh jintan manis
1 inci halia
2 batang serai
Secubit belacan
3 biji buah keras

Langkah-langkah

  1. Ayam digaul dengan garam dan kunyit. Ketepikan seketika.
  2. Panaskan minyak. Goreng ayam dan kentang sehingga berubah menjadi kuning keemasan. Ketepikan.
  3. Gunakan minyak gorengan ayam untuk menumis.
  4. Tumiskan serai dan daun kari sehingga wangi.
  5. Masukkan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  6. Masukkan bahan yang dikisar dan goreng sehingga agak garing dan sebati.
  7. Setelah itu masukkan kicap manis serta santan dan digaul sekata.
  8. Selepas menggelegak masukkan ayam, kentang dan digaul rata dan sebati.
  9. Perisakan dengan garam dan gula.
  10. Siap untuk dihidang.

Tuesday 1 November 2016

KUIH LOPES SEGITIGA / TRIANGLE GLUTINOUS RICE CAKE



Triangle Glutinous Rice Cake 

Ingredients

500 grams of glutinous rice

2 tablespoons edible lime paste
½ coconuts grated, use only white part 
2 loaves of palm sugar
Pandan leaves
Banana leaves and tooth pick for fastening 

Cloth / raffia string 
Salt

Methods

  1. Glutinous rice soaked with the edible lime paste for 2-3 hours.
  2. Toss glutinous rice and mix well with salt.
  3. Banana leaves are cleaned, trimmed and held over a flame for a while to soften it.
  4. Fold banana leaves into a triangular pouch.
  5. Fill the triangle pouch with tossed glutinous rice, pack the rice in the cartridge.
  6. Pin tooth pick stick to tighten banana leaf pouch.
  7. Prepare 2-3 filled pouch and tied with cloth / raffia string to prevent the rice from falling out.
  8. Put the triangle pouches which was tied to the pot and fill the water up above tied triangle pouches.
  9. Add pandan leaf and boil for 2-3 hours.
  10. Prepare grated coconut mixed with salt and steamed for 2-3 minutes.
  11. Heat palm sugar till melted with a little water to make syrup.
  12. Once glutinous rice cake cook, let it cool and coated it with salted grated coconut and pour palm sugar syrup.

Kuih Lopes Segitiga

Bahan-bahan

500 gram beras pulut

2 sudu besar paste kapur makan
½ biji kelapa diparut hanya bahagian putih
2 ketul gula Melaka
Daun pandan
Daun pisang serta lidi untuk meyemat
Tali kain / tali raffia
Garam
 
Langkah-langkah

  1. Beras pulut dibersih dan direndam bersama larutan kapur sirih selama 2 – 3 jam.
  2. Tos beras dan gaul dengan garam.
  3. Daun pisang dibersih, dipotong dan dilayur di atas api seketika untuk melembutkannya.
  4. Daun pisang dilipat menjadi kelongsong segitiga.
  5. Isikan kelongsong segitiga dengan beras pulut yang ditoskan, padatkan beras dalam kelonsong.
  6. Semat daun dengan lidi untuk mengetatkannya.
  7. Siapkan 2 – 3 biji dan diikat dengan tali kain/raffia untuk mengelak beras daripada terkeluar.
  8. Masukkan kelosong segitiga yang diikat ke dalam periuk dan isikan air sehingga melebihi paras kelosong. 
  9. Masukkan daun pandan dan rebus selama 2 – 3 jam.
  10. Sediakan kelapa dicampur garam dan dikukus selama 2 – 3 minit.
  11. Sediakan air gula Melaka yang dimasak bersama sedikit air.
  12. Setelah kuih lopes masak, sejukkan seketika dan gaulkan dengan kelapa dan dihidang bersama air gula.

You May Like This:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...