Cooking with a dash of love, which is the key ingredient to good cooking. Happy Reading and Happy Cooking!

Followers

Showing posts with label MEAT. Show all posts
Showing posts with label MEAT. Show all posts

Monday, 6 October 2014

NASI DAGING UTARA / NORTHERN MEAT RICE

Rempah yang disediakan / Homemade Spices
Rempah tumis / Sautéed Spices
 Rempah tumis / Sautéed Spices
Daging rebus / Boiled meat
Beras ditos / Tossed rice
Menumis nasi / Sautéed rice
Memasak nasi / Cooking rice
Nasi yang telah masak / Cooked rice
Nasi dihidang bersama lauk / Served with other dishes


Dalca sayur / Mixed vegetable curry
Ayam masak merah / Chicken in tomato gravy
Air asam pencicah / Hot spicy-sour dipping sauce
Northern Meat Rice

Ingredients

1 kg of bathmati rice
1 kg beef, thinly cut
2 onions sliced ​​(1 use for boiling meat, 1 to sauté the rice)
4 cloves garlic, sliced ​​(2 use for boiling meat, 2 to sauté the rice)
Evaporated milk
Beef broth (measured same as rice quantity - minimum)

1 tablespoon homemade multi-usage paste
1 tablespoon homemade ginger-garlic paste
Pandan leaves
Parsley
Spring onions
Fried onions
Salt
Sugar

Sautéed Spices

1 cinnamon stick
3-4 cardamom
2-3 star anise
2-3 cloves
1-2 pieces of bay leaf

Pounded spices (½ used for boiling meat and ½ to sauté the rice)

1 tablespoon fennel seeds, dry fried and pounded
1 tablespoon cumin, dry fried and pounded
1 tablespoon coriander, dry fried and pounded
2 cloves nutmeg seeds, pounded


Methods

  1. Soak the rice about 15 minutes, drained. 
  2. Boil the meat with pounded spices, salt, onion and garlic. 
  3. Once the meat cooked put aside, the broth used to cook rice. 
  4. Sauté multi-usage paste, ginger-garlic paste, pandan leaves, onion and garlic until fragrant. 
  5. Sauté sautéed spices and pounded spices until fragrant. 
  6. Pour the beef broth and add a bit of meat. Add salt and sugar to taste. 
  7. Once boiled, add evaporated milk and stir until well mixed. 
  8. Add tossed rice and stir until fluffy. Let the rice cook. 
  9. Garnished with spring onion, parsley leaves and fried onions. 
  10. Serve with mixed vegetable-dhal curry, chicken in spicy tomato sauce and cut meat with hot-sour sauce.

Nasi Daging Utara

Bahan-bahan

1 kg beras bathmati
1 kg daging dipotong nipis
2 bawang besar dimayang (1 guna untuk merebus daging, 1 untuk menumis nasi)
4 ulas bawang putih dimayang (2 guna untuk merebus daging, 2 untuk menumis nasi)
Susu sejat
Air rebusan (sekurang-kurang sama kuantiti dengan ukuran beras)

1 sudu besar pes pelbagai guna
1 sudu besar pes halia-bawang putih
Daun pandan
Daun sop
Daun bawang
Bawang goreng
Garam
Gula

Rempah untuk tumisan

1 kulit kayu manis
3 – 4 buah pelaga
2 – 3 kuntum bunga lawang
2 – 3 bunga cengkih
1 – 2 helai daun salam

Rempah ditumbuk (½ digunakan untuk merebus daging dan ½ untuk menumis nasi)

1 sudu besar jintan manis, disangai dan ditumbuk
1 sudu besar jintan putih, disangai dan ditumbuk
1 sudu besar ketumbar, disangai dan ditumbuk
2 ulas biji pala diambil isi dalam dan ditumbuk

Langkah-langkah

  1. Rendam beras lebih kurang 15 minit, toskan.
  2. Rebus daging bersama rempah ditumbuk, garam, bawang dan bawang putih.
  3. Setelah daging masak ketepikan daging, air rebusan diguna untuk memasak nasi.
  4. Tumiskan pes pelbagai guna, pes halia-bawang putih, daun pandan, bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  5. Tumiskan rempah tumisan dan rempah yang ditumbuk sehingga garing.
  6. Tuangkan air rebusan daging dan masukkan sedikit potongan daging. Perisakan dengan garam dan gula.
  7. Setelah mendidih masukkan susu cair dan kacau sehingga sebati.
  8. Masukkan beras dan kacau sehingga kembang. Biarkan sehingga nasi masak.
  9. Untuk hidangan dihias dengan hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
  10. Hidangkan bersama dalca, ayam masak merah dan daging dicacah dengan air asam.

Monday, 18 August 2014

DAGING SALAI MASAK LEMAK MENGGUNAKAN PEMANGGANG AJAIB / SMOKED BEEF IN HOT CREAMY SAUCE USING MAGIC PAN GRILL






Smoked Beef in Hot Creamy Sauce Using Magic Pan Grill

Ingredients

½ kg beef cut in 1-inch chunks- smoked
10 -15 basil leaves
1 lemon grass – pounded
4 – 5 bird’s eye chilli - pounded
5 – 6 starfruits reed – halve
1 young mango – quartered
1 turmeric leaf - cut
1 ginger flower finely cut
1 teaspoon homemade garlic-ginger paste
2 tablespoon homemade multi-purpose paste
50 ml palm milk
1 teaspoon of turmeric powder
Salt
Sugar

Methods

  1. Pour water in a pot and add homemade ginger-garlic paste, multi-purpose paste, pounded bird’s eye chilli and turmeric powder, mix thoroughly.
  2. Add smoked beef, cook until tender.
  3. Pour palm milk and stir. After boiling, put basil leaves, turmeric leaf, ginger flower, starfruit reed and young mango, stir until well blended.
  4. Season it with salt and sugar.
  5. Ready to served with rice.
Daging Salai Masak Lemak Menggunakan Pemanggang Ajaib


Bahan-bahan

½ kg daging lembu potong dalam 1 inci - salai
10 -15 daun selasih
1 batang serai - dititik
4 – 5 cili padi - dititik
5 - 6 belimbing buluh – dibelah dua
1 mangga muda - dibelah empat
1 kunyit daun - dipotong
1 halia bunga halus dipotong
1 sudu teh pes halia-bawang putih buatan sendiri
2 sudu besar pes pelbagai guna buatan sendiri
50 ml santan sawit
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam
Gula

Langkah-langkah

  1. Tuangkan air dalam periuk dan tambahkan pes halia-bawang putih buatan sendiri, pes pelbagai guna, cili padi dan serbuk kunyit, kacau sehingga sebati.
  2. Masukkan daging lembu salai, masak sehingga lembut.
  3. Tuangkan santan sawit dan kacau. Selepas mendidih, masukkan daun selasih, daun kunyit, bunga kantan, belimbing buluh dan mangga muda, kacau hingga sebati.
  4. Perisakan dengan garam dan gula.
  5. Siap untuk dihidangkan dengan nasi.

Monday, 14 July 2014

STEW TULANG / BONE STEW





Bone Stew

Ingredients

1 kilogram of beef bones
3 potatoes cut eight
1 carrot cut lengthwise
2 onions cut eight
1 celery stalk cut into 1 inch length
1 tablespoon homemade garlic paste
1 tablespoon homemade chili paste
5 tablespoons of homemade tomato paste
1 can whole peeled plum tomatoes
1 teaspoon mixed herbs
1 teaspoon mixed spices
Bay leaf
50 grams of butter
Salt
Sugar
Olive oil
Parsley for garnishing

Methods

1.    Clean bones, tossed and pat dry.
2.    Heat olive oil in a pan and add the dried bones, leave it for 2 to 3 minutes. Put aside bones.
3.    In the same pan put celery stalk,  potato, carrot, mixed spices, mixed herbs, cut onion, homemade ginger-garlic paste, chili paste and mix thoroughly and let blended with oil. (Caramelized).
4.    Using a pressure cooker, put bones, a bit salt, and water, cook until tender.
5.    Once the meat on the bones become soft, transfer to another pot.
6.    Put caramelized vegetable mixed with the bones to the pot.
7.    Add bay leaf, homemade tomato sauce and whole peeled plum tomatoes. Stir to mix.
8.    Heat on low heat for 20 to 30 minutes and stirred.
9.    Add butter, salt and sugar. Continue to stir.
10. Once it thickens and enough flavor, can be served with french loaf or as gravy for spaghetti. .

Stew Tulang

Bahan-bahan

1 kilogram tulang lembu
3 biji kentang dipotong lapan
1 batang lobak dipotong memanjang
2 bawang besar dipotong lapan
1 batang batang daun sup potong 1 inci panjang
1 tin whole peeled plum tomatoes
1 sudu teh herba campuran
1 sudu teh rempah campuran
Daun bay
50 gram mentega
Garam
Gula
Minyak zaiton

Langkah-langkah

1.    Bersihkan tulang, tos dan keringkan.
2.    Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan tulang yang dikeringkan biarkan selama 2 – 3 minit.  Ketepikan tulang.
3.    Dalam kuali yang sama masukkan batang daun sup, kentang, lobak merah, rempah campuran, herba campuran dan bawang besar yang dipotong, pes halia-bawang putih, pes cili kisar dan kacau sehingga sebati dengan minyak. (Caramelized).
4.    Memasak mengguna periuk tekanan masukkan tulang dan air.  Masak sehingga lembut.
5.    Setelah daging pada tulang menjadi lembut, pindahkan ke periuk lain.
6.    Masukkan sayuran yang telah digaul bersama minyak gorengan tulang ke dalam periuk. 
7.    Tambahkan daun bay, sos tomato dan whole peeled plum tomatoes.  Kacau sebati.
8.    Panaskan pada api kecil selama 20 - 30 minit dan dikacau. 
9.    Masukkan mentega, garam dan gula. Terus mengacau.
10. Setelah kuah menjadi pekat dan cukup rasa, boleh dihidang bersama roti perancis atau kuah untuk spaghetti.

Saturday, 29 March 2014

RENDANG DAGING GUNA PEMANGGANG AJAIB / BEEF RENDANG USING MAGIC GRILL PAN




Beef Rendang 

Ingredients 

½ kg beef meat
2 tbsp turmeric powder
2 stalks lemon grass pounded
1 kaffir lime leaf
2 inch turmeric leaf finely cut
Coconut milk from 1 coconut seed
3 tablespoons kerisek (dry-fry coconut)
Dried tamarind
Sautééd spices (Cinnamon, Cardamom, Clove and Star anise)
Salt
Sugar
Oil for frying

Blended Ingredients 

2 stalks of lemongrass
1 inch of ginger
1 inch galangal
1 clove fresh turmeric
20 sticks of dried chillies
10 bird’s eye chilli
100 grams of dried shrimp
3 cloves of garlic
1 onion
3 candlenut
3 inch turmeric leaf
1 kaffir lime leaf

Or can use ready-made homemade rendang paste.

Methods
  1. Beef meat marinated with salt and turmeric powder. Set aside at least 30 minutes. 
  2. Heat the oil in a magic grill pan. Sauté blended ingredients and four spices until fragrant. 
  3. Add pounded lemon grass, kaffir lime leaves and dried tamarind. 
  4. Add marinated beef meat and stir well to combine and put the lid magic grill pan close for 15 minutes. 
  5. Once the beef is cooked, add coconut milk and let it boil. 
  6. Add kerisek and stir well. Add salt and sugar to taste. 
  7. Leave it on low heat for 15 minutes or until oil breaks. 
  8. Garnish with cut turmeric leaf. Ready to be serve. 
Rendang Daging

Bahan-bahan 

½ kg daging lembu
2 sudu besar serbuk kunyit
2 batang serai dititik
1 helai daun limau purut
2 inci daun kunyit dipotong rampai
Santan dari 1 biji kelapa
3 sudu kerisek
Asam keping
Rempah tumisan (Kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang)
Garam
Gula
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan dikisar 

2 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 ulas kunyit segar
20 batang cili kering
10 batang cili padi
100 gram udang kering
3 ulas bawang putih
1 bawang besar
3 biji buah keras
3 inci daun kunyit
1 helai daun lemau purut


Atau boleh terus mengguna pes rendang buatan sendiri.

Langkah-langkah
  1. Daging diperap dengan garam dan serbuk kunyit. Ketepikan sekurang-kurang 30 minit. 
  2. Panaskan minyak di dalam pemanggang. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar dan rempah tumisan sehingga naik bau. 
  3. Masukkan serai dititik, daun lemau purut dan asam keping. 
  4. Masukkan daging yang telah diperap dan dikacau sehingga sebati tutup penutup pemanggang ajaib dan biarkan selama 15 minit. 
  5. Setelah daging masak, masukkan santan dan biarkan sehingga mendidih. 
  6. Masukkan kerisik dan kacau rata. Perisakan dengan garam dan gula.
  7. Biarkan diatas api perlahan selama 15 minit atau sehingga pecah minyak. 
  8. Hiaskan dengan potongan daun kunyit. Siap untuk dihidang. 

Thursday, 28 November 2013

KACANG PHOOL (FOUL) BEREMPAH / SPICY FOUL BEAN







Spicy Foul Beans

Ingredients

2 cans foul beans (1 canned mashed, 1 can used straight from the tin) (baked bean can also be use)
300 gm minced beef
3 tablespoon baryani powder
2 onions (1½ clove for sauté, ½ cloves of finely cut cubes for garnishing)
2 cloves of garlic
3 tablespoon homemade chili paste 
1 tablespoon homemade multi-purpose paste
1 tablespoon homemade ginger-garlicpaste
2 tablespoon homemade tomatoes sauce
3 tablespoon evaporated milk
Salt
Sugar
Olive oil
Butter
Eggs (sunny-up - depending on how many people want to eat).
Sandwich bread (can also use French loaf)

For garnishing

Parsley
Spring onions
Green chilies
Calamansi
Diced onion

Methods

  1. Heat oil, sauté the onion, garlic and all homemade pastes until fragrant.
  2. Stir fry the minced meat until cooked together with sautéed ingredients.
  3. Add biryani spices powder.
  4. Once the meat cooked, add a little water and add the mashed foul beans.
  5. After all ingredients well mixed, add whole foul beans and evaporated milk.
  6. Add salt, sugar and tomato sauce.
  7. If thick add water to dilute it.
  8. To serve, put foul beans in a bowl.
  9. Sprinkle the diced onion, coriander leaves, spring onions and calamansi.
  10. Eat it with buttered toasted bread and sunny-up egg.

Kacang Phool Berempah

Bahan-bahan

2 tin kacang phool (1 tin dilenyek, 1 tin diguna terus dari tin) (boleh juga diguna kacang panggang)
300 gm daging kisar
3 sudu besar rempah baryani
2 ulas bawang besar (1½ ulas untuk tumisan, ½ ulas potong kiub halus untuk tabur)
2 ulas bawang putih
3 sudu besar pes cili kisar
1 sudu besar pes pelbagai guna
1 sudu besar pes halia-bawang putih
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar susu isian sejat
Garam
Gula
Minyak zaiton
Mentega
4 biji telor (digoreng mata kerbau – bergantung kepada berapa orang nak makan.
Roti sandwich (boleh juga roti bai atau French loaf)

Untuk hiasan

Daun sup
Daun bawang
Cili hijau
Limau kasturi
Bawang besar yang dipotong kiub

Langkah-langkah

  1. Panaskan minyak dikuali, tumiskan bawang besar, bawang putih dan semua pes sehingga naik bau.
  2. Gorengkan daging kisar sehingga masak bersama tumisan di atas.
  3. Tambah rempah biryani.
  4. Bila daging dah masak, masukkan sedikit air dan masukkan kacang phool yang dilenyek.
  5. Selepas agak sebati daging kisar dan kacang phool lenyek, masukkan kacang phool yang telah ditoskan airnya dan susu isian sejat.
  6. Masukkan garam, gula, sos cili dan sos tomato.
  7. Jika pekat tambahkan air tapi jangan sampai cair.
  8. Untuk hidangan, masukkan kacang phool dalam mangkuk.
  9. Taburkan bawang yang dipotong kiub, daun sup, daun bawang dan limau kasturi.
  10. Hidang bersama dengan roti bakar disapu mentega dan telor mata kerbau.

Friday, 8 November 2013

GULAI KAWAH DAGING DAN NANGKA \ MEAT AND JACK-FRUIT CRATER CURRY





Meat and Jackfruit Crater Curry

Ingredients

1 kg beef mince mixed with bone. (Cut into small and thin)
3 pieces young jackfruit, cut and boiled
1 onion - sliced
2 cloves garlic - sliced
3 tablespoons crater curry spices (mixed it with broth)
3 tablespoons homemade blended chili paste
1 tablespoon homemade multi purpose paste
1 tablespoon homemade ginger - garlic paste
2 stalks lemon grass, crushed
3 tablespoons roasted coconut
Sautéed spices (cinnamon, cloves, star anise and cardamom)
Kaffir lime leaves
Dried tamarind
Salt
Palm sugar
Oil for sauté

Methods
  1. Boil meat until tender and tossed. Put broth aside.
  2. Sauté sautéed spices, onion, garlic, lemongrass and all pastes.
  3. Once fragrant, add the crater curry spices paste. Stir-fry until oil separates and the mix became crisp.
  4. Pour the spices mixture into a container containing boiled meat and boiled jackfruit.
  5. Mix until well blended and heat the crater. Add the broth, dried tamarind and kaffir lime leaves. Stir briefly.
  6. Pour in coconut milk, palm sugar and toasted coconut. Bring to a boil.
  7. Taste it with salt, leave for a while.
  8. Ready to be serve.
Gulai Kawah Daging dan Nangka

Bahan-bahan

1 kilogram daging dicampur tulang dan tetel. (Dipotong kecil dan nipis)
3 keping nangka muda dipotong dan direbus
1 bawang besar - dimayang
2 ulas bawang putih – dimayang
3 sudu besar rempah gulai kawah (dicampurkan dengan air rebusan)
3 sudu besar pes cili kisar
1 sudu besar pes serbaguna
1 sudu besar pes halia-bawang putih
2 batang serai dititik
3 sudu besar kerisek
Rempah tumisan (Kulit kayu manis, cengkih, lawang dan buah pelaga)
Daun limau purut
Asam keping
Garam
Gula melaka
Minyak untuk menumis

Langkah-langkah
  1. Daging direbus sehingga empuk dan toskan. Air rebusan diketepikan.
  2. Tumiskan rempah tumisan, bawang besar, bawang putih, serai dan semua pes.
  3. Setelah naik bau, masukkan pes rempah gulai kawah. Kacau sehingga naik minyak dan garing.
  4. Tuangkan bahan yang ditumis ke dalam bekas mengandungi daging dan nangka yang telah direbus.
  5. Gaul sehingga sebati dan panaskan kawah. Masukkan air rebusan, asam keping dan daun limau. Kacau seketika.
  6. Masukkan santan, gula melaka dan kerisek. Biarkan mendidih.
  7. Perisakan dengan garam, biarkan seketika.
  8. Siap untuk dihidang.

Wednesday, 23 October 2013

DAGING MERAH PAPRET \ PAPRET RED MEAT





Paprik Red Meat

Ingredients

½ kg of meat ( boiled with red dye ) – thinly cut
5-7 long beans cut in 1 –inch
1 holland onion - round cut
2 cloves of garlic sliced
3 inch carrot - cut into thin lengthwise
2 stalks red chili - cut lengthwise
2 stalks green chilies - cut lengthwise
2 tablespoons homemade ground chili paste
2 tablespoons of tomato sauce
1 tablespoon oyster sauce
1 teaspoon homemade ginger - garlic paste
1 teaspoon homemade multi-purpose paste
1 teaspoon plum sauce
1 kaffir lime leaves
1 stalk lemon grass, crushed
1 inch ginger - cut into thin lengthwise
Parsley
Salt
Sugar

Methods
  1. Sauté all pastes and sliced garlic until fragrant.
  2. Add carrots, ginger, red chili, green chili and lemongrass, mixing well.
  3. Put the red meat that has been tweaked. Stir it for a while.
  4. Put kaffir lime leaves, long beans and holland onions. Mix well.
  5. Pour a little water, salt and sugar to taste. Leave to boil.
  6. Can be serve with steamed rice.
Daging Merah Masak Paprik

Bahan-bahan

½ kilogram daging (direbus bersama pewarna merah) - dipotong nipis
5 – 7 batang kacang panjang dipotong 1 inci
1 ulas bawang holland dipotong bulat
2 ulas bawang putih dimayang
3 inci lobak merah dipotong nipis memanjang
2 batang cili merah dipotong memanjang
2 batang cili hijau dipotong memanjang
2 sudu besar pes cili kisar
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh pes halia-bawang putih
1 sudu teh pes pelbagai guna
1 sudu teh sos plum
1 helai daun limau purut
1 batang serai dititik
1 inci halia dipotong nipis memanjang
Daun sup
Garam
Gula

Langkah-langkah
  1. Tumiskan semua pes dan bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan lobak merah, halia, cili merah, cili hijau dan serai, digaul sebati.
  3. Masukkan daging merah yang telah dipotong nipis. Goreng seketika.
  4. Masukan daun limau purut, kacang panjang dan bawang Holland. Digaul rata.
  5. Masukkan sedikit air, perisakan dengan garam dan gula. Biarkan sehingga mendidih.
  6. Boleh dihidang bersama nasi.

Friday, 19 April 2013

PESAMAH DAGING / BEEF PESAMAH




Beef Pesamah

Ingredients

1 kg beef cut into cubes, marinated with curry powder
7 tablespoons meat curry powder (2 tablespoons marinated minced beef, 5 tablespoons for sauté)
1 onion sliced
3 cloves of garlic sliced
1½ cups palm oil milk
100 grams toasted grated coconut
Sautéed spices (cinnamon, cloves, star anise and cardamom)
¾ cup creamy sweet soy sauce
1 sprig of curry leaves
Cooking oil
Tamarind juice
Salt
Sugar

Methods

1.    Washed meat and marinated it with curry powder for 1 hour or more.
2.    Heat the oil and fry the sautéed spices, sliced onion, sliced garlic and all homemade pastes until fragrant.
3.    Mix the tamarind juice and curry powder into a paste, sauté it together with curry leaves until oil breaks.
4.    Put marinated beef and cooked until tender.
5.    Put toasted grated coconut and palm oil milk and continue stirring until thickened.
6.    Add a little water, add salt, creamy soy sauce and sugar to taste.
7.    Serve it with any rice.

Pesamah Daging

Bahan-bahan

1 kg daging lembu dipotong kiub, diperap dengan rempah kari daging
7 sudu serbuk kari daging (2 sudu diperap bersama daging, 5 sudu ditumis)
1 bawang besar dimayang
3 ulas bawang putih dimayang
1½  cawan santan sawit
100 gram kerisik
Rempah tumisan (kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang, buah pelaga)
¾ cawan kicap lemak manis
1 tangkai daun kari
Minyak masak
Asam jawa dijadikan jus
Garam
Gula

Langkah-langkah

1.    Daging dicuci dan diperap dengan rempah kari daging selama 1 jam atau lebih.
2.    Panaskan minyak dan tumiskan rempah tumisan, bawang besar, bawang putih dan pes-pes buatan sendiri sehingga naik bau.
3.    Campurkan jus asam jawa dan rempah kari menjadi pes, dan tumiskan bersama daun kari sehingga pecah minyak.
4.    Masukkan daging yang diperap dan dimasak sehingga lembut.
5.    Masukkan kerisek dan santan dan terus mengacau sehingga pekat.
6.    Tambahkan sedikit air, kicap lemak manis dan perisakan dengan garam dan gula.
7.    Hidangkan bersama sebarang nasi.

You May Like This:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...