Cooking with a dash of love, which is the key ingredient to good cooking. Happy Reading and Happy Cooking!

Followers

Showing posts with label FRIED. Show all posts
Showing posts with label FRIED. Show all posts

Thursday, 27 July 2017

DAGING TUMIS PEDAS / SPICY BRAISED BEEF



Spicy Braised Beef
Ingredients

½ kg of meat cut thin
2 tablespoon homemade multi-purpose paste
1 teaspoon coarse black pepper powder
1 large onion, sliced
3 cloves garlic, sliced
5 - 10bird's eye chili finely sliced
1 broccoli roughly cut
3 inches carrots cut and sliced
Olive oil
Water

Methods

  1. Marinate meat with a multipurpose paste for a while.
  2. Heat olive oil and sauté the onions, garlic and multi-purpose paste until fragrance.
  3. Put the meat and fry until cooked.
  4. Add black pepper powder. Mix well.
  5. Add some water and mix well.
  6. Add broccoli and carrots.
  7. Mix for a while and ready for serving.
Daging Tumis Pedas
 

Bahan-bahan
½ kg daging dipotong nipis
2 sudu besar pes pelbagai guna
1 sudu the serbuk kasar lada hitam
1 bawang besar dimayang
3 ulas bawang putih dimayang
5 – 10 biji cili padi dimayang halus
1 kuntum brokoli dipotong kasar
3 inci lobak merah dibelah dan dipotong
Minyak zaiton 

Garam
Gula
Air

 

Langkah-langkah
  1. Daging diperap dengan pes pelbagai guna seketika.
  2. Panaskan minyak zaiton dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan pes pelbagai guna sehingga naik bau.
  3. Masukkan daging dan digoreng sehingga masak.
  4. Masukkan serbuk lada hitam. Digaul rata.
  5. Masukkan sedikit air dan digaul sehingga sebati.
  6. Masukkan brokoli dan lobak merah. 
  7. Perisakan dengan garam dan gula.
  8. Gaul seketika dan siap untuk dihidang.

Friday, 18 November 2016

AYAM MASAK BALI / BALINESE CHICKEN DISH


Balinese Chicken Dish

Ingredients

1 chicken cut as you like
3 onions round cut
3 cloves garlic, sliced
4 of lemongrass crushed
10 sprigs of curry leaves
1 seed potatoes cut into wedges
3 tablespoons sweet soy sauce
2 tablespoons coconut milk
3 tablespoons turmeric powder
Salt
Sugar

Blended ingredients

10-15 dried chillies
2 onions
5 cloves garlic
1 teaspoon coriander seed
1 teaspoon aniseed
1 inch ginger
2 stalks lemongrass
A pinch of shrimp paste
3 seeds candle nuts

Methods

  1. The chicken is marinated with salt and turmeric. Put aside for a moment.
  2. Heat the oil. Fry chicken and potato until it turns golden brown. Set aside.
  3. Use frying oil for sautéing.
  4. Sauté lemongrass and curry leaves until fragrant.
  5. Add shallots and garlic until fragrant.
  6. Put the blended ingredients and fry until slightly crisp and smooth.
  7. After that pour coconut milk, sweet soy sauce and mixed evenly.
  8. After boiling, add the chicken, potato and mix well and smooth.
  9. Add salt and sugar to taste.
  10. Ready to be served.
Ayam Masak Bali

Bahan-bahan

1 ekor ayam dipotong ikut kehendak
3 biji bawang besar dipotong bulat
3 ulas bawang putih dimayang
4 barang serai dititik
10 tangkai daun kari
1 biji kentang dipotong wedges
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar santan pekat
3 sudu besar serbuk kunyit
Garam
Gula

Bahan dikisar

10-15 batang cili kering
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu teh ketumbar biji
1 sudu teh jintan manis
1 inci halia
2 batang serai
Secubit belacan
3 biji buah keras

Langkah-langkah

  1. Ayam digaul dengan garam dan kunyit. Ketepikan seketika.
  2. Panaskan minyak. Goreng ayam dan kentang sehingga berubah menjadi kuning keemasan. Ketepikan.
  3. Gunakan minyak gorengan ayam untuk menumis.
  4. Tumiskan serai dan daun kari sehingga wangi.
  5. Masukkan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  6. Masukkan bahan yang dikisar dan goreng sehingga agak garing dan sebati.
  7. Setelah itu masukkan kicap manis serta santan dan digaul sekata.
  8. Selepas menggelegak masukkan ayam, kentang dan digaul rata dan sebati.
  9. Perisakan dengan garam dan gula.
  10. Siap untuk dihidang.

Tuesday, 20 October 2015

AYAM NESTUM / NESTUM CHICKEN




Chinese Style Chicken Nestum
(Besides chicken, this recipe also can be use on prawn and squid)

(Credit to Mr. Alwi Chan bin Abdullah)

Ingredients

400 grams boneless chicken fillets
Nestle Nestum cereal
Curry leaves
1 egg
3 teaspoons of margarine
½ teaspoon sugar
3 tablespoons flour
5 stems bird’s eye chilli shredded
1 onion cut into cubes
2 cloves garlic, cut into cubes

Methods

  1. Cut chicken fillets mixed with dry flour, fry until cooked and set aside.
  2. Put the margarine in a pan at low heat, sauté the onion, garlic, chilli and curry leaves and fry for 30 seconds or until fragrant.
  3. Put the fried chicken fillets, mix well the margarine with chicken.
  4. On high fire/heat, break the egg and mix it with chicken until well mixed, turn off the heat.
  5. Put the Nestum cereals and sugar to taste, fry it until all the cereal mixed with chicken fillet. ( do not turn on heat while mixing).
Ayam Nestum Chinese Style 
(Selain ayam, resepi ini juga boleh menggunakan udang atau sotong)
(Kredit untuk Sdr Alwi Chan bin Abdullah)

Bahan-bahan

400 gram isi ayam tanpa tulang
Nestum Nestle 
Daun kari 
1 biji telur
3 sudu teh majerin
½ sudu teh gula 
3 sudu besar tepung gandum
5 tangkai cili padi dimayang
1 ulas bawang besar dipotong kiub
2 ulas bawang putih dipotong kiub

Langkah-langkah

  1. Ayam yang potong kecil digaul dengan tepung gandum kering, goreng hingga masak dan ketepikan.
  2. Masukkan majerin dalam kuali, guna api kecil, tumiskan bawang besar, bawang putih, cili padi dan daun kari, goreng selama 30 saat atau naik bau.
  3. Masukkan ayam yang sudah siap goreng tadi, gaul ratakan majerin dengan ayam.
  4. Buka api besar, masukan telur sebiji dan gaul telur dengan ayam supaya telur semua meleket pada ayam dan matikan api.
  5. Masukkan Nestum dan gula secukupnya, goreng hingga semua nestum sebati dengan ayam (tidak perlu hidupkan api pada semasa mengaul).

Saturday, 19 September 2015

SAMBAL HIJAU IKAN SELAR DAN BAWAL / POMFRET AND YELLOWTAIL SCADS GREEN SAMBAL




Pomfret and Yellowtail Scads Green Sambal

Ingredients

1 pomfret marinated with turmeric powder and salt

1 yellowtail scads marinated with turmeric powder and salt
1 onion *
3 cloves garlic *
3 green chilli *
5 sprigs of green bird’s eye chillies *
50 grams of anchovies *
1 stalk lemongrass crushed

1 table spoon homemade multi usage paste
1 teaspoon homemade garlic ginger pasteSalt
Sugar
Oil for frying and sautéing

Methods

  1. Fried fish until slightly crisp.
  2. Coarse crushed material marked with *.
  3. Sauté pounded ingredients, multi usage paste, ginger garlic paste and lemongrass until fragrant and become crisp.
  4. Put the fried fish and mix well.
  5. Ready to be served.
Sambal Hijau Ikan Selar dan Bawal

Bahan-bahan

1 ekor ikan bawal diperap dengan serbuk kunyit dan garam
1 ekor ikan selar diperap dengan serbuk kunyit dan garam
1 ulas bawang besar * 
3 ulas bawang putih *
3 tangkai cili hijau *
5 tangkai cili padi hijau *
50 gram ikan bilis *
1 batang serai dititik
1 sudu besar pes pelbagai guna
1 sudu teh pes halia bawang putihGaram
Gula
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Langkah-langkah

  1. Ikan digoreng sehingga sedikit garing.
  2. Tumbuk kasar bahan bertanda *.
  3. Tumiskan bahan yang ditumbuk, pes pelbagai guna, pes halia bawang putih dan serai sehingga berbau wangi dan menjadi garing.
  4. Masukkan ikan yang telah digoreng dan gaul rata.
  5. Siap untuk dihidang.

Friday, 4 September 2015

AYAM BUTTER-MILK / BUTTER-MILK CHICKEN



Butter-Milk Chicken

Ingredients

For chicken

2 parts of chicken breast, cut into cubes neglect the bones
1 whole egg
Salt
Oil for frying

Dry ingredients

5 tablespoons flour
2 tablespoons cornstarch
1 tablespoon coarsely ground black pepper

For butter-milk

½ cup butter
½ cans of evaporated milk
1 large onion, shredded
3 cloves garlic, shredded
1 red chilli, shredded
1 green chilli, shredded
5 chilli, shredded
1 tbsp ginger-garlic paste
Salt
Sugar
Oil for frying

Methods

  1. Mix dry ingredients.
  2. Break the eggs and stir.
  3. Dip chicken cubes into egg, then mix with dry ingredients.
  4. Fry until slightly golden brown. Set aside.
  5. Heat the oil and add the butter, let it melt.
  6. Sauté onion, garlic, all kinds of chilli and garlic paste.
  7. Mix well and after stir fragrant, add the milk and simmer over low heat.
  8. After being well mixed, add the contents of fried chicken and mix well.
  9. Serve with hot rice.

Ayam Butter-Milk

Bahan-bahan

Untuk ayam

2 bahagian dada ayam, dipotong dadu buangkan tulang
1 biji telor
Garam
Minyak untuk menggoreng

Bahan kering

5 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar serbuk kasar lada hitam

Untuk butter-milk

½ cawan mentega
½ tin susu cair
1 bawang besar, dimayang
3 ulas bawang putih, dimayang
1 cili merah, dimayang
1 cili hijau, dimayang
5 cili padi, dimayang
1 sudu besar pes halia-bawang putih
Garam
Gula
Minyak untuk menumis

Langkah-langkah

  1. Campur bahan kering untuk digaul ayam.
  2. Pecahkan telor dan kacau.
  3. Celupkan isi ayam ke dalam telor kemudian gaulkan ke dalam campuran bahan kering.
  4. Goreng sehingga agak kuning keemasan. Ketepikan.
  5. Panaskan minyak dan masukkan mentega, dibiarkan mencair.
  6. Tumiskan bawang besar, bawang putih, semua jenis cili dan pes halia bawang putih.
  7. Gaul rata dan setelah tumisan berbau wangi, masukkan susu cair dan panaskan dengan api perlahan.
  8. Setelah menjadi sebati, masukkan isi ayam yang telah digoreng dan digaul rata.
  9. Hidangkan dengan nasi panas.

Tuesday, 18 August 2015

TUMIS AYAM GAJUS / CASHEW NUT CHICKEN STIR-FRY


Cashew Nut Chicken Stir-fry

Ingredients

2 parts of chicken breast - cubed and bones removed
1 packet prepared roasted cashew nuts
3 dried chilli shredded

5 bird's eye chilli - shredded1 large onion, sliced
3 cloves garlic, sliced
½ red capsicum, cut lengthwise
½ yellow capsicum, cut lengthwise
½ green capsicum, cut lengthwise
1 teaspoon homemade ginger-garlic paste
1 tablespoon homemade multi-purpose paste
1 teaspoon of plum sauce
1 tablespoon oyster sauce
Salt
Sugar
Oil for frying and sautéing

Methods

  1. Heat a frying pan and fry the chicken until ¾ cooked, set aside.
  2. Fried oil, fry the onion, garlic, ginger-garlic paste and multi-purpose paste until fragrant.
  3. Stir in chicken and re-enter the plum sauce, oyster sauce, all colours capsicum, bird’s eye chilli and dried chilli, mix well.
  4. Put cashew nuts, salt and sugar to taste. Mix it well.
  5. Ready to be served.
Tumis Ayam Gajus

Bahan-bahan

2 bahagian dada ayam – dipotong dadu dan dibuang tulang
1 peket kacang gajus siap digoreng
3 batang cili kering dimayang
5 cili padi dimayang
1 bawang besar dimayang
3 ulas bawang putih dimayang
½ biji lada benggala merah, dipotong memanjang
½ biji lada benggala kuning, dipotong memanjang
½ biji lada benggala hijau, dipotong memanjang
1 sudu teh pes halia-bawang putih
1 sudu besar pes pelbagai guna
1 sudu teh sos plum
1 sudu besar sos tiram
Garam
Gula
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Langkah-langkah

  1. Panaskan kuali dan goreng ayam sehingga ¾ masak, ketepikan.
  2. Menggunakan minyak gorengan, tumiskan bawang besar, bawang putih, pes halia-bawang putih dan pes pelbagai guna sehingga naik bau.
  3. Gaulkan semula ayam dan masukkan sos plum, sos tiram, cili benggala, cili padi dan cili kering, gaul rata.
  4. Masukkan kacang gajus, perisakan dengan garam dan gula. Gaul rata.
  5. Siap untuk dihidang.

Thursday, 9 July 2015

AYAM GORENG KUNYIT / TUMERIC FRIED CHICKEN



Turmeric Fried chicken
Ingredients 

2 parts of chicken breasts - cut into cubes without bones
3 tablespoons turmeric powder
2 teaspoon homemade ginger-garlic paste
1 teaspoon homemade multi-purpose paste
1 inch fresh turmeric – pounded
1 inch ginger - cut to length
1 onion – sliced
3 garlic – sliced
3-4 sticks beans – cut into 2 inches 
1 stick lemongrass - pounded
2 red chillies cut diagonally
4 – 5 bird’s eye chillies
Salt
Sugar
Oil for frying and sautéed

Methods

  1. Marinade the chicken with turmeric powder, salt and ginger-garlic paste for at least ½ hour. 
  2. After marinated, fry fillets until almost cooked, set aside. 
  3. Sauté lemongrass ginger, turmeric, onion, garlic, and multi-purpose paste garlic paste until fragrant. 
  4. Put fried chicken and mixed until cooked. 
  5. Put the cut long beans and chillies and stir until well mixed. 
  6. Ready to be served with hot rice. 
Ayam Goreng Kunyit 

Bahan-bahan

2 bahagian dada ayam – ambil isi dan dipotong kiub
3 sudu besar serbuk kunyit 
2 sudu teh pes halia bawang putih 
1 sudu teh pes pelbagai guna 
1 inci kunyit hidup - ditumbuk 
1 inci halia – dipotong memanjang 
1 bawang besar - dimayang 
3 bawang putih – dimayang 
3 – 4 batang kacang panjang – dipotong 2 inci 
1 batang serai - diketuk2 cili merah dipotong menyerong 
4 – 5 cili padi - dimayang 
Garam 
Gula 
Minyak untuk mengoreng dan menumis 
Langkah-langkah 

  1. Perapkan isi ayam dengan serbuk kunyit, garam dan pes halia-bawang putih sekurang-kurang ½ jam. 
  2. Selepas perap, goreng isi ayam sehingga hampir masak, ketepikan. 
  3. Tumiskan serai, halia, kunyit, bawang besar, bawang putih, pes pelbagai guna dan pes halia bawang putih sehingga naik bau. 
  4. Masukkan isi ayam yang telah digoreng sehingga masak. 
  5. Masukkan kacang panjang, cili merah dan cili padi dan kacau sehingga sebati. 
  6. Siap untuk dihidang bersama nasi panas. 

Friday, 8 May 2015

AYAM GORENG RANGUP KOREA / KOREAN CRISPY AND CRUNCHY FRIED CHICKEN (DAKGANGJEONG)








Korean Crispy and Crunchy fried chicken. (Dakgangjeong)
(Original recipe at http://www.maangchi.com/recipe/easy-dakgangjeong)


Ingredients:

For Fried Chicken

½ kg chicken wings (about 6 wings) washed and drained
½ teaspoon salt
½ teaspoon ground black pepper
1 teaspoon minced ginger
5 tablespoons potato starch
2 tablespoons corn starch
1 tablespoon sesame seeds

For the sauce

4 cloves garlic, minced
3 to 4 large dried red chili, seeded, cut crosswise into ⅓ inch pieces (optional)
¼ cup soy sauce
½ cup honey
1 tablespoon vinegar
1 tablespoon brown sugar
Cooking oil

Methods

For fried chicken 
  1. Cut off the tip of each wing and chop the wing in half. 
  2. Put the chicken in a bowl and mix with salt, ginger, and ground black pepper by hand. 
  3. Mix potato starch and corn starch in a bowl and dip each wing in the powder to coat it, one by one. Squeeze each wing to press the coating to it tightly. 
  4. Heat cooking oil in frying pan or pot and heat it up for 7 to 8 minutes over high heat. 
  5. Once it’s hot enough start frying by sliding the coated wings one by one into the hot oil and cook for about 12 to 13 minutes, turning over a few times with tongs. 
  6. Take the wings out of the oil and shake them off in a strainer. Turn off the heat, and let the wings sit for a few minutes. 
  7. Reheat the oil and fry the wings again for another 12 to 15 minutes until they all look golden brown and feel super crunchy through the tongs. 

For the sauce
  1. Heat a large non-stick skillet or wok over medium high heat. 
  2. Add 2 tablespoons cooking oil, minced garlic, and the dried red chili. 
  3. Stir with a wooden spoon until fragrant for about 30 seconds. 
  4. Add soy sauce, rice syrup, and vinegar. Stir with a wooden spoon and let it bubble for a few minutes. 
  5. Add the brown sugar and continue stirring. Remove from the heat. Set aside. 

Mixed the fried chicken with the sauce.
  1. When the chicken is done, reheat the sauce until it bubbles. 
  2. Add the hot chicken and mix well with a wooden spoon to coat. 
  3. Remove from the heat and transfer the coated chicken to a large platter. 
  4. Sprinkle some sesame seeds over top and serve immediately. 
Ayam Goreng Rangup Korea. (Dakgangjeong) 
(Resepi asal di http://www.maangchi.com/recipe/easy-dakgangjeong)

Bahan-bahan

Untuk Ayam Goreng

½ kg kepak ayam (kira-kira 6 sayap) dibasuh dan toskan
½ sudu teh garam
½ sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh halia cincang
5 sudu besar tepung kentang
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar biji bijan

Untuk sos

4 ulas bawang putih, cincang
3-4 batang cili kering, potong melintang kepada kepingan ⅓ inci
¼ cawan kicap
½ cawan madu
1 sudu besar cuka
1 sudu besar gula perang
Minyak masak

Langkah-langkah

Ayam goreng
  1. Potong hujung kepak dan potong sayap pada separuh. 
  2. Letakkan ayam di dalam mangkuk dan campurkan garam, halia dan lada hitam. 
  3. Campurkan tepung kentang dan tepung jagung ke dalam mangkuk dan gaul setiap kepak satu persatu. Perah setiap kepak untuk melekatkan campuran tepung. 
  4. Panaskan minyak masak dalam kuali atau periuk selama 7 hingga 8 minit dengan api yang tinggi. 
  5. Setelah minyak cukup panas, masukkan kepak bersalut satu demi satu ke dalam minyak panas dan biarkan selama kira-kira 12 hingga 13 minit, balikkan dengan penyepit. 
  6. Keluarkan kepak daripada minyak dan toskan dalam penapis. Padamkan api, dan biarkan kepak menjadi sejuk untuk beberapa minit. 
  7. Panaskan minyak dan goreng kepak selama 12 hingga 15 minit sehingga kelihatan kekuningan dan rasa kerangupan menggunakan penyepit. 
Untuk sos
  1. Panaskan kuali tidak melekat besar atau kuali dengan api yang sederhana tinggi. 
  2. Tambah 2 sudu besar minyak masak, bawang putih cincang, dan cili merah kering. 
  3. Kacau dengan sudu kayu sehingga wangi selama kira-kira 30 saat. 
  4. Tambah kicap, madu dan cuka. Kacau dengan sudu kayu dan biarkan ia gelembung untuk beberapa minit. 
  5. Tambah gula perang dan terus kacau. Ketepikan. 
Untuk mencampur ayam goring dan sos.
  1. Panaskan semula sos. 
  2. Masukkan ayam panas dan gaul dengan sudu kayu supaya menjadi lapisan sos. 
  3. Masukkan ayam bersalut ke dalam pinggan yang besar. 
  4. Taburkan sedikit bijan ke atasnya dan hidangkan segera.

Friday, 1 May 2015

CAPATI / CHAPATTI







Chapatti

Ingredients

2 cups atta flour
1 cup hot water
2 tablespoons margarine
1 tablespoon olive oil
1 teaspoon salt

Methods
  1. Mix the flour and salt together in a bowl.
  2. Put the margarine and olive oil into the batter and mix well.
  3. Put hot water gradually until the dough becomes soft.
  4. Divide the batter evenly into balls shape and let it rest for at least 15 minutes.
  5. Roll the dough into a round shape and place in hot pan without oil.
  6. Rub the surface to avoid big bubble, turned the dough and let it cook.
  7. Ready to be served with dhal gravy or curry.
Capati

Bahan-bahan

2 cawan tepung atta
1 cawan air panas
2 sudu besar majerin
1 sudu besar minyak zaiton
1 sudu teh garam

Langkah-langkah

  1. Campurkan garam bersama tepung di dalam mangkuk menguli.
  2. Masukkan majerin dan minyak zaiton ke dalam adunan dan digaul rata.
  3. Masukkan air panas sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi anjal.
  4. Bahagikan adunan sama rata menjadi ketulan dan biarkan sekurang-kurang 15 minit.
  5. Canaikan adunan menjadi bulat, dan letakkan dalam kuali yang panas tanpa minyak.
  6. Gosokkan gelembong angin supaya tidak besar, terbalikkan dan biarkan seketika.
  7. Siap untuk dihidang bersama kuah dhal atau kari.

Friday, 20 March 2015

UDANG TEMPURA / TEMPURA SHRIMP

  






Tempura Shrimp 

Ingredients


8 medium size shrimps
½ cup cornstarch
Oil for frying

Ingredients tempura 1

1 of eggs whisked
1 cup breadcrumbs
Salt

Ingredients tempura 2

1 cup whole wheat flour
1 cup cornstarch
1 whole egg
1-2 cups water
Salt

Methods

  1. Cleaned and peeled shrimp, leave the skin on the tail.
  2. Drain and sprinkle cornstarch on shrimp.

Tempura 1

  1. Egg whisked.
  2. In a separate container, add bread crumbs and salt mixture and mix well.
  3. Dip shrimp into egg and dipped in breadcrumbs and levelled.
  4. Repeat this step and continue frying until golden brown.
  5. Ready to be served with the sauce.

Tempura 2
  1. Add all ingredients and mix well.
  2. Dip shrimp into the mix and fry until golden brown.
  3. Ready to be served with the sauce.
Udang Tempura

Bahan-bahan

8 ekor udang saiz sederhana
½ cawan tepung jagung
Minyak untuk menggoreng

Bahan tempura 1

1 biji telor dipecah dan dipukul
1 cawan serbuk roti
Garam

Bahan tempura 2

1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 biji telor
1 - 2 cawan air
Garam

Langkah-langkah
  1. Udang dibersih dan dibuang kulit, tinggalkan kulit pada ekor.
  2. Keringkan dan tabur tepung jagung ke atas udang.

Tempura 1
  1. Telor dikacau. 
  2. Dalam bekas berasingan, masukkan serbuk roti dan dicampur garam dan digaul rata.
  3. Celup udang ke dalam telor dan dicelup di dalam serbuk roti dan diratakan.
  4. Ulang langkah ini dan terus digoreng sehingga kuning keemasan.
  5. Siap untuk dihidang bersama sos.

Tempura 2
  1. Semua bahan dicampur dan digaul rata.
  2. Celupkan udang ke dalam campuran dan digoreng sehingga kuning keemasan.
  3. Siap untuk dihidang bersama sos.

Thursday, 29 January 2015

ROTI BOOM RANGUP BERKEJU / CHEESY CRUNCHY BOOM FLATBREAD




Cheesy Crunchy Boom Flatbread
Ingredients

1 slice of boom flatbread - cut into half
1 slices of cheddar cheese - cut into half
1 whole egg
3 tablespoons breadcrumbs
Oil for frying

Methods

  1. Boom flatbread cut into two parts.
  2. Sandwich cheese between two pieces of boom flatbread.
  3. Cut sandwiches into 3 parts.
  4. Beat the eggs, and whisk briefly.
  5. Dip the pieces into the egg.
  6. Dip in breadcrumbs and spread them evenly throughout the cut sandwich sections.
  7. Fry the pieces until golden brown.
  8. Ready to be served.
Roti Boom Rangup Berkeju

Bahan-bahan

1 keping roti boom - dipotong dua
1 keping keju cheddar - dipotong dua
1 biji telor
3 sudu besar serbuk roti (breadcrumb)
Minyak untuk menggoreng

Langkah-langkah
  1. Roti boom dipotong kepada dua bahagian.
  2. Sandwickan keju antara kedua potongan roti boom.
  3. Potong kepada 3 bahagian. 
  4. Pecahkan telor, dan pukul sekejap.
  5. Celup potongan ke dalam telor.
  6. Celup dalam serbuk roti dan ratakan keseluruh bahagian potongan.
  7. Goreng potongan sehingga kuning keemasan.
  8. Siap untuk dihidang.

Monday, 3 November 2014

NUGGET TEMPE / TEMPEH NUGGET



Tempeh Nugget

Ingredients

1 piece of tempeh cut squares (cut into16 small pieces of tempeh)
1 chicken egg
3 tablespoons flour
5 tablespoons bread crumbs or crushed corn flakes
¼ teaspoon mixed spice powder
¼ teaspoon nutmeg powder
½ teaspoon curry powder
½ teaspoon coarse black pepper powder
Salt
Oil for frying

Methods

  1. Marinate tempeh with salt, curry powder and mixed spices powder. 
  2. In separate container mix flour, nutmeg powder, salt, black pepper and mixed spice powder. 
  3. Beat the eggs in a bowl. 
  4. Dip marinated tempeh into beaten egg. 
  5. Mix tempeh with a mixture of flour and spices. 
  6. Dip tempeh into breadcrumbs. 
  7. Fry the nuggets in a pan with hot oil. Turn up until golden yellow. 
  8. Ready to be serve. 
Nugget Tempe 

Bahan-bahan

1 keping tempe dipotong segiempat (terhasil 16 kepingan tempe kecil)
1 biji telor ayam
3 sudu besar tepung gandum
5 sudu besar serbuk roti atau kepingan jagung yang dihancurkan
¼ sudu teh serbuk rempah campuran
¼ sudu teh serbuk pala
½ sudu teh serbuk rempah kari
½ sudu teh serbuk kasar lada hitam
Garam
Minyak untuk menggoreng

Langkah-langkah
  1. Tempe perap bersama garam, rempah kari, dan serbuk rempah campuran. 
  2. Dalam bekas lain campurkan tepung gandum, serbuk pala, garam, serbuk lada hitam dan rempah campuran. 
  3. Pukul telur dalam mangkuk. 
  4. Tempe yang telah diperap bersama rempah ratus dicelup ke dalam telur yang telah dipukul. 
  5. Gaulkan tempe yang dicelup telur dengan campuran tepung gandum dan rempah ratus. 
  6. Gaul tempe yang bersalut ke dalam serbuk roti. 
  7. Gorengkan nugget tersebut dalam kuali dengan minyak panas. Terbalikkan nugget sehingga menjadi kuning keemasan. 
  8. Siap untuk dihidang.

You May Like This:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...