Cooking with a dash of love, which is the key ingredient to good cooking. Happy Reading and Happy Cooking!

Followers

Showing posts with label ROAST. Show all posts
Showing posts with label ROAST. Show all posts

Tuesday, 18 February 2014

AYAM PANDAN / PANDAN CHICKEN







Pandan Chicken

Ingredients

½ kg chicken (take meat only, bone use for broth)
5-6 pandan leaves (use a wider leaf)
1 large onion sliced
1 tablespoon homemade ginger-garlic paste
1 teaspoon homemade multi-purpose paste
1 tablespoon homemade ground chilipaste
1 teaspoon coarse ground black pepper
1 tablespoon creamy-sweet soy sauce
Salt
Sugar/honey

Methods

  1. Mix all the ingredients to be used as a marinade ingredient (except the pandan leaves).
  2. Once mix well the chicken and marinade ingredient, set aside the marinated chicken for 30 minutes.
  3. Prepare the leaves and make a cone and put marinated chicken (it's like a rice cake in palm leaves).
  4. Push the stick to tighten the bandage.
  5. Heat the oil in a pan.
  6. Add chicken wrapped in pandan and fry until chicken is cooked. (Can roasting it in the oven).
  7. Once cooked, served it with steamed rice and tom yam.
Ayam Pandan

Bahan-bahan

½ kg daging ayam (ambil isi sahaja, tulang buat dish lain)
5 – 6 helai daun pandan (ambil daun yang lebar sahaja)
1 biji bawang besar dimayang
1 sudu besar pes halia-bawang putih
1 sudu teh pes pelbagai guna
1 sudu besar pes cili kisar
1 sudu teh serbuk kasar lada hitam
1 sudu besar kicap lemak manis
Garam
Gula/madu lebah

Langkah-langkah
  1. Campurkan semua bahan untuk dijadikan bahan perapan (kecuali daun pandan).
  2. Setelah digaul rata bahan perapan dan ayam, ketepikan perapan selama 30 minit.
  3. Sediakan daun pandan dan buatkan seperti kon dan masukan ayam yang diperap (macam buat ketupat daun palas).
  4. Cucuk dengan lidi untuk mengetatkan balutan.
  5. Panaskan minyak dalam kuali. 
  6. Masukkan ayam yang dibalut pandan dan goreng sehingga ayam masak. (Boleh juga dibakar menggunakan ketuhar).
  7. Setelah masak boleh dihidang dengan nasi panas dan tomyam.

Monday, 28 January 2013

AYAM PANGGANG ROSEMARY BEREMPAH / SPICY ROSEMARY ROASTED CHICKEN

 Bahan yang digunakan / Ingredients used
Campuran dibungkus dan dibakar / Wrap the ingredients for baking
   Ayam setelah dipanggang / Roasted chicken
 Siap untuk dihidang / Ready to serve
Spicy Rosemary Roasted Chicken

Ingredients

2 whole chicken thighs
Aluminum foils

Coating Ingredients (mixed separately)

1 tablespoon mixed spices
1 tablespoon mixed herbs
Olive oil
1 tablespoon coarsely blended black pepper
2 tablespoons creamy-sweet soy sauce
1 tablespoon of oyster sauce
1 teaspoon honey

Topping / decoration

1 sprig fresh rosemary
1 potato cut in wedges
1 large onion quartered
2 inch carrots cut lengthwise
1 tomato quartered

Methods

1.    Preheat oven at 170 degrees Celsius for 15 minutes.
2.    Coat chicken with coating ingredients and place in container for roasting.
3.    Place the topping ingredients into the same container.
4.    Wrap the container with aluminum foils and roast in oven.
5.    After 25 to 30 minutes of roasting, remove and unwrapped the aluminum foils.
6.    Roast the chicken uncover for another 15 minutes.
7.    After it turn yellowish, take it out and serve.
8.    Serve it with all types of rice.

Ayam Panggang Rosemary Berempah

Bahan-bahan

2 peha ayam
Kepingan aluminium pembungkus

Bahan lumuran (dicampur berasingan)

1 sudu besar campuran rempah
1 sudu besar campuran herba
Minyak zaiton
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu besar kicap lemak manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh madu

Bahan taburan/hiasan

1 tangkai daun rosemary segar
1 kentang dipotong wedges
1 bawang besar dibelah empat
2 inci lobak merah dipotong memanjang
1 tomato dibelah empat

Langkah-langkah

1.    Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah Celsius selama 15 minit.
2.    Lumur rata ayam dengan bahan lumuran dan letakkan dalam bekas untuk dibakar.
3.    Letakkan bahan-bahan taburan ke dalam bekas yang sama.
4.    Bungkus bekas dengan kepingan aluminium dan masukkan ke dalam ketuhar.
5.    Selepas 25 – 30 minit dibakar, keluarkan dan buka kepingan aluminium.
6.    Masukkan semula ayam dan bakar lagi selama 15 minit.
7.    Selepas kekuningan keluar dan hidangkan.
8.    Sesuai dimakan dengan semua jenis nasi.

Monday, 1 October 2012

SOS TOMATO BUATAN SENDIRI / HOME-MADE TOMATO SAUCE

Siap Untuk Dipanggang / Ready to Roast
Bawang Besar dan Bawang Putih Panggang / Roasted Onion and Garlic
Tomato Panggang / Roasted Tomatoes
Bahan-bahan telah Dipanggang / Roasted Ingredients
Sos Tomato / Tomatoes Sauce
Sos Tomato dibotol / Bottled Tomatoes Sauce
Homemade Tomato Sauce

Ingredients

5 fresh tomatoes – halved
3 to 5 cloves of garlic
1 large onion – halved
Salt
Sugar
Olive oil
Dates vinegar

Methods

1.    Preheat oven at 180 to 200 degrees Celsius.
2.    Arrange the halved tomatoes, garlic and onion in a roasting tray rubbed with olive oil.
3.    Sprinkle with salt and olive oil to tomatoes, garlic and onion.
4.    Insert the tray into the oven and baked for 30 to 45 minutes.
5.    Remove the roasted ingredients and blend until fine.
6.    Heat a pan and add the blended ingredients, dates vinegar, salt, sugar and bring to boil.
7.    Fill it in a bottle when cooled to room temperature.
8.    Can be eaten as a dip or cooked (spaghetti sauce, pizza sauce etc).

Sos Tomato Buatan Sendiri

Bahan-bahan

5 biji tomato segar – dibelah dua
3 – 5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar – dibelah dua
Garam
Gula
Minyak zaiton
Cuka kurma

Langkah-langkah

1.    Panaskan ketuhar pada suhu 180 – 200 darjah Celsius.
2.    Susun tomato yang dibelah dua dalam dulang pembakar yang dilumur minyak zaiton bersama bawang besar dan bawang putih.
3.    Taburkan garam dan renjis minyak zaiton ke atas bahan yang hendak dipanggang.
4.    Masukkan dulang ke dalam ketuhar dan dipanggang selama 30 hingga 45 minit.
5.    Keluarkan bahan-bahan yang dipanggang dan dikisar sehingga lumat.
6.    Panaskan kuali dan masukkan bahan yang dikisar, cuka kurma, garam, gula dan dimasak sehingga mendidih.
7.    Isikan ke dalam botol setelah disejukkan pada suhu bilik.
8.    Boleh dimakan sebagai pencicah atau untuk masakkan (sos spaghetti, sos pizza dsb).

Wednesday, 22 August 2012

AYAM PERCIK KUAH PUTIH / ROASTED CHICKEN WITH CREAMY SAUCE




Roasted Chicken in Creamy Sauce

Ingredients

1 chicken cut into small pieces
½ kg coconut milk (about 4 cups)
1 piece of dried tamarind
2 large onions blended
5 cloves garlic, blended
5 shallots blended
5 pieces of candlenut blended
2 stalks lemon grass, (1 stalk blended, 1 stalk pounded)
3 cm ginger, blended
1 cm galangal, blended
10 pieces of mint leaves, blended
5 basil leaves, blended
5-7 bird’s eye chilies, blended
Salt to taste
Sugar

Methods

1.    Boil chicken until pre-cooked with blended ingredients. (except bird’s eye chilies, mint leaves and basil leaves) and toss it.
2.    Heat oil and sauté blended ingredients, lemongrass and tamarind.
3.    Add water, salt, sugar and continue to stir. Mix thoroughly.
4.    Add coconut milk gradually and continue to stir so as not to break the oil.
5.    If thin, add a little cornstarch stirred with water to thickening the gravy. Put sauce aside.
6.    Spread boiled chicken with turmeric powder and salt.
7.    Roast chicken until slightly dry and set aside.
8.    Pour sauce all over chicken when serving.  Ready to eat with any rice.

Ayam Percik Kuah Putih

Bahan-bahan

1 ekor ayam potong kecil
½ kg santan pekat (lebih kurang 4 cawan)
1 keping asam keping
2 ulas bawang besar dikisar
5 ulas bawang putih dikisar
5 ulas bawang merah dikisar
1 batang serai dikisar
3 cm halia dikisar
1 cm lengkuas dikisar
10 helai daun pudina dikisar
5 helai daun selasih dikisar
5 – 7 cili padi dikisar
Garam secukup rasa
Gula

Langkah-langkah

1.    Ayam direbus separuh masak dengan bahan-bahan kisaran (kecuali cili padi, daun pudina dan daun selasih) dan toskan.
2.    Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisaran, asam keping dan biarkan sehingga mendidih.
3.    Kacau sehingga sebati dan tidak bergumpal.  Masukkan air, garam, gula dan terus mengacau.
4.    Masukkan santan sedikit demi sedikit dan terus mengacau agar tidak pecah minyak.
5.    Jika cair, masukkan sedikit tepung jagung yang dikacau dengan air untuk memekat kuah.  Ketepikan kuah yang telah siap.
6.    Ayam yang telah direbus, dilumur dengan serbuk kunyit dan garam.
7.    Bakar seketika ayam sehingga agak kering dan ketepikan.
8.    Apabila menghidang tuangkan kuah percik ke atas ayam dan siap untuk dimakan dengan sebarang nasi.

Saturday, 24 March 2012

AYAM TANDOORI / TANDOORI CHICKEN

SET NASI TANDOORI / TANDOORI RICE SET
SEBELUM DIPANGGANG / BEFORE ROASTING
PANAS DARI OVEN / FRESH FROM OVEN
SET UNTUK SAMPINGAN / SET FOR SIDE DISH 
Tandoori Chicken

Ingredients

1 chicken cut 4 or 8
2 large onions *
4 cloves garlic *
2 cm ginger *
1 cm turmeric *
Coriander leaves *
Mint leaves *
110 gm yoghurt without flavor
1 teaspoon fennel seeds
1 teaspoon cumin
1 teaspoon coriander
3 tablespoons tandoori mix powder
3 tablespoons of chili powder
1 teaspoon turmeric powder
Salt
Sugar
Olive oil
Lemon juice

All materials marked * are ground

Methods 
  1. All ingredients marked * are fine-grained.
  2. Combine all other ingredients with fine-grained ingredients.
  3. Mixed all ingredients with chicken and marinate it for more than an hour.
  4. Once marinated, roasted at 170 degrees Celsius for 1 hour.
  5. Savory produced during the roasting are separated for cooking rice.
  6. Can be eaten with salsa salads, tandoori rice, pitta bread or naan bread.


Ayam Tandoori

Bahan-bahan

1 ekor ayam dipotong 4 atau 8
2 ulas bawang besar *
4 ulas bawang putih *
2 cm halia *
1 cm kunyit *
Daun ketumbar *
Daun pudina *
110 gm yogurt tanpa perisa
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar
3 sudu besar serbuk campuran tandoori
3 sudu besar serbuk lada
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam
Gula
Minyak zaiton
Jus lemon
Bahan dikisar *

Langkah-langkah

1.    Semua bahan bertanda * dikisar halus.
2.    Campurkan semua bahan untuk ayam dan dikisar halus.
3.    Bahan-bahan yang dicampur digaul bersama ayam dan diperap selama lebih dari 1 jam.
4.    Setelah diperap, dipanggang pada suhu 170 darjah Celsius selama 1 jam.
5.    Semasa dipanggang jus yang dikeluarkan diasingkan untuk memasak nasi.  Boleh dimakan bersama salad salsa nasi tandoori atau roti pita atau roti naan.

You May Like This:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...