Cooking with a dash of love, which is the key ingredient to good cooking. Happy Reading and Happy Cooking!

Followers

Showing posts with label COOKING TIPS. Show all posts
Showing posts with label COOKING TIPS. Show all posts

Saturday, 1 September 2012

BAHAN-BAHAN MASAKAN / COOKING INGREDIENTS

Rempah Ratus / Spices
Herba Campuran / Mixed Herbs
Kuma-kuma / Saffron
Pala / Nutmeg
Rempah Campuran / Mixed Spices
Sos Ikan / Fish Sauce 
 Cuka Kurma / Dates Vinegar
Minyak Zaiton / Olive Oil
Buah Zaiton Hitam / Black Olive
Cooking Ingredients


Among the ingredients that used in my cooking.

1.    Mixed Herbs
2.    Saffron
3.    Nutmeg
4.    Mixed Spices
5.    Fish Sauce
6.    Dates Vinegar
7.    Olive Oil
8.    Black Olive

Bahan-bahan Masakan

Antara bahan-bahan masakan yang digunakan dalam masakan

1.    Herba Campuran
2.    Kuma-kuma
3.    Pala
4.    Rempah Campuran.
5.    Sos Ikan
6.    Cuka Kurma
7.    Minyak Zaiton
8.    Buah Zaiton Hitam

Monday, 16 April 2012

KEBAIKAN SANTAN SAWIT


Santan Sawit - Kelebihan dan cara menggunakannya.
 

Umum mengetahui bahawa buah kelapa sawit yang diperah dapat menghasilkan minyak masak, namun Ketua Penyelidik Bahagian Pemakanan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Dr. Zaida Zainal berjaya tampil dengan formula yang membolehkan santan dihasilkan melalui bahan mentah yang sama.

PFC telah memperoleh sijil Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP) dan Amalan Pengilangan Baik (GMP) serta pengiktirafan halal daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Hanya minyak sawit daripada gred yang terpilih melalui proses penapisan, pengemulsi dan penstabilan bagi menghasilkan santan sawit berkualiti.

Kebaikan menggunakan Santan Sawit

·         Bukan sahaja menyihatkan malah  sangat menjimatkan kos berbanding santan kelapa kerana penggunaannya adalah separuh daripada biasa.
·         Makanan yang dimasak menggunakan santan sawit juga tidak mudah rosak atau basi jika ia tidak dimasukkan ke dalam peti sejuk atau dipanaskan pada keesokan harinya.
·         Peniaga pula tidak perlu membeli santan setiap hari bagi mengurangkan kos kerana jangka hayat santan sawit ini boleh tahan sehingga tiga bulan tanpa pengawet apabila disimpan pada suhu di bawah 5 darjah Celsius,” ujarnya.
·         Santan ini bukan sahaja rendah lemak malah, tiada kolesterol dan masakan juga enak.
·         Mempunyai kandungan nutrien yang tinggi, kaya dengan vitamin A dan E semula jadi baik untuk penglihatan, melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko sakit jantung serta baik untuk kulit.
·         Biasanya ada sesetengah orang sejurus lepas makan cendol akan rasa mual atau mengantuk selepas menikmati nasi lemak tetapi apabila santan sawit digunakan dalam kedua-dua hidangan ini, rasa mual dan mengantuk itu tiada.
·         Malah ujian rasa yang dilakukan kepada orang ramai mendapati mereka tidak dapat mengesan perbezaan rasa antara santan sawit dan santan kelapa

Buat masa ini produk ini boleh didapati di Pasar raya Besar Giant dan Mydin. Ia dijual pada harga RM7.50 bagi pek 1 liter dan RM4.50 untuk pek 400 mililiter.

Cara menggunakan Santan Sawit

Cara memasaknya juga mudah namun berbeza sedikit. Jika masa lemak dan kari, semua ramuan perlu dimasak dengan air terlebih dahulu dan kemudian dimasukkan santan hingga mendidih. Tidak perlu mengacau dan tunggu kerana ia tidak akan pecah minyak seperti masak menggunakan santan kelapa. 
         
Sumber Lanjut : Kosmo 

Friday, 20 January 2012

KELEBIHAN MINYAK ZAITON / BENEFITS OF OLIVE OIL



Dalam Islam, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:
`Makanlah minyak zaiton dan urutkannya ke seluruh badan kerana ia adalah pokok yang suci’ (“Eat the olive oil and massage it over your body since it is a holy (Mubarak) tree.”) –Tirmizi, Ibn Maja
Setelah dikaji, memanglah olive oil ini satu benda yang menakjubkan!
Sedikit sejarah, sejak zaman Adam dan Hawa, zaiton ini telah dilambangkan sebagai  satu cara mencari Tuhan melalui perubatan herba secara getaran (vibrational herbal medicine). Sememangnya berdasarkan kajian, tenaga yang ada dalam minyak ini, akan bertambah jika kita menggunakannya dengan cara mengurut betul- betul seperti yang dikatakan Muhammad (s.a.w).
Antara banyak-banyak makanan yang ada di muka bumi ini, makanan utama yang hanya mengandungi lemak tak tepu (MUFA:monounsaturated fat) ialah minyak zaiton dan minyak ini adalah makanan utama orang-orang Mediterranean. Melalui kajian, mereka mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menghadapi masalah kesihatan contohnya masalah jantung berbanding orang lain. Satu lagi kajian mencatatkan, jika kita HANYA bergantung pada minyak zaitun ini sahaja, sudah cukup untuk mengurangkan risiko kita sebanyak 50% berbanding orang lain untuk mendapat masalah saluran darah di jantung (coronary artery disease) .
Apa sebenarnya yang terkandung dalam minyak ini?
Minyak zaitun mempunyai kandungan asid lemak yang tinggi, omega-3, omega-6 dan pelbagai lagi. Semua asid lemak ini penting untuk peredaran impuls dalam otak, merendahkan paras kolesterol dalam badan dengan mengurangkan pengoksidaan lemak sekaligus mencegah masalah jantung. Minyak ini juga adalah pengawet semulajadi,boleh memanjangkan jangka hayat makanan. Contoh terdekat ialah tin-tin sardin yang dilihat di pasaraya. Semuanya direndam dalam minyak zaitun, betul atau tidak?
Jadi, bagaimana kita mahu menggunakan minyak zaitun`ajaib’ ini semaksimanya?
·         Sebagai minyak utama bila memasak semua makanan kita
·         Kuatkan rambut rapuh
(cara : rendam rambut dalam minyak ini, kemudian balut rambut dengan tuala selama 30 minit, kemudian basuh rambut)
·         Sebagai bahan utama kecantikan kulit
(cara : URUT pada tempat-tempat yang disukai [jangan sapu])
-          dapat mengelak kerutan dan memperbaiki tona muka (wrinkles and face tone)
-          kulit cantik dan halus
·         Pelembap dan penyegar muka
(cara: ½ cawan minyak zaitun+ ¼ cawan cuka+ ¼ cawan air; guna sebagai krim muka malam)
·         Kuatkan kuku (cara: rendam kuku jari dalam minyak zaitun)
·         Mengelap keluar make-up (sesuai untuk semua jenis make-up)
Dan banyak lagi.

Di pasaraya akan ada pelbagai jenis minyak ini. Yang mana perlu dipilih? Dalam mana-mana jenama pun, ada 4 kategori minyak zaiton.
Extra virgin olive oil – kategori terbaik, paling kurang diproses, minyaknya adalah hasil perahan pertama (tanpa haba) buah zaitun itu.
Virgin olive oil – minyak adalah dari perahan kedua buah zaitun dan dicampur sedikit minyak dari perahan pertama.
Pure olive oil / Olive oil – minyaknya telah melalui beberapa pemprosesan seperti menapis dan memperelokkannya.
Extra Light olive oil – minyaknya adalah hasil banyak pemprosesan dan mengandungi hanya sedikit sahaja kuantiti minyak zaitun di dalamnya kerana dicampur dengan pelbagai minyak lain.
Anda perlu memilih yang dilabel Extra Virgin kerana itulah kualiti terbaik jika kita ingin mendapatkan segala manfaat dari minyak ini terutama menjaga kesihatan badan. Selamat membeli!
Hasil nukilan : Yasmin Mohamed Yusof. Merupakan pelajar perubatan tahun 3 di Universiti Malaya

Monday, 9 January 2012

PETUA MELEMBUT DAGING /HOW TO TENDERIZE MEAT

Daging jika tidak masak sepenuhnya akan menjadi liat. Untuk melembutkan daging semasa memasak pelbagai kaedah digunakan. Di sini ingin dicadangkan untuk menggunakan sudu keluli (metal spoon). Caranya masukkan sudu ke dalam periuk memasak daging tersebut. Biarkan seketika di dalam periuk sambil memasak. Haba dari sudu tersebut akan membantu melembutkan daging tersebut. Selamat mencuba.

How To Tenderize Meat :

If not well cooked meat will become tough. To soften meat for cooking a variety of methods used. Suggested here by using steel spoon (metal spoon). Insert a spoon into the pot to cook the meat. Let it be in the pan while cooking. The heat from the spoon will help soften the meat. Good luck.

Tuesday, 3 January 2012

SANTAN MINYAK SAWIT SETANDING KELAPA


Santan Minyak Sawit Setanding Santan Kelapa
(source http://anizyn.blogspot.com/2009/07/santan-minyak-sawit-setanding-kelapa.html)

Umum mengetahui santan kelapa, walaupun rasanya sedap dan digunakan dalam pelbagai masakan sama ada lauk pauk atau kuih, terutama dalam makanan tradisional, tetapi mempunyai tahap asid lemak tinggi yang boleh menjejaskan kesihatan jika diambil dengan kadar berlebihan serta boleh menyebabkan kegemukan.

Bagaimanapun, sekumpulan penyelidik dari Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berjaya mencipta santan daripada minyak kelapa sawit yang setanding santan kelapa dari segi rasa dan rupa, malah mempunyai pelbagai khasiat, termasuk kandungan lemah tepu yang rendah dan lebih tahan lama.

Ketua Penyelidik, Bahagian Pemakanan MPOB, Dr Zaida Zainal, berkata kejayaan menghasilkan santan sawit itu mampu mengubah gaya hidup masyarakat Malaysia yang gemar menggunakan santan kelapa dalam masakan, sekali gus boleh menjejaskan kesihatan.

“Kita mahu mengubah minda masyarakat negara ini supaya menukar gaya hidup lebih sihat dengan pemakanan yang betul. Santan sawit ini menjadi alternatif untuk menggantikan santan kelapa kerana khasiatnya yang banyak dan baik untuk kesihatan,” katanya ketika ditemui di Bangi, Selangor, baru-baru ini.

Menghasilkan santan sawit serbuk dengan teknik penyemburan kering pada 1998, Dr Zaida yang memegang ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Biosains dari Universiti Cardiff, Wales, United Kingdom dibantu oleh Suid Abdul Aziz, Wan Rosnani Awg Isa, Dr Nor Aini Idris dan Azman Ismail meneruskan kesinambungan ciptaan mereka menerusi penghasilan santan daripada minyak kelapa sawit.

Kumpulan itu menjalankan penyelidikan sejak pertengahan tahun lalu dan berjaya menghasilkan santan cecair daripada minyak kelapa sawit yang diambil daripada mesokarp (sabut) yang dikenali sebagai minyak sawit RBD (ditapis, diluntur dan dinyahbau).

Secara ringkasnya, minyak kelapa sawit terdiri daripada mesokarp (sabut) dan kernel (inti). Mesocarp mengandungi kandungan minyak sebanyak 56 peratus, manakala kernel mengandungi minyak 44 peratus.

Dr Zaida berkata, minyak kelapa sawit yang digunakan untuk membuat santan diproses daripada minyak sawit mentah yang berwarna jingga pekat sehingga bertukar menjadi kuning keputihan selepas melalui proses penapisan.  Ia berbeza daripada minyak kelapa sawit olein untuk masakan yang difraksinasikan dan ditapis sehingga menjadi kuning jernih.

Keistimewaan santan sawit, katanya, ia tidak meningkatkan kadar kandungan kolesterol LDL (tidak baik) dalam badan yang sekali gus tidak menjejaskan jantung, berbeza dengan santan kelapa yang boleh meningkatkan kandungan LDL yang tinggi dan mengurangkan HDL yang diperlukan oleh badan.

Lemak tak tepu yang ada pada santan sawit seperti palmitik (C16:0) dan oleik (C18:1) tidak menggalakkan pembentukan mendakan kolesterol pada dinding arteri.
Beliau berkata, serangan jantung dan strok akan berlaku jika kolesterol terus mendak pada dinding arteri sehingga arteri menjadi keras dan pengaliran darah tersekat.
Ini menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi dan menyebabkan serangan penyakit jantung dan strok.

“Penggunaan santan kelapa berhubung kait dengan peningkatan kandungan kolesterol LDL (tidak baik) yang boleh menyebabkan penyumbatan pada saluran arteri jantung kerana santan kelapa mempunyai kandungan asid lemak tepu yang tinggi seperti asid laurik (C12:0) dan miristik (C14:0).

“Kandungan asik laurik dalam santan kelapa adalah sebanyak 49.1 peratus berbanding santan sawit yang hanya 0.25 peratus saja. Malah asid miristik dalam santan kelapa adalah 18.4 peratus, manakala santan sawit sebanyak 1 peratus saja.

“Itulah sebabnya, kadangkala apabila kita makan nasi lemak bersantan selalunya kita akan rasa mengantuk, ini disebabkan lemak dalam santan kelapa itu bertindak dan menyumbat arteri menyebabkan perjalanan oksigen agak lambat,” katanya.

Dr Zaida berkata, santan sawit kaya dengan vitamin A dan E semula jadi yang baik untuk kesihatan, terutama bagi penglihatan, mengelakkan proses penuaan, penyakit jantung dan baik untuk kulit.  Vitamin E terdiri daripada tokoferol dan tokotrienol yang mempunyai unsur antioksida yang mampu melawan kembali unsur radikal bebas dan mencegah kerosakan sel dalam badan yang disebabkan proses metabolik dalam badan dan tindakan bahan kimia toksik dari persekitaran. Kanser akan berlaku jika terjadinya kerosakan sel.

Katanya, kehadiran beta-karotena dalam santan sawit yang adalah sumber vitamin A juga bertindak sebagai antioksida seperti vitamin E.  Santan sawit ini juga bebas daripada trans-asid lemak yang dikenal pasti sebagai merbahaya kepada kesihatan manusia.

Dari segi penyimpanan, santan kelapa mempunyai jangka hayat yang rendah, iaitu kurang daripada lima jam dalam suhu bilik, manakala santan sawit boleh bertahan sehingga beberapa hari tanpa berubah bau dan warna serta rasa kerana mengandungi asid lemak berangkai panjang (C-IU) ke atas.  Ia tidak mudah basi, walaupun dibiarkan dalam suhu bilik selama dua hari (30-33 darjah Celsius ) dan boleh bertahan selama tiga bulan jika disimpan dalam peti sejuk dengan suhu lima darjah Celsius.

Malah, katanya, kajian penyimpanan yang dijalankan di MPOB menunjukkan santan sawit ini masih dalam keadaan baik dan stabil pada suhu 25 darjah Celsius selama hampir sebulan tanpa bahan pengawet.  Teknologi penghasilan santan cecair berasaskan sawit itu hanya membabitkan proses emulsifikasi (pengemulsifikasi) dan homogenisasi (penghomogenan). Oleh itu, proses penghasilan santan ini lebih murah berbanding penggunaan proses semburan kering.

Lebih menarik, kos menghasilkan santan sawit lebih murah berbanding santan kelapa kerana minyak sawit mudah didapati.  Sebelum ini, ciptaan santan sawit serbuk menerima pelbagai pengiktirafan dalam dan luar negara, termasuk pingat perak dalam Pertandingan Reka Cipta Antarabangsa Geneva pada 2000; Anugerah Inovasi Porim pada 1998.

Oleh Mona Ahmad

Sunday, 1 January 2012

TIP NASI MENTAH / UNCOOKED RICE TIPS

Kalau nasi mentah jangan panik.  Kita gunakan sedikit cara saintifik.  Jika nasi yang ditanak jadi agak mentah. Buka tutup periuk, buatkan lubang ditengah nasi sebesar diameter gelas.  Isikan air dalam gelas yang digunakan dan letakkan gelas tersebut kedalam lubang yang dibuatkan di atas nasi.  Tutupkan periuk tersebut dan tanak semula nasi tersebut.  

Insyaallah nasi yang mentah akan masak seperti yang dikehendaki.  Ini adalah berlaku dengan tindakan air yang di isi dalam gelas akan mengeluarkan wap dan wap tersebut akan menjadikan nasi itu masak sempurna.  Cubalah jika nasi yang dimasak menjadi mentah.

Uncooked Rice

If rice not cooks as we wanted do not panic. We use some scientific way. If rice is not well cook, open the pot cover, make a hole at the middle of rice in the pot. Put a glass in the hole and fill it with water. Cover the pot and cook the rice again.

God willing raw rice will be cooked as desired. This is happening with the action of water in the glass will produce steam and the steam will make the rice was cooked perfectly. Try this if the rice not cooks as you willing. 

Saturday, 24 December 2011

TIP MENGHILANGKAN BAU HANGIT NASI / BURN RICE SMELL TIPS

Jika nasi berbau hangit semasa dimasak, untuk menghilangkan bau hangit tersebut 
i. Buka tutup periuk, susunkan roti sandwich di atas permukaan nasi, tutup periuk semula.
ii. Biarkan lebih kurang 5 -10 minit, kemudian buka semula tutup periuk dan isyaallah bau akan diserap oleh roti.  

Jangan dibazir roti tersebut, buatkan puding roti menggunakan roti tersebut.  Selamat mencuba jika nasi berbau hangit.

BURNT RICE SMELL

If you smelt burnt rice while cooking, try this method:

i.   Open the pot lid, arrange sandwiches bread on the surface of the rice,            cover the pot again.
ii.  Allow about 5 -10 minutes, then take off the pot lid,   isyaallah smell will        be absorbed by the bread.

Do not wasted bread, make bread pudding using that used bread. Try it if you smell burnt rice while cooking.  Good luck. 

You May Like This:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...