Cooking with a dash of love, which is the key ingredient to good cooking. Happy Reading and Happy Cooking!

Followers

Saturday, 29 September 2012

PIZZA SEGERA 2 / QUICK PIZZA 2



Quick Pizza

Materials

4 slices of bread
Stir-fry sauce
Mayonnaise
4 pcs sausage diagonally cut
Mozzarella cheese
Pickles black olives
Lettuce

Methods

1.    Spread the bread with mayonnaise and stir-fry sauce.
2.    Arrange cut sausage on the surface of bread.
3.    Sprinkle the grated mozzarella cheese on bread.
4.    Bake in oven at 170 degrees Celsius for 15-20 minutes.
5.    Take it out after it turn brown served it with lettuce and pickles black olives for garnishing.

Pizza Segera

Bahan-bahan

4 keping roti
Sambal tumis
Mayonis
4 batang sosej dipotong menyerong
Keju Mozzarella
Jeruk buah zaiton hitam
Daun salad

Langkah-langkah

1.    Sapu roti dengan mayonis dan sambal tumis.
2.    Susun sosej yang dipotong di atas permukaan yang telah disapu sambal.
3.    Taburkan keju mozzarella yang disagat ke atas pizza.
4.    Bakar dalam ketuhar pada suhu 170 darjah Celsius selama 15 – 20 minit.
5.    Setelah bertukar perang boleh dikeluarkan untuk dihidang bersama hiasan daun salad dan jeruk buah zaiton hitam.

Thursday, 27 September 2012

BISKUT KACANG MAZOLA / MAZOLA PEANUT BISCUIT

An incredibly easy to make biscuits that really taste so good. These biscuits don't take very long to mix together and are ready in no time..we really love these biscuits and they are absolutely irresistible..do try them! 




Mazola Peanut Biscuit

Ingredients

3½ cups whole wheat flour 
½ cup cornflour *
1½ cup caster sugar *
3 cups finely blended roasted peanuts *
1 teaspoon vanilla *
Mazola oil sufficiently *
3 tablespoons coarse grounded peanuts - sprinkled
Egg yolks - glazing

Methods

1.    Preheat oven to 200 degrees celsius.
2.    Mix all ingredients marked *.
3.    Fist the dough and shape into balls.
4.    Flatten dough and arrange in a baking tray and glaze with egg yolk.
5.    Sprinkle with coarse ground nuts.
6.    Insert the tray into the oven and bake for 20 to 30 minutes.
7.    Once the glazed egg yolk turns brown, take out the tray and leave it at room temperature.
8.    Stored and ready to eat.

Biskut Kacang Mazola

Bahan-bahan

3½ cawan tepong gandum  *
½ cawan tepung jagung * 
1½ cawan gula kaster *
3 cawan kacang tanah yang dibakar & dikisar halus *
1 sudu teh vanilla *
Minyak Mazola secukupnya *
3 sudu besar kacang tanah dikisar kasar – ditabur
Kuning telur – mengilatkan biskut

Langkah-langkah

1.    Panaskan oven pada suhu 200 darjah Celsius.
2.    Campurkan semua bahan bertanda *.
3.    Kepal adunan dan bentuk bebola.
4.    Leperkan adunan, susun didalam dulang pembakar dan disapu dengan kuning telur.
5.    Taburkan kacang yang dikisar kasar.
6.    Masukkan dulang kedalam oven dan bakar selama 20 – 30 minit.
7.    Setelah kuning telur bertukar perang keluarkan dan sejukkan pada suhu bilik.
8.    Siap untuk disimpan dan makan.                                            

Tuesday, 25 September 2012

KACANG PHOOL BEREMPAH REVISITED / FOUL BEAN IN SPICY SAUCE REVISITED

Cadangan Hidangan / Suggested Dish
Kacang Phool / Foul Beans 

Foul beans Revisited

Ingredients

2 cans beans foul (1 can mashed, 1 can used straight from the tin) (baked bean can also be use)
300 gm minced beef
1 tablespoon fennel seeds powder
1 tablespoon cumin powder
1 teaspoon coriander powder
2 tablespoon curry powder add with water
1 tablespoon baryani powder
2 onions (1½  cloves for sauté, ½ cloves of finely cut cubes for garnishing)
2 cloves of garlic
3 tablespoon chili paste (add more for hotter taste)
1 cm ginger pound
Salt
Sugar
Olive oil
Butter
Eggs (fried bull’s eye).
Sandwich bread (can also use French loaf)

For garnish
Parsley
Spring onions
Green chilies
Calamansi
Diced onion

Methods

1.    Heat oil, sauté the onion, garlic and ginger until fragrant.
2.    Fry the cumin, anise, coriander, curry paste and baryani powder.
3.    Stir fry the mince meat until cooked together with spices.
4.    Once the meat cooked, add a little water and add the mashed beans phool.
5.    After all ingredients well mixed, add whole foul beans.
6.    Add salt, sugar and chili and tomato sauce.
7.    If thick add water to dilute it.
8.    To serve, put phool beans in a bowl.
9.    Sprinkle the diced onion, coriander leaves, spring onions and calamansi.
10. Place the bull’s eye eggs in a phool bean bowl and eat it with buttered toasted bread.

Kacang Phool Revisited

Bahan-bahan

2 tin kacang phool (1 tin dilenyek, 1 tin diguna terus dari tin) (boleh juga diguna baked bean)
300 gm daging kisar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu teh ketumbar
2 sudu besar rempah kari
1 sudu  besar rempah baryani (kalau ada)
2 ulas bawang besar (1.5 ulas untuk tumisan, 0.5 ulas potong kiub halus untuk tabur)
2 ulas bawang putih
3 sudu besar cili kisar (kalau nak pedas boleh tambah)
Halia
Garam
Gula
Minyak zaiton
Mentega
4 biji telor (digoreng mata kerbau).
Roti sandwich (boleh juga French loaf)

Untuk hiasan
Daun sup
Daun bawang
Cili hijau
Limau kasturi
Bawang besar yang dipotong kiub

Langkah-langkah

1.    Panaskan minyak dikuali, tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
2.    Tumiskan jintan puteh, jintan manis, ketumbar, rempah kari dan rempah baryani.
3.    Gorengkan daging kisar sehingga masak bersama rempah-rempah tadi.
4.    Bila daging dah masak, masukkan sedikit air dan masukkan kacang phool yang dilenyek.
5.    Selepas agak sebati daging kisar dan kacang phool lenyek, masukkan kacang phool yang telah ditoskan airnya.
6.    Masukkan garam, gula, sos cili dan tomato.
7.    Jika pekat tambahkan air tapi jangan sampai cair.
8.    Untuk hidangan, masukkan kacang phool dalam mangkuk. 
9.    Taburkan bawang yang dipotong kiub, daun sup, daun bawang dan limau kasturi. 
10. Letakkan telor mata dalam mangkuk kacang phool apabila hendak makan dengan roti bakar disapu mentega.

Saturday, 22 September 2012

MEE KUAH MERAH / NOODLES IN TOMATOES GRAVY

Set Mee Kuah Merah / Noodles In Tomatoes Gravy Set
Bahan Hiasan / Garnishing
Spaghetti dengan Herba / Noodles with Mix Herbs
Spaghetti dengan hiasan / Noodles with garnishing
Kuah Merah / Tomatoes Gravy
Spaghetti Kuah Merah / Noodles in Tomatoes Gravy 
Spaghetti Kuah Merah / Noodles in Tomatoes Gravy 
Noodles in Tomatoes Gravy

Ingredients

500 gm spaghetti (can also use yellow noodle) boiled and drained.

For the gravy
7 fresh tomatoes - roasted and peeled
200 gram beef thinly sliced (can also add shrimp or squid)
1 onion - diced
2 cloves of garlic - finely chopped
200 gram vegetables mix (carrots, corn and peas)
5 sticks baby corn (cut diagonally)
1 tablespoon ginger-garlic paste
1 tablespoon multipurpose paste
2 tablespoons chili paste
1 teaspoon herbs mix
1 teaspoon coarsely pound black pepper
1 cans tomato soup
Salt
Sugar
Olive oil
Water - for meat broth

For garnish
Fried onions
Coriander leaves and spring onions
Bean sprouts
Red and green chilies - diagonally cut
Tofu - cubed fried before
Cut calamansi

Methods

1.    Boil spaghetti in water mixed in a little salt, drain and set aside. Pour some olive oil and herb mixture and mixed it.
2.    Boil the meat until tender and set aside the broth.
3.    Roast the tomatoes until the skin falls from the fill.
4.    Mashed the tomatoes until become paste.
5.    Sauté onion and garlic until quite withered.
6.    Put vegetables mix, baby corn and stir.
7.    Put all the pastes and stir until fragrant.
8.    Put the tomatoes paste and stir until blended.
9.    Add the meat broth and tomato soup. Stir until boiling.
10. Season the gravy with salt, sugar, black pepper and herb mix.
11. Prepare spaghetti, garnish with garnish and sauce pour over spaghetti.
12. Ready to eat.

Mee Kuah Merah

Bahan-bahan

500 gm spaghetti (boleh juga diguna mee kuning) direbus dan toskan.

Untuk kuah
7 biji tomato segar – dipanggang dan dibuang kulit
200 gm daging lembu dipotong nipis (boleh juga ditambah udang atau sotong)
1 biji bawang besar - dipotong dadu
2 ulas bawang putih – dipotong halus
200 gm sayur campuran (lobak merah, isi jagung dan kacang peas)
5 batang baby corn (potong menyerong)
1 sudu besar pes serbaguna
2 sudu besar pes kisaran cili
1 sudu teh herba campuran
1 sudu teh kisaran kasar serbuk lada hitam
1 tin sup tomato
Garam
Gula
Minyak zaiton
Air – untuk air rebusan daging

Untuk hiasan
Bawang goreng
Daun sup dan daun bawang
Taugeh
Cili merah dan hijau – dipotong menyerong
Tauhu – digoreng dahulu sebelum dipotong kiub
Limau kasturi – dipotong

Langkah-langkah

1.    Rebus spaghetti di dalam air yang dicampur sedikit garam, tos dan ketepikan.  Tuangkan sedikit minyak zaiton dan herba campuran dan digaul.
2.    Rebus daging sehingga empuk dan ketepikan air rebusan.
3.    Panggang tomato sehingga kulit tanggal daripada isi.
4.    Lenyek tomato untuk dijadikan pes.
5.    Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga agak layu.
6.    Masukkan sayur campuran dan kacau.
7.    Masukkan semua pes dan kacau sehingga garing.
8.    Masukkan pes tomato dan kacau sehingga sebati. 
9.    Masukkan air rebusan daging dan sup tomato.  Kacau sehingga mendidih.
10. Perisakan dengan garam, gula, serbuk lada hitam dan herba campuran..
11. Sediakan spaghetti, hiaskan dengan bahan hiasan dan disendukkan kuah.
12. Siap untuk dimakan. 

You May Like This:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...