Cooking with a dash of love, which is the key ingredient to good cooking. Happy Reading and Happy Cooking!

Followers

Monday 30 December 2013

UDANG GORENG MENTEGA / BUTTER PRAWN







Butter Prawn

Ingredients

For fried prawn

½ kg fresh prawns, medium size
1 sprig of curry leaves
1 onion, sliced
2 cloves garlic, sliced
1 tablespoon corn-starch
3 tablespoons butter
Cooking oil
Salt
Coarsely blend black pepper

For eggs floss

2 eggs (use only yellow, white can be mixed in the sauce)
1 tablespoon butter
Cooking oil

Methods

Fried Prawn
  1. Marinate prawn with salt and pepper.
  2. Mix corn-starch with some water and dipped prawn into it and fry prawn until the skin became redness.
  3. Heat a skillet and sauté the onion, garlic and curry leaves. Once the ingredients turn soft and fragrant, add the butter and egg whites. Mix well.
  4. Add corn-starch mixture to thicken the sauce.
  5. Add fried prawn and mix well.

Egg floss
  1. Heat oil until very hot and add the butter.
  2. Stir the oil in a frying pan using the bottom of a ladle in the round movement.
  3. Pour the egg yolk and continuously stir in round cooking oil. Cooking oil will become frothy, and the egg turn yellowish, eggs floss can be lifted and drained.
  4. Sprinkle the egg floss on fried prawn.
  5. Ready to be serve.
Udang Goreng Mentega

Bahan-bahan

Untuk goreng udang

½ kg udang segar, sederhana saiz
1 tangkai daun kari
1 biji bawang besar dimayang
2 ulas bawang putih dimayang
1 sudu tepung jagung
3 sudu besar mentega
Minyak masak
Garam
Serbuk lada hitam

Untuk carikkan telor

2 biji telor (guna kuning sahaja, putih boleh dicampur dalam kuah)
1 sudu besar mentega
Minyak masak

Langkah-langkah

Untuk Udang Goreng
  1. Udang diperap seketika dengan garam dan lada hitam.
  2. Tepung jagung dicampur sedikit air dan dicelup udang dan digoreng sehingga kulit kemerahan.
  3. Panaskan kuali dan tumis bawang besar, bawang putih dan daun kari. Setelah naik lembut dan naik bau masukkan mentega, putih telor dan gaul rata.
  4. Masukkan sedikit campuran air dan tepung jagung untuk memekatkan.
  5. Masukkan udang yang telah digoreng dan digaul rata.

Untuk membuat carikkan telor
  1. Panaskan minyak masak sehingga betul-betul panas dan masukkan mentega.
  2. Kacau minyak di dalam kuali menggunakan bahagian bawah senduk secara pusingan.
  3. Curahkan kuning telor yang telah dikacau dan terus mengacau secara pusingan minyak masak. Minyak masak akan menjadi berbuih, setelah telor menjadi kekuningan boleh diangkat dan ditoskan.
  4. Taburkan carikkan telor di atas udang yang telah digaul tadi.
  5. Sedia untuk dihidang.

2 comments :

  1. Lawa gambar tu. nampak menyelerakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Bahrain, terima kasih atas komen. Bolehlah dicuba selepas ni. Banyak lagi resepi di sini yang telah dicuba. In Sya Allah menjadi.

      Delete

You May Like This:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...