Cooking with a dash of love, which is the key ingredient to good cooking. Happy Reading and Happy Cooking!

Followers

Saturday 26 November 2011

AYAM GORENG BLACK ROSE

Ayam Goreng Black Rose

Bahan-bahan

Untuk perapan (gaul)

Halia bawang putih (dikisar)
Cili kisar
Rempah kari
Daun kari
Sedikit garam
Sedikit madu lebah (kalau ada, kalau tak dak pun tak pa)
Ayam 1 ekor dipotong ikut suka. (potong 12,16,24)

Untuk tumisan

Kulit kayu manis
Buah pelaga
Bunga cengkih
Bunga lawang

Untuk sos

Kicap lemak manis (bukan kicap masin)
Susu pekat
Lada hitam

Langkah-langkah
  1. Ayam diperap dengan bahan perapan buat seketika. Selepas diperap ayam goreng sehingga masak. (Jangan sampai garing). Asingkan ayam. 
  2. Minyak gorengan ayam diguna sedikit untuk tumisan. Tumiskan bahan tumisan apabila minyak dah panas. 
  3. Selepas itu dimasukkan kicap dan lada hitam secukup rasa sehingga mendidih. Masukkan susu pekat. Kacau supaya sekata. Akan terhasil satu sauce yang pekat. 
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng kedalam sauce. Kacau sehingga semua ayam sekata dengan sauce.
  5. Masukkan dalam pinggan untuk hidangan. (Anak-anak mesti suka)

No comments :

Post a Comment

You May Like This:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...