Cooking with a dash of love, which is the key ingredient to good cooking. Happy Reading and Happy Cooking!

Followers

Sunday, 27 November 2011

KARI DAGING ALA UTARA

KARI DAGING ALA UTARA

Bahan-bahan

1kg daging
Santan dari ½ biji kelapa
1 paket kecil kerisek
1 peket rempah kari daging
5 biji kentang (dipotong 4)
2 ulas bawang merah – dihiris untuk tumis
Rempah tumisan (kulit kayu manis, pelaga, bunga chengkeh dan bunga lawang)
4 sudu cili kisar
Daun kari
Sos cili, sos tomato
Garam
Gula
Air
Minyak masak (sebaiknya minyak zaiton)

Bahan-bahan dikisar

1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
12 mm halia
½ sudu teh jintan manis
½ sudu teh jintan puteh
½ sudu teh ketumbar

Langkah-langkah
  1. Perapkan daging dan kentang dengan rempah kari, halia, bawang putih dan sedikit cili kisar selama 15 minit.
  2. Panaskan kuali, tuangkan minyak masak/zaiton.
  3. Masukkan rempah tumisan dan bawang kecil dan daun kari. Setalah naik bau wangi masukkan bahan dikisar.
  4. Masukkan rempah kari yang dicampur air. Setelah pecah minyak masukkan daging dan kentang.
  5. Setelah sebati masukkan santan sedikit demi sedikit. Kacau supaya santan tidak berkepala. 
  6. Masukkan garam, gula, sos tomato dan sos cili. 
  7. Setelah mendidih masukkan kerisek. Biarkan sampai daging menjadi lembut.
  8. Sedia untuk dihidang.

AYAM MASAK MERAH/ROSE

Ayam Masak Merah/Rose 

Bahan-bahan

Ayam – 1 ekor potong 16 (untuk kesihatan buanglah kulit)
Bawang besar – 2 biji (1 dihiris, 1 dikisar)
Bawang putih – 3 ulas - dikisar
Halia – 0.5 inci dikisar
Bahan tumisan 4 serangkai (kulit kayu manis, pelaga, bunga lawang, bunga cengkih)
Serbuk kari
Cili kering dikisar
Serai - dikisar
Lengkuas - dikisar
1 tin sup tomato
Serbuk kunyit
Minyak
Garam 
Gula
Asam keping/ asam jawa

Langkah-langkah
  1. Ayam yang dipotong digaul dengan serbuk kunyit dan garam, digoreng separuh masak. 
  2. Guna minyak gorengan untuk menumis 4 serangkai, bawang besar yang dihiris, kisaran bawang putih, bawang merah dan halia. 
  3. Selepas tumisan berbau wangi, tumis cili kering dikisar dan sedikit serbuk kari sehingga garing. Masukkan serai dan lengkuas. 
  4. Masukkan sup tomato dan kacau sehingga mendidih. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan asam keeping/ air asam jawa. 
  5. Jika agak pekat tambah sedikit air untuk mencairkan. 
  6. Masukkan ayam yang digoreng separuh masak ke dalam kuah dan biarkan seketika sehingga ayam masak. 
  7. Kuantiti bahan-bahan adalah anggaran sahaja. Kuantiti boleh dikurang atau ditambah mengikut citarasa. Boleh juga ditambah sos cilia tau sos tomato. Selamat mencuba.

NASI BARYANI DAN LAUK BARYANI DAGING JOHOR


NASI BARYANI DAN LAUK BARYANI DAGING JOHOR
(Anggaran untuk 10-12 orang)

Bahan-bahan 

Nasi Baryani

Beras basmathi - 1kg
Pewarna Kuning telor - 1 botol

Lauk Baryani
Daging - 1 kg

Bahan Gunasama

Rempah baryani - 2 paket
Minyak sapi - 1/2 tin kecil
Tomato Puree - 1 tin sederhana
Kicap Lemak - 1 cawan
Bawang besar - 5 ulas (untuk tumis) separuh dikisar
Cili kering - dikisar bersama bawang besar
Bawang putih & halia - dikisar (untuk tumis)
Daun Pandan - 5 helai
Rempah tumis - Kulit Kayu Manis, pelaga, cengkih, bunga lawang
Susu cair - 2 tin
Badam kisar - 100 gm
Cili merah - ditumis
Tomato segar - ditumis
Daun sop - untuk ditabur
Daun bawang - untuk ditabur
Daun Pudina - untuk ditabur/perapan
Bawang goreng - untuk ditabur
Biji gajus - untuk ditabur
Kismis - untuk ditabur
Asam Jawa 
Limau Nipis/Kasturi
Garam 
Gula batu 
Kentang
Telor rebus (optional) 

Langkah-langkah

Lauk Baryani
  1. Daging digaul dengan halia-bawang putih, rempah baryani, perahan limau nipis/kasturi, sedikit susu cair, minyak sapi, kentang dan daun pudina.
  2. Masukkan garam secukup rasa.
  3. Masukkan perahan asam jawa.
  4. Masukkan Tomato Puree dan kicap
  5. Selepas diperap selama lebih kurang 1-3 jam, campuran tersebut dipanaskan.
  6. Setelah mendidih masukkan susu cair dan kacau hingga sebati.
  7. Masukkan badam yang dikisar.
  8. Masukkan telur rebus.
  9. Kecilkan api tunggu sehingga daging lembut.
  10. Asingkan sedikit minyak untuk digunakan dalam nasi.
  11. Setelah siap masukkan bahan taburan.
Nasi Baryani
  1. Beras disukat mengikut sukatan (isipadu)
  2. Isipadu air sama dengan isipadu beras.
  3. Panaskan minyak sapi dan minyak dari lauk baryani, masukkan daun pandan, cili merah dan buah tomato. (Cili dipatahkan dan tomato diramas)
  4. Tumis kulit kayu manis, pelaga, bunga cengkih, bunga lawang, bawang besar, halia dan bawang putih. sehingga naik bau kemudian tumis rempah baryani dari lauk yang diketepikan. 
  5. Setelah garing masukkan air yang telah disukat.
  6. Masukkan gula batu dan garam.
  7. Setelah mendidih masukkan susu cair.
  8. Masukkan beras dan biarkan sehingga masak.
  9. Asingkan sedikit nasi yang telah masak dan campurkan dengan pewarna.
  10. Campurkan nasi yang diwarna dengan nasi utama.
  11. Taburkan bahan taburan.
  12. Siap untuk dihidang.

Saturday, 26 November 2011

MASAK LEMAK MINANG AYAM

Masak Lemak Minang Ayam
Bahan-bahan

1 ekor ayam
Santan dari 1 biji kelapa
Minyak untuk menumis
Asam jawa
Garam
Gula

Bahan untu dikisar

Daun kunyit -50 mm untuk dikisar, baki dipotong ricik untuk hiasan.
Daun limau perut
25mm halia
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang besar
1 batang serai
10 mm lengkuas
10 - 15 biji cili padi
5 batang cili merah
3 biji buah keras 

Langkah-langkah
  1. Panaskan kuali, isikan minyak. Tumiskan bahan kisar 
  2. Bila naik wangi. Masukkan santan sedikit demi sedikit. 
  3. Masukkan ayam, biar sehingga masak dan mendidih. Masukkan garam, gula dan air asam jawa secukup rasa. 
  4. Taburkan daun kunyit untuk hiasan.

KERABU PEGAGA-KACANG BOTOL

Kerabu Pegaga - Kacang Botol
Bahan-bahan

1 ikat daun pegaga – di ambil daun sahaja
5 biji kacang botol – dipotong nipis
¼ biji kelapa parut
1 batang serai – diricik halus
5 biji cili padi - diricik halus
3 inci daun kunyit – diricik halus
2 ulas bawang merah – dipotong ricih
2 batang cili merah – diricik halus
1 sudu teh serbuk kunyit
Sepotong lemon
Minyak zaiton untuk menumis dan mengaul

Bahan-bahan dikisar

2 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
½ halia
30 gm ikan bilis/udang kering

Langkah-langkah
  1. Panaskan kuali. Masukkan minyak zaiton
  2. Tumiskan bahan kisar. Setelah wangi masukkan bahan ricik dan dipotong (serai, cili padi, daun kunyit, bawang merah dan cili merah).
  3. Setelah naik bau, masukkan kelapa parut dan goreng hingga kering, masukkan serbuk kunyit. Keluarkan dari kuali, dan masukkan dalam mangkuk untuk menggaul dengan daun pegaga dan kacang botol.
  4. Semasa proses mengaul masukkan sedikit minyak zaitun dan perahan lemon.
  5. Campuran digaul dan siap untuk dihidang.

AYAM GORENG BLACK ROSE

Ayam Goreng Black Rose

Bahan-bahan

Untuk perapan (gaul)

Halia bawang putih (dikisar)
Cili kisar
Rempah kari
Daun kari
Sedikit garam
Sedikit madu lebah (kalau ada, kalau tak dak pun tak pa)
Ayam 1 ekor dipotong ikut suka. (potong 12,16,24)

Untuk tumisan

Kulit kayu manis
Buah pelaga
Bunga cengkih
Bunga lawang

Untuk sos

Kicap lemak manis (bukan kicap masin)
Susu pekat
Lada hitam

Langkah-langkah
  1. Ayam diperap dengan bahan perapan buat seketika. Selepas diperap ayam goreng sehingga masak. (Jangan sampai garing). Asingkan ayam. 
  2. Minyak gorengan ayam diguna sedikit untuk tumisan. Tumiskan bahan tumisan apabila minyak dah panas. 
  3. Selepas itu dimasukkan kicap dan lada hitam secukup rasa sehingga mendidih. Masukkan susu pekat. Kacau supaya sekata. Akan terhasil satu sauce yang pekat. 
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng kedalam sauce. Kacau sehingga semua ayam sekata dengan sauce.
  5. Masukkan dalam pinggan untuk hidangan. (Anak-anak mesti suka)

SPAGHETTI BOLOGNESE

SPAGHETTI BOLOGNESE

Bahan-bahan

500 gm Spaghetti
Sedikit serbuk keju.

Bahan dihiris

1 ulas bawang besar – dicincang (chunky)
2 ulas bawang putih – dicincang halus
½ inci halia – dicincang halus
2 tangkai daun oregano (kalau ada – dicincang halus)
2 tangkai daun marjoram (kalau ada - dicincang halus)
1 tin cendawan butang (dihiris – chunky)
2 batang sosej ayam dipotong (optional)

Bahan sos

1 tin sos spaghetti perisa cendawan (apa-apa perisa boleh)
1 tin sos spaghetti perisa original
1 bungkus rempah spaghetti (McCormick)
Minyak zaiton
500 gm daging cincang (daging lembu/ayam ikut suka)

Langkah-langkah

  1. Panaskan kuali, masukkan minyak zaiton.
  2. Masukkan bawang besar yang dicincang, wangi masukkan halia dan bawang putih.
  3. Setelah layu dan wangi, masukkan daging cincang, sosej dan cendawan butang.
  4. Setelah daging cincang masak, masukkan semua sos spaghetti. Taburkan daun oregano dan marjoram kedalam sos.
  5. Biarkan mendidih.
  6. Rebus spaghetti dalam air dan sedikit minyak. Setelah lembut toskan dan dilalukan dengan air sejuk untuk berhentikan dari terus masak.
  7. Hidang dalam pinggan sendukkan sos dan hias guna daun oregano dan marjoram serta taburkan serbuk keju. Selamat mencuba…

You May Like This:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...