Bahan-bahan
1 ikat daun pegaga – di ambil daun sahaja5 biji kacang botol – dipotong nipis
¼ biji kelapa parut
1 batang serai – diricik halus
5 biji cili padi - diricik halus
3 inci daun kunyit – diricik halus
2 ulas bawang merah – dipotong ricih
2 batang cili merah – diricik halus
1 sudu teh serbuk kunyit
Sepotong lemon
Minyak zaiton untuk menumis dan mengaul
Bahan-bahan dikisar
2 ulas bawang besar2 ulas bawang putih
½ halia
30 gm ikan bilis/udang kering
Langkah-langkah
- Panaskan kuali. Masukkan minyak zaiton
- Tumiskan bahan kisar. Setelah wangi masukkan bahan ricik dan dipotong (serai, cili padi, daun kunyit, bawang merah dan cili merah).
- Setelah naik bau, masukkan kelapa parut dan goreng hingga kering, masukkan serbuk kunyit. Keluarkan dari kuali, dan masukkan dalam mangkuk untuk menggaul dengan daun pegaga dan kacang botol.
- Semasa proses mengaul masukkan sedikit minyak zaitun dan perahan lemon.
- Campuran digaul dan siap untuk dihidang.
No comments :
Post a Comment