Cooking with a dash of love, which is the key ingredient to good cooking. Happy Reading and Happy Cooking!

Followers

Sunday, 27 November 2011

AYAM MASAK MERAH/ROSE

Ayam Masak Merah/Rose 

Bahan-bahan

Ayam – 1 ekor potong 16 (untuk kesihatan buanglah kulit)
Bawang besar – 2 biji (1 dihiris, 1 dikisar)
Bawang putih – 3 ulas - dikisar
Halia – 0.5 inci dikisar
Bahan tumisan 4 serangkai (kulit kayu manis, pelaga, bunga lawang, bunga cengkih)
Serbuk kari
Cili kering dikisar
Serai - dikisar
Lengkuas - dikisar
1 tin sup tomato
Serbuk kunyit
Minyak
Garam 
Gula
Asam keping/ asam jawa

Langkah-langkah
  1. Ayam yang dipotong digaul dengan serbuk kunyit dan garam, digoreng separuh masak. 
  2. Guna minyak gorengan untuk menumis 4 serangkai, bawang besar yang dihiris, kisaran bawang putih, bawang merah dan halia. 
  3. Selepas tumisan berbau wangi, tumis cili kering dikisar dan sedikit serbuk kari sehingga garing. Masukkan serai dan lengkuas. 
  4. Masukkan sup tomato dan kacau sehingga mendidih. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan asam keeping/ air asam jawa. 
  5. Jika agak pekat tambah sedikit air untuk mencairkan. 
  6. Masukkan ayam yang digoreng separuh masak ke dalam kuah dan biarkan seketika sehingga ayam masak. 
  7. Kuantiti bahan-bahan adalah anggaran sahaja. Kuantiti boleh dikurang atau ditambah mengikut citarasa. Boleh juga ditambah sos cilia tau sos tomato. Selamat mencuba.

No comments :

Post a Comment

You May Like This:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...