Cooking with a dash of love, which is the key ingredient to good cooking. Happy Reading and Happy Cooking!

Followers

Friday, 30 November 2012

NASI BUKHARA ELC BERLAUK DAGING BARYANI / ELC's BUKHARA RICE WITH BEEF BARYANI

Beras digoreng / Frying Rice
Nasi Hampir Masak /  Rice almost Cooked 
Nasi Dilapis dengan Daging Baryani / Rice Layered with Beef Baryani
Nasi Bukhara Selepas Dibakar / Baked Bukhara Rice
Siap Untuk Dihidang / Ready To Serve
Siap Untuk Dihidang / Ready to Serve
 Siap untuk Dimakan dengan Lauk Baryani, Salad Salsa dan Ayam Goreng / Ready to eat with Beef Baryani, Salsa Salad and Fried Chicken
Layered Bukhara Rice with Beef Baryani

Ingredients

6 cups bathmathi rice
6-7 cups water (depending on the brand of rice)
½ cans (250 ml) evaporated milk
1 teaspoon ginger-garlic paste
1 teaspoon onion paste
1 onion cut
4 cloves of garlic cut
Fried spices (cinnamon, star anise, cloves, cardamom)
Pandan leaves
Mint leaves
2 bay leaves 
1 fresh tomato
1 red chili
3 tablespoons baryani powder / 5 tablespoons of baryani gravy (if cooked separately)
1 teaspoon mixed spice
3 tablespoons ghee
Sugar
Salt
Beef baryani dish with gravy to coat rice

Methods

1.    Washed and soaked rice for 30 minutes to 1 hour. Drain when want to use.
2.    Heat ghee in rice cooker and sauté fried spices, all paste, cut onion and garlic until fragrant and translucent.
3.    Put bay leaves, pandan leaves, mint leaves, tomato and broken red chili. Stir until quite withered.
4.    Put baryani spice or baryani gravy.
5.    Add tossed rice and fry until rice become transparent (for about 5 minutes).
6.    In another container heat the water to a boil and add the evaporated milk, salt and sugar, stir until boiling.
7.    Pour in the water and evaporated milk mixture into an electric rice cooker containing sauté rice. Stir it for a while.
8.    Cover the pot and cook until almost cooked.
9.    Prepare baking pan and rubbed it with ghee.
10. Pour the rice into baking pan until it becomes one layer then covered it with beef baryani dishes and ending with rice layer.
11. Cover the container with aluminum foil.
12. Bake for 15 to 25 minutes at 170 degrees Celsius.
13. Remove it once cooked and served it hot.

Nasi Bukhara Berlapis Lauk Daging Baryani

Bahan-bahan

6 cawan beras bathmathi
6-7 cawan air (bergantung kepada jenama)
½ tin (250 ml) susu cair
1 sudu teh pes halia-bawang puteh
1 sudu teh pes bawang besar
1 biji bawang besar diracik
4 ulas bawang putih diracik
Rempah tumisan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)
Daun pandan
Daun pudina
2 helai daun bay 
1 biji tomato segar
1 biji cili merah
3 sudu besar serbuk rempah baryani/5 sudu besar kuah baryani (dimasak berasingan)
1 sudu teh rempah campuran
3 sudu besar minyak sapi
 Gula
Garam
Lauk daging baryani berserta kuah untuk lapisan

Langkah-langkah

1.    Beras dibasuh dan direndam selama 30 minit hingga 1 jam.  Ditoskan bila hendak digunakan.
2.    Panaskan minyak sapi dalam periuk nasi elektrik dan tumiskan rempah tumisan, bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
3.    Masukkan daun bay, daun pandan, daun pudina, tomato yang diramas dan cili merah yang dipatahkan.  Kacau sehingga agak layu.
4.    Masukkan rempah baryani atau kuah baryani.
5.    Masukkan beras yang telah ditoskan dan goreng sehingga beras menjadi lut sinar.
6.    Di dalam bekas lain panaskan air sehingga mendidih dan campurkan susu cair, garam dan gula, kacau sehingga mendidih.
7.    Masukkan campuran air dan susu cair ke dalam periuk nasi elektrik yang mengandungi beras yang digoreng.  Kacau seketika.
8.    Tutup periuk dan biarkan sehingga hampir masak.
9.    Sediakan bekas dan disapu dengan minyak sapi untuk membakar nasi.
10. Lapiskan nasi di dalam bekas sehingga menjadi satu lapisan kemudian lapiskan dengan lauk daging baryani dan diakhiri dengan nasi.
11. Tutupkan bekas nasi tersebut dengan lapisan aluminium.
12. Bakar selama 15 - 25 minit pada suhu 170 darjah Celsius.
13. Setelah masak, keluarkan dan dihidang panas.

No comments :

Post a Comment

You May Like This:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...