Cooking with a dash of love, which is the key ingredient to good cooking. Happy Reading and Happy Cooking!

Followers

Friday, 6 July 2012

NASI BERINGIN / BERINGIN RICE

Set Nasi Beringin / Beringin Rice Set
Nasi Beringin/ Beringin Rice
Kari Kosong / Plain Curry
Rendang Dendeng

Beringin Rice

Ingredients

6 cups of bathmati rice (estimated for 10-12 person)
10 shallots cut
3 stalks lemongrass (1 stalk blend, 2 stalks pounced)
3 cm ginger coarsely blend
1 cm ginger coarsely blend
1 cm turmeric coarsely blend
1 tea spoon cumin seeds
1 tea spoon mixed spices powder
1 onion, blended
2 cloves garlic, blended
2 pandan leaves
1 tea spoon turmeric powder
Stir spices (cinnamon, star anise, cloves and cardamom)
3 table spoons ghee
1 table spoon olive oil
Salt
Sugar
Coconut milk from a coconut mixed up to be 7 ½ cups.

Methods

1.    Washed and soaked rice for 15 minutes. Drained and tossed.
2.    Heat a pan and add olive oil and ghee.
3.    Put pandan leaves and lemon grass. Sauté stir spices.
4.    Put all blended ingredient and stir until fragrant.
5.    Sauté cumin seeds and mixed spice powder.
6.    Add coconut milk mixed with water, sugar, salt and turmeric powder and let it boil.
7.    Add rice and stir until the rice to expand. After the cover pot with lid and let the rice cook.
8.    Ready to be eaten with fry sauce,  curry, saute sauce, beef rendang dendeng and spicy fried chicken with mixed salsa.

Nasi Beringin

Bahan-bahan

6 cawan beras bathmati  (anggaran untuk 10-12 orang)
10 ulas bawang merah dipotong racek
3 batang serai (1 batang dikisar, 2 batang dititik)
3 cm halia dikisar kasar
1 cm lengkuas dikisar kasar
1 cm kunyit hidup dikisar kasar
1 sudu teh biji jintan putih
1 sudu teh serbuk halba campur
1 biji bawang besar dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
2 helai daun pandan
1 sudu serbuk kunyit
Rempah tumisan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)
3 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar minyak zaiton
Garam
Gula
Santan dari sebiji kelapa dicampur air menjadi 7½  cawan.

Langkah-langkah

1.    Beras dibasuh dan direndam selama 15 minit. Ditoskan.
2.    Panaskan periuk dan masukkan minyak zaiton dan minyak sapi.
3.    Masukkan daun pandan dan serai.  Tumiskan rempah tumisan. 
4.    Masukkan bahan yang dikisar dan kacau sehingga naik bau.
5.    Tumiskan jintan putih dan halba campur. 
6.    Masukan air bercampur santan, garam, gula dan serbuk kunyit dan biarkan sehingga mendidih.
7.    Masukkan beras yang telah dittos dan kacau seketika sehingga beras sedikit mengembang.  Selepas itu ditutup periuk dan biarkan nasi masak.
8.    Siap untuk dimakan bersama sambal goreng, kuah kari, sambal tumis, rendang dendeng daging dan ayam goreng berempah bersama jelantah salsa.

Thursday, 5 July 2012

KARI AYAM TAIRU / CHICKEN CURRY WITH YOGURT


Chicken Curry with Yogurt

Ingredients

1 whole chicken cut small
1 ½ small packet of curry powder
150 grams of palm oil milk mixed with a little water
1 teaspoon blended garlic
1 teaspoon blended ginger
2 table spoon blended chili
1 onion cut
1 sprig curry leaves
Juice of ½ lemon
5 table spoons evaporated milk
Plum sauce
Tomato sauce
Salt
Sugar
Olive oil
3 seed potatoes cut into four

Methods

1.    Prepare the yogurt, mixing lemon juice with evaporated milk.
2.    Heat olive oil in a wok. Sauté blended ingredients and curry leaves until fragrant.
3.    Mix curry powder with a little water. Put the mixed spices to the pan and stir-fry until oily.
4.    Put chicken and potatoes to the pan and mix until smooth and cook until tender.
5.    Pour in the coconut oil with water, salt and sugar and stir until well blended and simmer.
6.    Put the yogurt and stir until boiling. Let it boil with low heat.
7.    Can be eat with tandoori rice or any rice, coconut pancake and roti jala

Kari Ayam Tairu

Bahan-bahan

1 ekor ayam dipotong kecil
1½ paket kecil rempah kari
150 gm santan sawit dicampur sedikit air
1 sudu teh kisaran bawang putih
1 sudu teh kisaran halia
2 sudu besar kisaran cili kering
1 biji bawang besar dipotong
1 tangkai daun kari
Jus dari ½ biji lemon
5 sudu besar susu isian sejat
Sos plum
Sos tomato
Garam
Gula
Minyak zaiton
3 biji kentang di belah

Langkah-langkah

1.    Sediakan tairu dengan mencapur perahan lemon dicampur susu isian sejat.
2.    Panaskan minyak zaiton dalam kuali.  Tumiskan bahan kisaran dan daun kari sehingga naik bau.
3.    Bancuhkan rempah kari bersama sedikit air.  Masukkan rempah kedalam kuali dan kacau sehingga naik minyak.
4.    Masukkan ayam yang telah dipotong kecil dan kentang ke dalam kuali dan gaul sehingga sebati dan dimasak sehingga lembut.
5.    Masukkan campuran santan sawit dengan air, garam dan gula kacau sehingga sebati dan biarkan mendidih. 
6.    Masukkan tairu dan kacau sehingga mendidih.  Kepekatan bergantung kepada keperluan.  Boleh ditambah air untuk mencairkannya.
7.    Boleh dimakan bersama nasi tandoori atau sebarang nasi, lempeng kelapa dan roti jala.

Wednesday, 4 July 2012

LEMAK KACANG PANJANG, SELASIH DAN EPAL / LONG BEAN, BASIL AND APPLE IN COCONUT CREAM SAUCE





Long Bean, Basil Leaves and Apple in Coconut Cream Sauce

Ingredients

10 long beans cut into 1-inch
4 sprigs basil
1 apple cut wedges
50 grams of dried shrimp blended
2 large cloves garlic (1 clove blended and 1 clove round cut)
2 cloves garlic, blended
1 red chili cut diagonally
1 green chili cut diagonally
250 grams of coconut milk (from 1 coconut)
Salt
Sugar
Water

Methods

1.    Put 2 cups of water into the pot.
2.    Mix the blended ingredients into the pot. Stir until well blended.
3.    Add round cut onion, red chilies and green chilies.
4.    Add coconut milk and continue to stir so as not to be solidified.
5.    Once boiled, add the long beans, basil and apples.
6.    Season it with salt and a little sugar to taste.
7.    It is ready to serve with rice.

Masak Lemak Kacang Panjang, Daun Selasih dan Epal

Bahan-bahan

10 batang kacang panjang dipotong sepanjang 1 inci
4 tangkai daun selasih
1 biji epal dipotong wedges
50 gram udang kering dikisar
2 ulas bawang besar (1 ulas dikisar dan 1 ulas dipotong bulat)
2 ulas bawang putih dikisar
1 batang cili merah dipotong menyerong
1 batang cili hijau dipotong menyerong
250 gram santan (dari 1 biji kelapa)
Garam
Gula
Air

Langkah-langkah

1.    Masukkan 2 cawan air ke dalam periuk. 
2.    Campurkan bahan-bahan yang dikisar ke dalam periuk. Kacau sehingga sebati.
3.    Masukkan bawang besar yang dipotong bulat, cili merah dan cili hijau.
4.    Masukkan santan dan terus mengacau agar tidak menjadi berkepala.
5.    Setelah mendidih masukkan kacang panjang, daun selasih dan epal.
6.    Perisakan dengan garam dan sedikit gula secukup rasa.
7.    Siap untuk dihidangkan.

OUR RECIPE FEATURED IN PETITCHEF.COM


Published petitchef.com on 29. June 2012.

Petitchef.com

Tuesday, 3 July 2012

NASI MINYAK / GHEE-OLIVE RICE




Ghee-Olive rice

Ingredients

6 cups bathmati rice (about 1 kilo to 10 adults)
1 onion diced
3 cloves garlic (2 cloves blended, 1 clove diced)
2 cm ginger blended
Stir spices (cinnamon, cloves, star anise and cardamom)
3 table spoons olive oil
2 tablespoons ghee
2 pandan leaves
Mint leaves
Parsley
7 cups water
½ cup evaporated milk
Salt
Sugar

Methods

1.    Soak the rice for 15-30 minutes, drain and tossed.
2.    Heat a rice cooker and add olive oil and ghee. After oil melted, add pandan leaves, mint leaves, parsley leaves and spices.
3.    Sauté the diced onion, diced garlic and blended ingredients.
4.    After all fragrant, add water. Mix thoroughly and let it boil.
5.    After boiling, add evaporated milk, salt and sugar to taste. Bring to a boil.
6.    Add tossed rice and stir briefly until the rice to expand. Cover the pot and let it cook.
7.    Once cooked, stir with a fork and sprinkle with yellow coloring water.
8.    Ready to be served.  Decorate it with parsley leaves and fried onion.

Nasi Minyak
      
Bahan-bahan

6 cawan beras bathmati (lebih kurang 1 kilo untuk 10 orang dewasa)
1 biji bawang besar dipotong dadu
3 ulas bawang putih (2 ulas dikisar, 1 ulas dipotong dadu)
2 cm halia dikisar
Rempah tumisan (kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga)
3 sudu besar minyak zaiton
2 sudu besar minyak sapi
2 helai daun pandan
Daun pudina
Daun sup
7 cawan air
½ cawan susu isian sejat
Garam
Gula

Langkah-langkah

1.    Rendam beras selama 15-30 minit dan toskan.
2.    Panaskan periuk dan masukkan minyak zaiton dan minyak sapi.  Selepas minyak mencair dan panas, masukkan daun pandan, daun pudina, daun sup dan rempah tumisan.
3.    Tumiskan bawang besar dan bawang putih dipotong dadu.  Masukkan bahan kisaran.
4.    Selepas semua berbau wangi masukkan air.  Kacau sehingga sebati dan biarkan mendidih.
5.    Setelah medidih masukkan susu isian sejat, garam dan gula secukup rasa.  Biarkan mendidih.
6.    Masukkan beras dan kacau seketika sehingga beras mengembang.  Tutup periuk dan biarkan sehingga kering.
7.    Setelah masak kacau nasi menggunakan garpu dan renjiskan air pewarna kuning.
8.    Siap untuk dihidang dengan hiasan daun sup dan bawang goreng.
9.    Boleh dimakan dengan kuah madu berempah, kari ayam tairu, ayam masak merah, ayam tandoori, salad salsa dan lain-lain.

Monday, 2 July 2012

Sunday, 1 July 2012

NASI AYAM DENGAN AYAM MASAK MERAH/CHICKEN RICE WITH CHICKEN IN TOMATO SOUP







Set of Chicken Rice with Chicken in Tomato Soup

Ingredients

For Soup
1 chicken cut into small part
1 teaspoon blended ginger
1 teaspoon blended garlic
2 onions cut round
Spices for Sauté (cinnamon, star anise, cloves and cardamom)
1 soup spice in small tied bag
Parsley
Fried onions
Water
Salt

For rice
Bathmati rice
Chicken broth (measured equal quantity with rice)
1 teaspoon blended ginger
1 teaspoon blended garlic
Blended onion and blended sauté spices (cinnamon, star anise, cloves and cardamom)
½ can of evaporated milk
1 tea spoon turmeric powder
Salt
Sugar
Olive oil
Pandan leaves

For Chicken
Boiled chicken
2 stalks lemongrass (1 stalk ground, 1 stalk crushed)
2 cm galangal
3 cm ginger
1 cm turmeric
2 onions
2 cloves garlic
1 cans tomato soup
½ can of evaporated milk
2 tablespoons chili sauce
1 teaspoon plum sauce
4 table spoon turmeric powder
Salt
Sugar

Methods

For Soup
1.    Boil chicken with ginger, garlic range, onion and sauté spices (Onion and sauté spices blended to be use in chicken rice).
2.    Separate the chicken broth.

For rice (Use electric rice cooker)
1.    Soaked rice for about 15 minutes and washed and tossed.
2.    Heat the pan and olive oil for sauté.  Put the pandan leaves.
3.    Sauté blended ginger, blended garlic and blended onion with sauté spices.
4.    Once fragrant and crisp add water (measured same quantity with rice).
5.    Add turmeric powder, salt and sugar to taste and let it boil.
6.    Once boiled, add evaporated milk and let boil again.
7.    Add tossed bathmati rice and stir briefly. After stirring, close of the pot and let it cooked.
8.    Ready to eat and garnished with parsley leaves and fried onions.

For Chicken in Tomato Soup
1.    Marinate boiled chicken with turmeric powder and salt.
2.    Fry the chicken for a while and let it cooled.
3.    Sauté blended ginger, blended galangal, blended garlic, blended onion, blended lemon grass and blended turmeric.
4.    Once fragrant add the crushed lemon grass. Stir for a moment.
5.    Pour tomato soup, chili sauce and plum sauce.  Allow to boil for a while.
6.    Add evaporated milk, salt and sugar.  Stir thoroughly and let it boil.
7.    Put fried chicken and mix thoroughly until boiled.
8.    Ready to be served with rice.


Set Nasi Ayam dengan Ayam Masak Merah

Bahan-bahan

Untuk Sup
1 ekor ayam dipotong kecil
1 sudu kecil halia kisar
1 sudu kecil bawang putih kisar
2 biji bawang besar dipotong bulat
Rempah tumis 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga)
Rempah sup bunjut
Daun sup
Bawang goreng
Air
Garam

Untuk Nasi
Beras bathmati
Air rebusan ayam
1 sudu kecil halia kisar
1 sudu kecil bawang putih kisar
Kisaran bawang dan rempah tumis dari sup (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga)
½ tin susu cair
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam
Gula
Minyak zaiton
Daun pandan

Untuk Ayam
Ayam yang telah direbus
2 batang serai (1 batang dikisar, 1 batang dititik)
2 cm lengkuas
3 cm halia
1 cm kunyit hidup
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 tin sup tomato
½ tin susu cair
2 sudu besar sos cili
1 sudu teh sos plum
4 sudu serbuk kunyit
Garam
Gula

Langkah-langkah

Untuk Sup
1.    Ayam direbus bersama kisaran halia, kisaran bawang putih, bawang besar dan rempah tumis 4 sekawan. (Bawang besar dan rempah empat sekawan dikisar untuk tumisan nasi).
2.    Asingkan ayam dengan air rebusan.

Untuk Nasi (Menggunakan periuk nasi elektrik)
1.    Beras direndam selama lebih kurang 15 minit dan dibasuh serta ditoskan.
2.    Panaskan periuk dan minyak untuk menumis.  Masukkan daun pandan.
3.    Tumiskan kisaran halia, bawang putih dan rempah dikisar bersama bawang besar.
4.    Setelah berbau wangi dan garing masukkan air dengan sukatan sama dengan beras.
5.    Masukkan serbuk kunyit, garam dan gula secukup rasa dan biarkan sehingga mendidih.
6.    Setalah mendidih masukkan susu cair dan biarkan seketika sehingga mendidih sekali lagi.
7.    Masukkan beras dan kacau seketika.  Setelah itu tutup periuk sehingga masak.
8.    Siap untuk dimakan dan dihias dengan daun sup dan bawang goreng.

Untuk Ayam Masak Merah
1.    Ayam yang telah direbus di perap dengan serbuk kunyit dan garam.
2.    Goreng seketika ayam jangan sampai garing.
3.    Tumiskan kisaran halia, lengkuas, bawang putih, bawang besar, serai dan kunyit hidup.
4.    Setelah wangi masukkan serai yang dititik.  Kacau seketika.
5.    Masukkan sup tomato, sos cili dan sos plum.  Biarkan seketika sehingga mendidih.
6.    Masukkan susu cair, garam dan gula.  Kacau sehingga sebati dan mendidih.
7.    Masukkan ayam yang telah digoreng dan kacau sehingga sebati.
8.    Siap untuk dihidang bersama nasi.

You May Like This:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...