Cooking with a dash of love, which is the key ingredient to good cooking. Happy Reading and Happy Cooking!

Followers

Monday, 14 May 2018

TULANG RUSUK KAMBING PANGGANG ELC / ELC GRILLED LAMB RIBS



ELC Grilled Lamb Ribs
 

Ingredients
2 pieces of lamb ribs

For marinating

1 tablespoon coarse powder of black pepper
2 tablespoons chillies flakes
1 teaspoon of brown sugar
3 tbsp turmeric powder
1 tablespoon of salt

For stew and sauce
 

2 cloves onion
3 cloves of garlic
1 tablespoon garlic-ginger paste
2 tablespoons of multipurpose paste
5 tablespoons of blended chili paste
2 tablespoons sweet creamy soy sauce
1 tablespoon tomato sauce
1 teaspoon of honey
Salt
Brown sugar
3 cups water
1 teaspoon of white sesame seeds
Olive oil for sauté

Methods

  1. The ribs are cleaned and marinated with marinated ingredients and left for a moment.
  2. Heat the pan and stir fry onion and garlic until it fragrance.
  3. Add ginger-garlic paste, multi-purpose paste and chilli paste. Stir until quite crisp.
  4. Add water, honey, soya sauce, salt and sugar. Let it heat for a while.
  5. Put the lamb ribs that have been marinated into the pan containing the above ingredients.
  6. Heated until the liquid becomes thick. When the ribs in the pan, turned it to get an even cooking.
  7. Remove the ribs and put them in a preheated oven at 170 ° C. Grill it for 20 to 45 minutes or until the color turns darkish brown.
  8. Rubbed the ribs with remaining sauce.
  9. Serve the ribs with the remaining sauces and sprinkled sesame seeds.
Tulang Rusuk Kambing Panggang ELC

Bahan-bahan

2 potongan tulang rusuk kambing

Untuk perapan

1 sudu besar serbuk kasar lada hitam
2 sudu kepingan cili kering
1 sudu teh gula perang
3 sudu serbuk kunyit
1 sudu besar garam

Untuk rebusan dan sos
2 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar pes halia bawang putih
2 sudu besar pes pelbagai guna
5 sudu besar pes kisaran cili
2 sudu besar kicap lemak manis
1 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil madu
Garam
Gula perang
3 cawan air
1 sudu teh bijan putih disangai
Minyak zaiton untuk menumis

Langkah-langkah

  1. Tulang rusuk dibersih dan diperap dengan bahan perapan dan dibiarkan seketika.
  2. Panaskan kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan pes halia-bawang putih, pes pelbagai guna dan pes kisaran cili. Tumis sehingga agak garing.
  4. Masukkan air dan perisakan dengan madu, kicap, garam dan gula. Biarkan seketika.
  5. Masukkan tulang rusuk kambing yang telah diperap ke dalam kuali yang mengandungi campuran bahan di atas.
  6. Dipanaskan sehingga cecair menjadi pekat. Semasa tulang rusuk dalam kuali perlu diterbalikkan untuk mendapat masak yang sekata.
  7. Keluarkan tulang rusuk dan dimasukkan ke dalam ketuhar yang dipanaskan terlebih dahalu pada suhu 170 ° C. Bakar selama 20 hingga 45 minit atau sehingga berubah warna menjadi gelap.
  8. Semasa membakar boleh disapu sos ke atas tulang untuk mendapat rasa yang sekata.
  9. Hidangkan tulang rusuk dan disiram dengan baki kuah pekat dan ditabur bijan.

Friday, 6 April 2018

KOLEKSI PES-PES/SOS BUATAN SENDIRI / HOMEMADE PASTE/SAUCE COLLECTIONS

Garlic and Ginger Paste
Ingredients

6 cloves garlics
2 cm ginger

Methods

  1. Clean garlic and gingers.
  2. Finely blend both ingredients.

Pes Bawang Putih dan Halia
Bahan-bahan

6 ulas bawang putih
2 cm halia

Langkah-langkah

  1. Bawang putih dan halia dikopek dan dibersihkan. 
  2. Kisar kedua-dua bahan sehingga lumat.


Blended Chili

Ingredients

500 grams dried chili
4 onions
5 clove garlic
½ teaspoon black pepper
3 candle nut
4 cm shrimp paste

Methods

  1.  Soaked finely cut dried chili to soften it.
  2. Cut onions and garlic
  3. Finely blend all ingredients.
Cili Kisar

Bahan-bahan

500 gram cili kering
4 bawang besar
5 ulas bawang putih
½ sudu teh lada hitam
3 biji buah keras
4 cm belacan

Langkah-langkah

  1. Cili kering dipotong kecil dan direndam supaya lembut.
  2. Potong bawang besar dan bawang putih.
  3. Kisar semua bahan sehingga lumat.



Multi Usage Blended Paste
Ingredients

75 grams anchovies soaked to soften it
50 grams dried shrimp soaked to soften it
2 sticks lemongrass - cut small
3 cm ginger - cut small
1 cm galangal – cut small
2 cm fresh turmeric – cut small
4-5 bird's eye chili
¼ turmeric leaves
1-2 kaffir leaves
3 onions
4 clove garlic

Methods 

  1. All ingredients finely blend.
  2. Ready to use in vegetable, creamy sauce and others.
Pes Kisaran Serbaguna
Bahan-bahan

75 gram ikan bilis direndam supaya lembut
50 gram udang kering direndam supaya lembut
2 batang serai dipotong kecil
3 cm halia dipotong kecil
1 cm lengkuas dipotong kecil
2 cm kunyit segar dipotong kecil
4 - 5 cili padi
¼ daun kunyit
1-2 daun limau3 bawang besar
4 ulas bawang putih

Langkah-langkah

  1. Semua bahan dikisar sehingga lumat.
  2. Siap untuk diguna sebagai rencah sayur, masak lemak dan lain-lain.
 


Homemade Tomyam Paste

Ingredients

100-200 grams of dried chilies (20-40 sticks) - rinsed and drained
1 clove onion
15 cloves garlic
25 shallots
1/2 inch shrimp paste
1 stalk lemon grass
1 cm galangal
1 cm ginger
1 kaffir lime leaf
3 tablespoons brown sugar
3 tablespoons fish sauce
50 gram anchovies
50 gram dried shrimp
Cooking oil
Tamarind juice
Water

Methods

  1. Fry chili in oil. After become crisp set aside and let it cool.
  2. Blend fried dried chili with shrimp paste, anchovies, dried shrimp, onion, garlic, shallots, lemongrass, kaffir lime leaf, galangal and ginger.
  3. Put the remaining frying oil, fish sauce and brown sugar, continue to blend until smooth and fine.
  4. Add a little water and tamarind juice to facilitate blending.
  5. After all ingredients blended, heat it to make a thick paste.
  6. Cool and put the paste into storage containers.
  7. Keep it in the refrigerator for long-lasting as the paste is made without preservatives.
  8. To cook tomyam add kaffir lime leaves, lemon grass, lime juice / lime, meat, squid, shrimp and any other ingredient desired.  
Pes Tomyam Buatan Sendiri
Bahan-bahan

100 – 200 gram cili kering (20 – 40 batang) – dicuci dan toskan
1 ulas bawang besar
15 ulas bawang putih
25 ulas bawang merah
1/2 inci belacan
1 batang serai
1 cm lengkuas
1 cm halia
1 helai daun limau purut
3 sudu besar gula melaka
3 sudu besar sos ikan
50 gram ikan bilis
50 gram udang kering
Minyak masak
Jus asam jawa
Air

Langkah-langkah

  1. Cili kering digoreng dengan minyak. Setelah garing ketepikan dan sejukkan.
  2. Setelah itu kisar cili kering bersama belacan, ikan bilis, udang kering, bawang besar, bawang putih, bawang merah, serai, daun limau purut, lengkuas dan halia.
  3. Masukkan gula melaka, sos ikan dan baki minyak gorengan, teruskan mengisar sehingga halus.
  4. Tambahkan sedikit air dan jus asam jawa untuk memudahkan mengisar.
  5. Setelah semuanya sebati, panaskan pes sehingga menjadi pekat.
  6. Sejukkan dan masukkan dalam bekas simpanan.
  7. Simpan dalam peti sejuk untuk tahan lama sebab pes dibuat tanpa bahan pengawet.
  8. Untuk membuat tomyam tambahkan daun limau purut, serai, air limau nipis/purut, daging, sotong, udang dan apa saja bahan lain yang diingini.
 
Homemade Pasta Sauce

Ingredients
2 kg fresh tomatoes sliced ​​*
3-inch carrots cut into small pieces *
1 onion, cut *
4 to 6 cloves of garlic cut *
4 -5 sprigs basil leaf*
5 stems red chili *
2 tablespoons brown sugar / palm sugar
Juice from ½ lemon
1 teaspoon dates vinegar
1 teaspoon mixed herbs
1 bay leaf
Pinch of black pepper
Salt
 

Methods
  1. Put all marked * ingredients in a pot for about 30 minutes on low heat.
  2. After all materials turn to soft, heat in high heat for at least 15 minutes.
  3. Put off heat and blend until all becomes smooth.
  4. Heat tomato extracts and put bay leaves, brown sugar, black pepper, mixed herbs and salt until it thickens.
  5. Cool the sauce at room temperature.
  6. Add lemon juice and dates vinegar once it cool. Stir until well blended.
  7. Fill it in the bottle for storage.
  8. Suitable for spaghetti bolognese or lasagna.
Sos Pasta Buatan Sendiri
Bahan-bahan

2 kilogram tomato segar dibelah *
3 inci lobak merah dipotong kecil *
1 ulas bawang besar dipotong *
4 - 6 ulas bawang putih dipotong *
4 – 5 tangkai daun selasih*
5 batang cili merah segar *
2 sudu besar gula merah / gula melaka
½ biji lemon ambil jus
1 sudu teh cuka kurma
1 sudu teh herba campuran
1 helai daun bay
Sedikit lada hitam
Garam

Langkah-langkah

  1. Masukkan semua bahan bertanda * dalam periuk selama lebih kurang 30 minit pada api kecil.
  2. Setelah semua bahan telah lembik/hancur panaskan pada api besar selama 15 minit.
  3. Semua bahan tadi dikisar sehingga halus.
  4. Masukkan daun bay, gula merah, garam, lada hitam, herba campuran dan garam, panaskan pati tomato sehingga menjadi pekat.
  5. Sejukkan sos yang telah masak pada suhu bilik.
  6. Masukkan jus lemon dan cuka kurma. Kacau sehingga sebati.
  7. Isikan dalam botol untuk simpanan.
  8. Sesuai sebagai sos untuk spaghetti bolognese atau lasagna
 
  
Penang Char Kuey Teow Sauce
Penang Char Kuey Teow recipe

Ingredients
5 cups shrimp broth (boiled shrimp for broth)
5 tablespoons granulated sugar
5 tablespoons creamy-sweet soy sauce (depending on brand preference and concentration)
1 tablespoon fish sauce
1 tablespoon dates vinegar (optional)
½ tbsp salty soy sauce
1 tablespoon cornstarch (if necessary to thicken the sauce)

Methods

  1. Shrimp broth is heated and added sugar. Stir until the sugar blended.
  2. Add fat soy sauce, fish sauce, dates vinegar and soy sauce.
  3. Stir until boiling. If the sauce is quite thin, stir in the cornstarch mixed with sauce. Pour the mixture and stir until well blended.
  4. Cool the sauce and keep it for frying later with blended chili, garlic and other ingredients. 
Sos Penang Char Kuey Teow
Resipi Penang Char Kuey Teow

Bahan-bahan

5 cawan air rebusan udang (udang direbus seketika untuk dapatkan air rebusan)
5 sudu besar gula pasir
5 sudu besar kicap lemak manis (jenama bergantung kepada kesukaan dan kepekatan)
1 sudu besar kicap ikan
1 sudu besar cuka kurma (optional)
½ sudu besar kicap masin
1 sudu besar tepung jagung (jika perlu untuk memekatkan sos)

Langkah-langkah

  1. Air rebusan udang dipanaskan dan dimasukkan gula pasir. Kacau sehingga gula sebati.
  2. Masukkan kicap lemak manis, kicap ikan, cuka kurma dan kicap masin.
  3. Kacau sehingga mendidih. Jika sos agak cair, kacaukan tepung jagung bercampur sos secara berasingan. Curahkan campuran dan kacau sehingga sebati.
  4. Sejukkan sos dan simpan untuk menggoreng kemudian dengan cili kisar, bawang putih dan bahan-bahan lain. 
 


Thursday, 8 March 2018

AYAM MENTEGA BERKRIM DENGAN TELOR MASIN / CREAMY BUTTER CHICKEN WITH SALTED EGG


Creamy Butter Chicken with Salted Egg

Ingredients


2 slices of chicken breast cut into cubes
2 eggs break and stirred
1 large onion
4 cloves garlic
2 stalk curry leaves
5 - 10 bird’s eye chili minced
250 ml fresh milk / condensed milk
2 tablespoons butter
Oil for sautéing
1 teaspoon of curry powder
1 teaspoon of corn flour
2 salted eggs crushed and minced
1 teaspoon of black pepper powder
Salt
Sugar


For batter, all ingredients are mixed


3 teaspoons of wheat flour
2 teaspoons of rice flour
1 teaspoon of corn flour
1 teaspoon of salt
1 teaspoon of black pepper powder


Methods

  1. Chicken are cut into cubes and dipped in stirred eggs, and mixed in prepared batter.
  2. Fry chicken until golden yellow. Put aside.
  3. Heat butter with a small amount of frying oil.
  4. Sauté curry leaves, onions, garlic and bird’s eye chilli, stir fry until fragrance.
  5. Add milk and mix well until almost boiling.
  6. Add in curry powder, black pepper powder, sugar and salt, mix thoroughly.
  7. Mix cornstarch and water and stir well.
  8. Insert salted eggs that have been minced.
  9. Add the cornstarch mixture in a saucepan and mix it in so it does not create lump.
  10. Prepare the fried chicken in the dish and put the sauce over the chicken to keep it crispy.
Ayam Mentega Berkrim dengan Telor Masin

Bahan-bahan


2 keping dada ayam dipotong dadu
2 biji telor dipecah dan dikacau
1 bawang besar dimayang
4 ulas bawang putih dimayang
2 tangkai daun kari
5 - 10 biji cili padi dimayang
250 ml susu segar/susu cair
2 sudu mentega
Minyak untuk mengoreng
1 sudu serbuk kari
1 sudu teh tepung jagung
2 biji telor masin direbus dan dihancurkan
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam
Gula


Untuk tepung gorengan, semua bahan digaul rata


3 sudu teh tepung gandum
2 sudu teh tepung beras
1 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada hitam


Langkah-langKah

  1. Isi ayam dipotong dadu dan dicelup dalam pecahan telur, dan digaul dalam campuran tepung.
  2. Goreng ayam sehingga kuning keemasan. Ketepikan.
  3. Panaskan mentega dengan sedikit baki minyak menggoreng.
  4. Masukkan daun kari, bawang besar, bawang putih dan cili padi, tumis sehingga naik bau.
  5. Masukkan susu dan kacau sehingga hampir mendidih.
  6. Masukkan serbuk kari, serbuk lada hitam, gula dan garam, kacau sehingga sebati.
  7. Campurkan tepung jagung dan air dan kacau sebati.
  8. Masukan telur masin yang telah dihancurkan.
  9. Masukkan campuran tepung jagung dalam kuah dan kacau supaya tidak berketul.
  10. Sediakan ayam yang telah digoreng di dalam pinggan dan sendukkan sos ke atas ayam untuk kekalkan kerangupan.

Friday, 2 February 2018

AYAM BAKAR ELC / ELC GRILLED CHICKEN


ELC Grilled Chicken

Ingredients

3 pieces of chicken legs (whole legs)
3 tablespoon turmeric powder
2 cloves onion minced
3 cloves of garlic minced
1 tablespoon garlic ginger paste
2 tablespoons of multi-purpose paste
5 tablespoons of blended chili paste
2 tablespoon creamy sweet soy sauce
1 teaspoon of honey
Salt
Sugar
Dried tamarind
3 cups water
Oil for sauté

Methods

  1. Clean the chicken and marinated it with salt and turmeric and left for a moment.
  2. Heat the pan and stir fry onion and garlic until fragrance.
  3. Add ginger-garlic paste, multi-purpose paste and blended chilli paste. Stir until crisp.
  4. Add water, soya sauce, honey, salt and sugar. Insert dried tamarind. Let it boil.
  5. Put the chicken that has been marinated into the pan containing the mixture of the above ingredients.
  6. Heated until the liquid becomes thick. Turn the chicken to get evenly cooked.
  7. Remove the chicken and put it in a preheated oven at 170 ° C. Bake for 10 to 15 minutes or until the chicken skin turns golden yellow.
  8. Serve chicken with remaining sauce in the pan.
Ayam Bakar ELC

Bahan-bahan

3 potongan ayam bahagian peha (whole legs)
3 sudu serbuk kunyit
2 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar pes halia bawang putih
2 sudu besar pes pelbagai guna
5 sudu besar pes kisaran cili
2 sudu besar kicap lemak manis
1 sudu kecil madu
Garam
Gula
Asam keping
3 cawan air
Minyak untuk menunis

Langkah-langkah

  1. Ayam dibersih dan diperap dengan garam dan kunyit dan dibiarkan seketika.
  2. Panaskan kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan pes halia-bawang putih, pes pelbagai guna dan pes kisaran cili. Tumis sehingga agak garing.
  4. Masukkan air dan perisakan dengan kicap, madu, garam dan gula. Masukkan asam keping. Biarkan seketika.
  5. Masukkan ayam yang telah diperap ke dalam kuali yang mengandungi campuran bahan di atas.
  6. Dipanaskan sehingga cecair menjadi pekat. Semasa ayam dalam kuali perlu diterbalikkan untuk mendapat masak yang sekata.
  7. Keluarkan ayam dan dimasukkan ke dalam ketuhar yang dipanaskan terlebih dahalu pada suhu 170 ° C. Bakar selama 10 hingga 15 minit atau sehingga kulit ayam berubah warna kuning keemasan.
  8. Hidangkan ayam dan disiram dengan baki kuah pekat.

Wednesday, 3 January 2018

MEE UDANG / PRAWN NOODLES


Prawn Noodles


Ingredients

500 grams of yellow noodles
1 kg of medium size prawn
1 tablespoon multi-purpose paste

1 tablespoon ginger-garlic paste
4 tablespoons blended chilli paste
2 cans whole tomatoes
1 can cream of tomato / tomato soup
1 onion, minced
4 cloves garlic, minced
3 tablespoons plum sauce / tamarind sauce
Mustard leaves
Cabbage
Salt
Sugar

Garnishing Ingredients

Parsley
Spring onion
Red chillies
Lime
Tofu, fried and cut cube
Bean sprout
Fried onions

Methods

  1. Thawed noodles until soft.
  2. Cleaned the prawn and boiled it until it turned orange. Separate prawn from boiled water (broth).
  3. Heat pot with oil. Sauté the garlic and onion until fragrance.
  4. Add the plum sauce, ginger-garlic paste, multi-purpose paste and blended chilli paste, let it becomes quite crisp.
  5. Put whole tomatoes and cream of tomato / tomato soup, stir until boiling.
  6. Pour prawn broth and stir until boiling.
  7. Add the mustard leaves and cabbage leaves, put prawn.
  8. Salt and sugar to taste.
  9. Prepare the noodles in a bowl, pour the gravy and prawn. Sprinkle garnishing ingredients.
  10. Ready to be served.
Mee Udang

Bahan-bahan

500 grams mee kuning
1 kg udang sederhana besar
1 sudu besar pes pelbagai guna 

1 sudu besar pes halia-bawang putih
4 sudu besar pes cili kisaran
2 tin whole tomato
1 tin cream of tomato / sup tomato
1 biji bawang besar dimayang
4 ulas bawang putih dimayang
3 sudu sos plum / Air asam jawa
Daun sawi
Kobis
Garam
Gula

Bahan Hiasan

Daun sup
Daun bawang
Cili merah
Limau Kasturi
Tauhu digoreng dan dipotong kiub
Taugeh
Bawang Goreng

Langkah-langkah

  1. Mee dicelur sehingga agak lembut.
  2. Udang dibersih dan direbus seketika. Asingkan udang dari air rebusan.
  3. Panaskan periuk bersama minyak untuk menumis. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
  4. Masukkan sos plum, pes halia-bawang putih, pes pelbagai guna dan pes cili kisaran dan ditumis sehingga menjadi agak garing.
  5. Masukkan whole tomato dan cream of tomato/tomato sup, dikacau rata sehingga menggelegak.
  6. Isikan air rebusan udang dan dikacau sehingga mendidih.
  7. Masukkan daun sawi dan kobis, setelah layu masukkan udang yang telah diasingkan.
  8. Perisakan dengan garam dan gula.
  9. Sediakan mee dalam mangkuk, isikan kuah dan udang. Taburkan bahan hiasan.
  10. Siap untuk dihidang.

Monday, 6 November 2017

OREO BROWNIES




 

Oreo Brownies

Ingredients

½ cup butter (125 grm)
1 cup chocolate coins
1 cup sugar
2 eggs
1 tea spoon vanilla
1 cup flour
20 pieces oreo cookies
Salt

Methods

  1. Preheat oven at 160° C.
  2. Microwave butter for 1 min and stir chocolate coins
  3. Add eggs, sugar, salt, vanilla and mix well.
  4. Add flour and stir for 50 stroke until the mixture is well combined.
  5. Greased 9” x 9” pans.
  6. Add first layer of mixture, arrange oreo and cover with another layer of batter and lastly arrange oreo on top.
  7. Baked it for 20 to 30 minutes or until the cake well cook.
Oreo Brownies

Bahan-bahan

½ cawan mentega (125 grm)
1 cawan syiling coklat
1 cawan gula
2 biji telur
1 sudu teh vanila
T1 cawan tepung
20 keping biskut oreo
Garam

Langkah-langkah

  1. Panaskan dahulu ketuhar pada suhu 160 ° C.
  2. Panaskan mentega dalam gelombang mikro selama 1 minit dan kacau bersama syiling cokelat.
  3. Masukkan telur, gula, garam, vanila dan gaul rata.
  4. Masukkan tepung dan kacau selama 50 pukulan (stroke) sehingga campuran digabungkan dengan baik.
  5. Sapu minyak pada acuan 9 "x 9".
  6. Masukkan lapisan pertama ke dalam acuan dan ratakan, susun oreo dan tutup dengan lapisan kedua adunan dan akhir sekali susun oreo di atas.
  7. Bakar selama 20 hingga 30 minit atau sehingga masak dengan baik.

Tuesday, 19 September 2017

RENDANG SAMUDERA AYAM





Rendang Samudera Ayam
Ingredients

1 chicken cut to small pieces

* all ingredients are blended
3 onions *
5 cloves garlic *
6 red chillies *
5 bird’s eye chilies *
½ inch ginger *
½ inch galangal *
½ inch tumeric *
5 cloves * 

2 cardamom *
½ teaspoon of coriander *
½ teaspoon of black pepper *
2 lemongrass *

Kaffir lime leaves
Turmeric leaf
2 lemongrass pounded
2 cup thick coconut milk
½ cups of roasted coconut
Salt
Sugar
Oil to sauté
 

Methods
  1. Chickens are marinated with blended ingredients.
  2. Sauté blended ingredients and lemongrass until fragrance.
  3. Pour coconut milk and roasted coconut, let it break up oil.
  4. Put the marinated chicken and let it cook.
  5. Add sugar and salt to taste.
  6. Add in the kaffir lime leaves and turmeric leaves.
  7. Leave for a while until sauce thicken.
  8. Ready to be served.
Rendang Samudera Ayam

Bahan-bahan

1 ekor ayam dipotong kecil

* semua bahan dikisar
3 biji bawang besar *
5 ulas bawang putih *
6 batang cili merah *
5 batang cili padi *
½ inci halia * ½ inci lengkuas * ½ inci kunyit *
5 biji cengkih *
2 biji buah pelaga *
½ sudu teh ketumbar * ½ sudu teh lada hitam *
2 batang serai *

Daun limau purut
Daun kunyit
2 batang serai dititik
2 cawan santan pekat
½ cawan kerisek
Garam
Gula
Minyak untuk menumis

Langkah-langkah

  1. Ayam diperap seketika dengan bahan dikisar.
  2. Tumis bahan kisar dan serai sehingga naik bau.
  3. Masukkan santan dan kerisek, biarkan sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam yang telah diperap dan biarkan sehingga masak.
  5. Perisakan dengan garam dan gula.
  6. Masukkan daun limau purut dan daun kunyit.
  7. Biarkan seketika sehingga kuah menjadi pekat.
  8. Siap untuk dihidang.

You May Like This:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...