Cooking with a dash of love, which is the key ingredient to good cooking. Happy Reading and Happy Cooking!

Followers

Saturday 26 November 2011

SPAGHETTI BOLOGNESE

SPAGHETTI BOLOGNESE

Bahan-bahan

500 gm Spaghetti
Sedikit serbuk keju.

Bahan dihiris

1 ulas bawang besar – dicincang (chunky)
2 ulas bawang putih – dicincang halus
½ inci halia – dicincang halus
2 tangkai daun oregano (kalau ada – dicincang halus)
2 tangkai daun marjoram (kalau ada - dicincang halus)
1 tin cendawan butang (dihiris – chunky)
2 batang sosej ayam dipotong (optional)

Bahan sos

1 tin sos spaghetti perisa cendawan (apa-apa perisa boleh)
1 tin sos spaghetti perisa original
1 bungkus rempah spaghetti (McCormick)
Minyak zaiton
500 gm daging cincang (daging lembu/ayam ikut suka)

Langkah-langkah

  1. Panaskan kuali, masukkan minyak zaiton.
  2. Masukkan bawang besar yang dicincang, wangi masukkan halia dan bawang putih.
  3. Setelah layu dan wangi, masukkan daging cincang, sosej dan cendawan butang.
  4. Setelah daging cincang masak, masukkan semua sos spaghetti. Taburkan daun oregano dan marjoram kedalam sos.
  5. Biarkan mendidih.
  6. Rebus spaghetti dalam air dan sedikit minyak. Setelah lembut toskan dan dilalukan dengan air sejuk untuk berhentikan dari terus masak.
  7. Hidang dalam pinggan sendukkan sos dan hias guna daun oregano dan marjoram serta taburkan serbuk keju. Selamat mencuba…

2 comments :

  1. Anak Kak Noor yang bongsu amat suka spaghetti. Boleh kata bila x selera makan nasi, spaghetti penggantinya. Tapi bukan Kak Noor yang buatkan. Kakaknya (yang masih student engineering chemical) yang sediakan. So... makanan ini ikut musim le... iaitu bila musim cuti semester. Bertambah koleksi resepi spaghetti lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak Noor, tq sudi visit our blog..boleh lah kita tukar2 resepi spaghetti ye :)

      Delete

You May Like This:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...