Cooking with a dash of love, which is the key ingredient to good cooking. Happy Reading and Happy Cooking!

Followers

Sunday, 13 January 2013

LASPAGZA (3 IN 1 - LASAGNA-SPAGHETTI-PIZZA)

Sebahagian bahan yang digunakan / Some of the ingredients used
  Lapisan pertama sos pasta / First layer pasta sauce
Spaghetti
Lapisan kedua  spaghetti dengan sos / Second layer spaghetti with sauce
 Sedia untuk lapisan ketiga / Ready for third layer
 Sos putih / White sauces
Lapisan ketiga semua topping dan keju (pizza) / Third layer with all the toppings (pizza)
Keju Cheddar / Cheddar cheese
 Keju mozzarella / Mozzarella cheese
 Semua topping keju / All cheese toopings
 Dibungkus dengan kepingan aluminum / Wrapped with aluminum foil
 Selepas dibakar tanpa kali kedua / After bake without wrapped
 Lapisan dari tepi / Layered from side

 Selepas dipotong / After sliced


 Sedia dihidang / Ready to serve
Laspagza (Lasagna, spaghetti, pizza)

Ingredients

10 sheets of lasagne pasta
200 grams of boiled spaghetti

For the white sauce
50 grams of butter
3 tablespoons all-purpose flour
200 ml fresh milk

For topping
100 grams of mozzarella cheese
100 grams cheddar cheese
3 sprigs basil leaves cut into small pieces
3 thinly sliced ​​olive beans
1 stick sliced frankfurters
½ persimmons



Methods

1.    Preheat oven at 180 degrees Celsius.
2.    In another container, melt butter and add all-purpose flour and stir until it becomes lumpy, add the milk and continue to stir. Set aside.
3.    Prepare containers for lasagna, spread the entire inside with olive oil / butter.
4.    Put the first layer of pasta sauce, cover the entire area of ​​the sauces.
5.    Arrange the lasagna pasta sheets cover the whole pasta sauce.
6.    Place whole spaghetti that has been boiled over lasagne pasta.
7.    Pour pasta sauce over spaghetti.
8.    Arrange lasagna pasta covering the whole spaghetti.
9.    Pour the white sauce over lasagne pasta and sprinkle all toppings ingredients cover the white sauce.
10. Wrapped the container with aluminium foil and bake the whole for 30 minutes in the oven.
11. Remove from oven and remove the aluminium foil.
12. After all lasagna pasta has turned soft (test with cake tester). Add the cheese topping on topping and bake without cover the container for 15 to 25 minutes (until topping become golden yellow)
13. Remove from oven and slice to serve.

Laspagza (Lasagna-spaghetti-pizza)

Bahan-bahan

10 kepingan pasta lasagne
200 grams spaghetti direbus

Untuk sos putih
50 grams mentega
3 sudu besar tepung serbaguna
200 ml susu segar

Untuk taburan
100 grams keju mozzarella
100 grams keju cheddar
3 tangkai daun selasih dipotong kecil
1 bawang besar dimayang 
3 biji buah zaiton dipotong nipis
1 batang frankfurter di potong nipis
½ biji pisang kaki


Langkah-langkah

1.    Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah Celcius.
2.    Dalam bekas yang lain, cairkan metega dan masukkan tepung serbaguna kacau sehingga menjadi bergentel dan masukkan susu cair dan terus mengacau.  Ketepikan.
3.    Dalam bekas untuk lasagna, sapukan keseluruhan bahagian dalam dengan minyak zaiton/mentega.
4.    Masukan lapisan pertama dengan sos pasta menutupi keseluruhan bahagian bekas.
5.    Susun kepingan pasta lasagne menutupi keseluruhan sos pasta.
6.    Letakkan spaghetti yang telah direbus keseluruhan di atas pasta lasagna.
7.    Curahkan sos pasta ke atas spaghetti.
8.    Susun pasta lasagna menutupi keseluruhan spaghetti.
9.    Masukkan sos putih di atas pasta lasagna dan taburkan bahan-bahan topping menutupi sos putih.
10. Balut dengan kepingan aluminium keseluruhan bekas dan bakar selama 30 minit di dalam ketuhar.
11. Keluarkan dari ketuhar dan buka kepingan aluminium.
12. Selepas semua pasta lasagna menjadi lembut (diuji dengan menggunakan cake tester). Tambahkan taburan keju di atas topping dan bakar tanpa di tutup bekas selama 15 hingga 25 minit (sehingga topping menjadi kuning keemasan)
13. Keluarkan dan potong untuk dihidangkan.

Thursday, 10 January 2013

SOS PASTA BUATAN SENDIRI / HOMEMADE PASTA SAUCE


Tomato segar / Fresh tomatoes
Campur semua bahan-bahan / Mixed all the ingredients
 Panaskan bahan tanpa tambahan air / Boiled the ingredients without additional water
Kisar bahan yang dimasak / Blend the mixed ingredients
Panaskan semula bahan dikisar / Reheat blended ingredients
  Siap untuk simpanan / Ready for storage
 Homemade Pasta Sauce

Ingredients

2 kg fresh tomatoes sliced ​​*
3-inch carrots cut into small pieces *
1 onion, cut *
4 to 6 cloves of garlic cut *
4 -5 sprigs basil leaf*
5 stems red chili *
2 tablespoons brown sugar / palm sugar
Juice from ½ lemon
1 teaspoon dates vinegar
1 teaspoon mixed herbs
1 bay leaf
Pinch of black pepper
Salt


Methods

1.    Put all marked * ingredients in a pot for about 30 minutes on low heat.
2.    After all materials turn to soft, heat in high heat for at least 15 minutes.
3.    Put off heat and blend until all becomes smooth.
4.    Heat tomato extracts and put bay leaves, brown sugar, black pepper, mixed herbs and salt until it thickens.
5.    Cool the sauce at room temperature.
6.    Add lemon juice and dates vinegar once it cool. Stir until well blended.
7.    Fill it in the bottle for storage.
8.    Suitable for spaghetti bolognese or lasagna.

Sos Pasta Buatan Sendiri

Bahan-bahan

2 kilogram tomato segar dibelah *
3 inci lobak merah dipotong kecil *
1 ulas bawang besar dipotong *
4 - 6 ulas bawang putih dipotong *
4 – 5 tangkai daun selasih*
5 batang cili merah segar *
2 sudu besar gula merah / gula melaka
½ biji lemon ambil jus
1 sudu teh cuka kurma
1 sudu teh herba campuran
1 helai daun bay
Sedikit lada hitam
Garam


Langkah-langkah

1.    Masukkan semua bahan bertanda * dalam periuk selama lebih kurang 30 minit pada api kecil.
2.    Setelah semua bahan telah lembik/hancur panaskan pada api besar selama 15 minit.
3.    Semua bahan tadi dikisar sehingga halus.
4.    Masukkan daun bay, gula merah, garam, lada hitam, herba campuran dan garam,  panaskan pati tomato sehingga menjadi pekat.
5.    Sejukkan sos yang telah masak pada suhu bilik. 
6.    Masukkan jus lemon dan cuka kurma.  Kacau sehingga sebati.
7.    Isikan dalam botol untuk simpanan.
8.    Sesuai sebagai sos untuk spaghetti bolognese atau lasagna.

Sunday, 6 January 2013

SAMBAL GORENG / CREAMY SAMBAL GORENG

Antara bahan-bahan / Ingredients
Tempe, tofo, cili padi dan cili hijau / Tempe, tofu, bird's eye chili and green chili
Bawang besar, bawang putih, kentang dan kacang panjang / Onions, garlics, potato and long beans
Cili hijau, cili merah, cili padi dan lobak merah / Green chilli, red chilli, bird's eye chilli and carrot
Tofo kering, soaon dan udang / Dried tofu, glass vermicelli and prawn
Sambal goreng siap untuk dihidang / Ready to serve sambal goreng

Creamy Sambal Goreng

Ingredients

2 onion sliced
4 garlics sliced
2 tablespoons homemade chili paste
10 long beans, cut diagonally
2 inch carrots cut lengthwise
1 piece tempe - cut into cubes and fried
2 pieces tofu - cut into cubes and fried
2 potatoes - cut thin and fried
150 grams of fresh shrimp
1 slice of dried tofu (beancurd sheet) soaked
50 grams glass vermicelli soaked
1 medium red chilli sliced
1 medium green chilli sliced
4 finely bird’s eye chilli minced
½ cup palm oil milk
Salt
Sugar
Olive oil

Methods

1.    Fried tempeh, tofu and potatoes, set aside.
2.    Heat the olive oil and sauté onion, garlic, ginger-garlic paste, multi-usage paste and chilli paste until fragrant. (ranslucent)
3.    Add carrot, shrimp, dried tofu, glass vermicelli, chillies, red chilli and green chilli, continue to stir until well blended.
4.    After all well blended and soft, add the long beans and all fried ingredients and mix it well.
5.    Put the palm oil milk and continue mixing until well blended. Put salt and sugar for seasoning.
6.    Ready to be serve with lodeh sauce (lontong) and rice.

Sambal Goreng 

Bahan-bahan

2 bawang besar dimayang
4 bawang putih dimayang
10 kacang panjang dipotong menyerong
2 inci lobak merah dipotong memanjang
1 keping tempe – dipotong kiub dan digoreng
2 keping tahu – dipotong kiub dan digoreng
2 ketang – dipotong nipis dan digoreng
150 grams udang segar
1 keping tahu kering direndam
50 grams sooun direndam
1 batang cili merah dimayang
1 batang cili hijau dimayang
4 biji cili padi dimayang halus
½ cawan santan sawit
Garam
Gula
Minyak zaiton

Langkah-langkah

1.    Goreng tempe, tahu dan kentang, ketepikan.
2.    Panaskan minyak zaiton dan tumiskan bawang besar, bawang putih, pes halia-bawang putih, pes serbaguna dan pes cili kisar sehingga naik bau.
3.    Masukkan lobak merah, udang, tahu kering, sooun, cili padi, cili merah dan cili hijau, terus mengacau sehingga sebati.
4.    Setelah semua menjadi sebati dan lembut, masukkan kacang panjang dan semua bahan yang telah digoreng dan gaul rata.
5.    Masukkan santan sawit dan teruskan menggaul sehingga rata.  Perisakan dengan garam dan gula.
6.    Siap untuk dihidang dan boleh dimakan dengan lontong atau nasi.

Thursday, 3 January 2013

JEMPUT-JEMPUT KAROT / CARROT NUGGET


Carrots Nuggets

Ingredients

4 inch carrots cut lengthwise
3 cups whole wheat flour
1 onion, sliced
1 - 2 tablespoon carbonated water (7 Up)
Salt
Water
Oil for frying

Methods

1.    Mix cut carrot, wheat flour, onion and a little salt.
2.    Mix until appropriate consistency. Add carbonated water and stir.
3.    By using appropriate spatula, spoon mixture to fry.
4.    Lift it when turn golden yellow and served.
5.    Eat it with any sauces.

Jemput-jemput Karot

Bahan-bahan

4 inci karot dipotong memanjang
3 cawan tepong gandum
1 ulas bawang besar dimayang
1 - 2 sudu besar air berkabonat (7 Up)
Garam
Air
Minyak untuk menggoreng

Langkah-langkah

1.    Gaulkan karot yang dipotong, tepong gandum, bawang besar dan sedikit garam.
2.    Campurkan air sehingga kepakatan bersesuaian.  Tambah air berkabonat dan gaul.
3.    Dengan menggunakan spatula bersesuaian, ceduk campuran untuk digoreng.
4.    Setelah menjadi kuning keemasan boleh diangkat dan dihidangkan.
5.    Boleh dimakan bersama sebarang sos.

Wednesday, 2 January 2013

LAUK DAGING BARYANI / BEEF BARYANI DISH

 Sebelum dimasak \ Before cooking
Selepas dimasak / After cooking
Beef Baryani Dish

Ingredients

1 kg beef cut into 1-inch cubes
5 tablespoons baryani spice
2 tablespoons onion paste
3 seed potatoes cut into four
4 tablespoons ghee
1 sprig of mint
Coriander leaves and spring onions
1 cup evaporated milk
2 teaspoons almond
1 small lemon
Salt
Sugar

Methods

1.    Washed and marinated meat for at least 15 minutes with ghee, a range of ginger-garlic paste, onion, spices baryani, minced chili paste, squeezed lemon, mint leaves, potatoes, almond powder, coriander leaves and spring onions in a saucepan.
2.    Once enough marinated time, heat the pot until oil come out from the paste.
3.    Add evaporated milk and mix evenly.
4.    Season with salt and sugar after the meat is tender.
5.    Ready to eat with all kinds of rice.

Lauk Baryani Daging

Bahan-bahan

1 kg daging lembu dipotong kiub 1 inci
5 sudu besar rempah baryani
2 sudu besar pes bawang besar
3 biji kentang dipotong empat
4 sudu besar minyak sapi
1 tangkai daun pudina
Daun sup dan daun bawang
1 cawan susu cair
2 sudu teh serbuk badam
1 biji lemon
Garam
Gula

Langkah-langkah

1.    Daging dicuci dan diperap selama sekurang-kurangnya 15 minit dengan minyak sapi, kisaran halia-bawang putih, pes bawang besar, rempah baryani, pes cili kisar, perahan lemon, daun pudina, kentang, serbuk badam, daun sup dan daun bawang dalam periuk.
2.    Setelah perapan sekata panaskan periuk sehingga pecah minyak.
3.    Masukkan susu cair dan gaul sehingga sekata.
4.    Perisakan dengan garam dan gula setelah daging menjadi lembut.
5.    Siap untuk dimakan dengan semua jenis nasi.

You May Like This:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...