Cooking with a dash of love, which is the key ingredient to good cooking. Happy Reading and Happy Cooking!

Followers

Monday 8 December 2014

AYAM MASAK KICAP-KERISEK / CHICKEN IN ROASTED COCONUT-SOY SAUCE


Chicken in Roasted Coconut-Soy Sauce

Ingredients

½ kg chicken cut into small pieces
3 large potatoes, cut into wedges
1 onion ground
2 cloves of garlic blended
1 table spoon homemade ginger-garlic paste
2 table spoons homemade chili paste
1 table spoon multi-purpose paste
3 tablespoons of turmeric powder
2 tablespoons curry powder
¼ teaspoon ground fennel seeds
¼ teaspoon ground cumin
¼ teaspoon ground coriander
Sweet-creamy soy sauce
Evaporated milk
Roasted coconut
Black pepper powder
Curry leaves
Salt
Sugar
Cooking oil

Methods

  1. Marinate chicken with turmeric powder, salt and ground materials for 30 minutes.
  2. Fry marinated chicken until half cooked. Put aside.
  3. Fry the potatoes partially cooked. Put aside.
  4. Sauté the homemade pastes until fragrant .
  5. Put curry powder, cumin, aniseed and coriander. Pour a little water to prevent the mixture from burnt.
  6. Pour sweet-creamy soy sauce, stirring until smooth . 
  7. Put black pepper and continue to stir. 
  8. Put roasted coconut, evaporated milk, salt and sugar to taste .
  9. Once boiling add the fried chicken and potatoes.
  10. Stir and allow to boil and let the chicken and potatoes cook.
  11. Serve and garnish with parsley and carrots .
Ayam Masak Kicap-Kerisek

Bahan-bahan

½ kg ayam dipotong kecil
3 biji kentang dipotong wedges
1 labu bawang besar dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
1 sudu besar pes halia-bawang putih
2 sudu besar pes cili kisar
1 sudu besar pes pelbagai guna
3 sudu besar serbuk kunyit
2 sudu besar serbuk rempah kari
¼ sudu kecil serbuk jintan manis
¼ sudu kecil serbuk jintan putih
¼ sudu kecil serbuk ketumbar
Kicap lemak manis
Susu sejat
Kerisek
Serbuk lada hitam
Daun kari
Garam
Gula
Minyak masak

Langkah-langkah

  1. Ayam yang digaul dengan serbuk kunyit, garam dan bahan yang dikisar dan diperap selama 30 minit.
  2. Ayam yang telah diperap digoreng separa masak. Asingkan ayam yang telah digoreng.
  3. Gorengkan kentang separa masak. Asingkan.
  4. Menggunakan minyak gorengan, tumis pes-pes sehingga naik bau.
  5. Masukkan rempah kari, jintan putih, jintan manis dan ketumbar. Masukkan sedikit air untuk mengelakkan campuran hangus.
  6. Masukkan kicap lemak manis, kacau sehingga sebati. 
  7. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau. 
  8. Masukkan sedikit kerisek, susu cair, garam dan gula secukup rasa.
  9. Setelah mendidih masukkan susu cair dan masukkan ayam dan kentang yang telah digoreng.
  10. Kacau dan biarkan sehingga mendidih supaya ayam dan kentang masak.
  11. Hidangkan dan hiaskan dengan daun sup dan lobak merah.

3 comments :

  1. wahh.. menarik ni.. selalu i masak kicap biasa je.. boleh cuba nanti :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, terima kasih singgah. Boleh dipelbagaikan masak kicap ini. Boleh juga mencuba 'Ayam masak black rose', anak-anak mesti suka. resepi di http://cooking-engineer.blogspot.com/2012/12/ayam-masak-black-rose-black-rose-chicken.html#axzz3LOEvDibX

      Delete
  2. tak pena lg rasa kicap + kerisik ni...

    ReplyDelete

You May Like This:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...