Cooking with a dash of love, which is the key ingredient to good cooking. Happy Reading and Happy Cooking!

Followers

Monday, 6 October 2014

NASI DAGING UTARA / NORTHERN MEAT RICE

Rempah yang disediakan / Homemade Spices
Rempah tumis / Sautéed Spices
 Rempah tumis / Sautéed Spices
Daging rebus / Boiled meat
Beras ditos / Tossed rice
Menumis nasi / Sautéed rice
Memasak nasi / Cooking rice
Nasi yang telah masak / Cooked rice
Nasi dihidang bersama lauk / Served with other dishes


Dalca sayur / Mixed vegetable curry
Ayam masak merah / Chicken in tomato gravy
Air asam pencicah / Hot spicy-sour dipping sauce
Northern Meat Rice

Ingredients

1 kg of bathmati rice
1 kg beef, thinly cut
2 onions sliced ​​(1 use for boiling meat, 1 to sauté the rice)
4 cloves garlic, sliced ​​(2 use for boiling meat, 2 to sauté the rice)
Evaporated milk
Beef broth (measured same as rice quantity - minimum)

1 tablespoon homemade multi-usage paste
1 tablespoon homemade ginger-garlic paste
Pandan leaves
Parsley
Spring onions
Fried onions
Salt
Sugar

Sautéed Spices

1 cinnamon stick
3-4 cardamom
2-3 star anise
2-3 cloves
1-2 pieces of bay leaf

Pounded spices (½ used for boiling meat and ½ to sauté the rice)

1 tablespoon fennel seeds, dry fried and pounded
1 tablespoon cumin, dry fried and pounded
1 tablespoon coriander, dry fried and pounded
2 cloves nutmeg seeds, pounded


Methods

  1. Soak the rice about 15 minutes, drained. 
  2. Boil the meat with pounded spices, salt, onion and garlic. 
  3. Once the meat cooked put aside, the broth used to cook rice. 
  4. Sauté multi-usage paste, ginger-garlic paste, pandan leaves, onion and garlic until fragrant. 
  5. Sauté sautéed spices and pounded spices until fragrant. 
  6. Pour the beef broth and add a bit of meat. Add salt and sugar to taste. 
  7. Once boiled, add evaporated milk and stir until well mixed. 
  8. Add tossed rice and stir until fluffy. Let the rice cook. 
  9. Garnished with spring onion, parsley leaves and fried onions. 
  10. Serve with mixed vegetable-dhal curry, chicken in spicy tomato sauce and cut meat with hot-sour sauce.

Nasi Daging Utara

Bahan-bahan

1 kg beras bathmati
1 kg daging dipotong nipis
2 bawang besar dimayang (1 guna untuk merebus daging, 1 untuk menumis nasi)
4 ulas bawang putih dimayang (2 guna untuk merebus daging, 2 untuk menumis nasi)
Susu sejat
Air rebusan (sekurang-kurang sama kuantiti dengan ukuran beras)

1 sudu besar pes pelbagai guna
1 sudu besar pes halia-bawang putih
Daun pandan
Daun sop
Daun bawang
Bawang goreng
Garam
Gula

Rempah untuk tumisan

1 kulit kayu manis
3 – 4 buah pelaga
2 – 3 kuntum bunga lawang
2 – 3 bunga cengkih
1 – 2 helai daun salam

Rempah ditumbuk (½ digunakan untuk merebus daging dan ½ untuk menumis nasi)

1 sudu besar jintan manis, disangai dan ditumbuk
1 sudu besar jintan putih, disangai dan ditumbuk
1 sudu besar ketumbar, disangai dan ditumbuk
2 ulas biji pala diambil isi dalam dan ditumbuk

Langkah-langkah

  1. Rendam beras lebih kurang 15 minit, toskan.
  2. Rebus daging bersama rempah ditumbuk, garam, bawang dan bawang putih.
  3. Setelah daging masak ketepikan daging, air rebusan diguna untuk memasak nasi.
  4. Tumiskan pes pelbagai guna, pes halia-bawang putih, daun pandan, bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  5. Tumiskan rempah tumisan dan rempah yang ditumbuk sehingga garing.
  6. Tuangkan air rebusan daging dan masukkan sedikit potongan daging. Perisakan dengan garam dan gula.
  7. Setelah mendidih masukkan susu cair dan kacau sehingga sebati.
  8. Masukkan beras dan kacau sehingga kembang. Biarkan sehingga nasi masak.
  9. Untuk hidangan dihias dengan hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
  10. Hidangkan bersama dalca, ayam masak merah dan daging dicacah dengan air asam.

No comments :

Post a Comment

You May Like This:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...