Cooking with a dash of love, which is the key ingredient to good cooking. Happy Reading and Happy Cooking!

Followers

Monday, 30 September 2013

PULUT SERONDENG / CREAMY GLUTINOUS RICE WITH COCONUT FLOSS







Glutinous Rice with Floss

Ingredients

Glutinous Rice

3 cups glutinous rice soaked for 2 – 3 hours
Coconut milk from 1 coconut seed
Salt
Pandan leaves

Floss

Grated coconut from 1 whole coconut
1 tbsp turmeric powder
1 onion sliced
2 tablespoons homemade chili paste
1 teaspoon homemade ginger-garlic paste
1 teaspoon homemade multi-purpose paste
50 grams of dried shrimp mashed together with onion
Salt
Sugar
Cooking oil

Methods

Glutinous Rice
  1. Soak glutinous rice for 2-3 hours.
  2. Heat the steamer to a boil.
  3. Put the pandan leaves into the water in the steamer.
  4. Drain the rice and put in a container for steaming.
  5. Add water to cover the rice.
  6. Steam the glutinous rice for 15 minutes.
  7. Remove the glutinous rice mix it with coconut milk and stir until smooth.
  8. Steam the mixture again for 5 minutes.
  9. Remove from steamer and form into balls.
Floss
  1. Fry the pastes and mixed of shrimp and onion until fragrant.
  2. Put grated coconut that has been mixed with turmeric powder until wilted.
  3. Taste it with salt and sugar.
  4. Once well mixed, put in a container to cool rolled the sticky rice.
  5. Ready to be served.
Pulut Serunding
Bahan-bahan

Pulut

3 cawan beras pulut
Santan dari 1 biji kelapa
Garam
Daun Pandan

Serunding

Kelapa parut dari 1 biji kelapa
1 sudu besar serbuk kunyit
1 bawang merah dimayang
2 sudu besar pes cili kisar
1 sudu teh pes halia-bawang putih
1 sudu teh pes pelbagai guna
50 gram udang kering ditumbuk bersama bawang merah
Garam
Gula
Minyak masak

Langkah-langkah

Pulut
  1. Rendam beras pulut selama 2 – 3 jam.
  2. Panaskan pengukus sehingga mendidih.
  3. Masukkan daun pandan ke dalam air pengukus.
  4. Toskan beras dan masukkan ke dalam bekas untuk mengukus.
  5. Masukkan air sehingga menutupi beras.
  6. Kukuskan pulut selama 15 minit.
  7. Keluarkan pulut dan gaulkan dengan santan sehingga sebati.
  8. Kukus semula selama 5 minit.
  9. Keluarkan dan bentukan menjadi bebola.

Serunding
  1. Tumiskan semua pes dan campuran udang kering dan bawang sehingga naik bau.
  2. Masukkan kelapa parut yang telah digaul bersama serbuk kunyit sehingga layu.
  3. Perisakan dengan garam dan gula.
  4. Setelah sebati sejukkan di dalam bekas untuk digaul bersama pulut.
  5. Siap untuk dihidang.

Thursday, 26 September 2013

KORMA DAGING MENGGUNA PEMANGGANG AJAIB / BEEF KORMA USING MAGIC GRILL



Beef Korma using Magic Grill

Ingredients

1 kg beef cut into thin
½ can of evaporated milk
1 sachet of korma spices
1 teaspoon ginger-garlic paste
1 tablespoon chili paste
1 teaspoon multi-usage paste
2 potatoes cut eight
1 large onion quartered
Carrots cut lengthwise
2 green chillies, sliced
Sautee spices (cinnamon, cloves, star anise and cardamom)
Oil for sauté
Curry leaves
Salt
Sugar

Methods
  1. Boil meat with potatoes and carrots until tender in a magic grill. 
  2. Sauté all the paste, sautéed spices, curry leaves and korma spices until fragrant. 
  3. Add the broth mixture into the meat mixture. After well mixed, pour it back into the magic grill. 
  4. Cook on low heat until meat is tender. 
  5. After boiling, pour the evaporated milk and a sliced ​​onion, and let stand for 15 minutes. 
  6. Served it with rice. 
Korma Daging menggunakan Pemanggang Ajaib

Bahan-bahan

1 kg daging lembu
½ tin susu cair
1 peket rempah korma
1 sudu teh pes kisaran halia-bawang putih
1 sudu besar pes kisaran cili
1 sudu teh pes kisaran serbaguna
2 biji kentang dipotong lapan
1 bawang besar dibelah empat
Lobak merah dipotong memanjang
2 cili hijau dibelah
Rempah tumisan (kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga)
Minyak untuk menumis
Daun kari
Garam
Gula

Langkah-langkah
  1. Daging direbus bersama kentang dan lobak merah sehingga empuk di dalam pemanggang ajaib. 
  2. Tumiskan pes-pes kisaran, rempah tumisan, daun kari dan rempah korma sehingga naik bau. 
  3. Masukkan air rebusan daging ke dalam campuran tumisan. Setelah sebati masukkan semula ke dalam pemanggang ajaib. 
  4. Masak pada api perlahan sehingga daging empuk. 
  5. Setelah mendidih masukkan susu dan bawang yang dibelah, dan biarkan selama 15 minit. 
  6. Setelah semua sebati siap untuk dihidang bersama nasi.

Monday, 23 September 2013

NASI BERAS PERANG / BROWN RICE



Brown Rice

Ingredients

3 cups of plain rice
1 cup brown rice
Pandan leaves
Water

Methods
  1. Rinse both types of rice and drain.
  2. Put pandan leaf and rinsed rice into electric cooker.
  3. Fill water with same volume of rice.
  4. Served it once cooked.
Nasi Beras Perang

Bahan-bahan

3 cawan beras biasa
1 cawan beras perang
Daun pandan
Air

Langkah-langkah
  1. Bilas kedua-dua jenis beras dan toskan.
  2. Masukkan kedua-dua jenis beras dalam periuk elektrik bersama daun pandan.
  3. Isikan air dengan isipadu sama dengan beras.
  4. Setelah masak boleh dihidangkan.

Thursday, 19 September 2013

TERONG BERLADO \ EGGPLANT IN HOT SAUCE

Eggplant in Hot Sauce

Ingredients

1 long eggplant cut into thin lengthwise
1 tablespoon sauce multipurpose
Salt
Sugar
Dried tamarind

Pounded Ingredients

5 stem red chillies
1 onion
4 cloves of garlic
100 grams of anchovies

Methods

  1. Fried eggplant until wilted.
  2. Sauté multi-purpose paste.
  3. Sauté pounded ingredients and dried tamarind until fragrant.
  4. Pinch of salt and sugar to taste.
  5. Arrange the eggplant in a container and pour the pan-fried sauce.
  6. Ready to be serve.
Terong Berlado

Bahan-bahan

1 terong panjang dipotong nipis memanjang
1 sudu besar sos pelbagai guna
Garam
Gula
Asam keping

Bahan ditumbuk

5 batang cili merah
1 ulas bawang besar
4 ulas bawang putih
100 gram ikan bilis

Langkah-langkah
  1. Terong digoreng sehingga layu.
  2. Tumiskan pes pelbagai guna.
  3. Tumiskan bahan tumbuk dan asam keping sehingga naik bau.
  4. Perisakan dengan garam dan gula.
  5. Susun terong dalam bekas dan curahkan sambal yang ditumis.
  6. Siap untuk dihidang.

Saturday, 14 September 2013

KUEH LOPES DAN SIRAP GULA PERANG \ PANDAN FLAVOUR GLUTINOUS RICE IN PALM SUGAR SYRUP







Pandan Flavour Glutinous Rice In Palm Sugar Syrup

Ingredients

3 cups glutinous rice

Coconut milk from 1 coconut 
Extract pandan colouring and flavour

Steamed Shredded coconut mix with salt
Salt
Pandan leaves

For syrup

2 pieces of palm sugar (or brown sugar)


Methods

  1. Rice soaked for 2-3 hours.
  2. Heat the steamer to a boil.
  3. Mix the pandan leaves into the water in steamer.
  4. Drain the rice and put in a container for steamed.
  5. Add water and extract pandan until the level of the rice and mix it evenly and steam for 15 minutes.
  6. Once cooked remove and stir the sticky rice with coconut milk mixed with salt.
  7. Steam it again for 5 minutes.
  8. Ready to be serve with syrup, cut it to shape desire and rolled and mixed with steamed shredded coconut.
For steamed shredded coconut
  1. Mixed shredded coconut with salt and steam for 2 - 3 minutes

For syrup

  1. Heat palm sugar until melted, mixed with water.
Kueh Lopes Dan Sirap Gula Kabung

Bahan-bahan

3 cawan beras pulut
Santan dari 1 biji kelapa
Pati warna dan rasa pandan
Kelapa parut dicampur dengan garam dikukus
Garam
Daun pandan

Untuk Sirap

2 keping gula kabung (atau gula perang)

Langkah-langkah

  1. Beras pulut direndam selama 2 – 3 jam.
  2. Panaskan pengukus sehingga mendidih. 
  3. Campurkan daun pandan dalam air pengukus.
  4. Toskan beras dan masukkan ke dalam bekas untuk dikukus.
  5. Masukkan air dan pati pandan sehingga paras beras dan gaul agar warna menjadi sekata dan kukus selama 15 minit.
  6. Setelah pulut masak keluarkan dan gaulkan dengan santan yang dicampur garam.
  7. Kukus semula selama 5 minit.
  8. Siap untuk dihidang bersama sirap gula, boleh dipotong mengikut bentuk disukai dan digaul dengan campuran kukusan kelapa parut dan garam.
Untuk kukusan kelapa parut

  1. Kelapa parut dicampur dengang garam dan dikukus selama 2 - 3 minit.

Untuk Sirap
  1. Panaskan gula kabung sehingga cair, dicampur sedikit air.

Sunday, 8 September 2013

CONGO BARS SEBAGAI HANTARAN PERTUNANGAN / CONGO BARS AS GIFT FOR ENGAGEMENT CEREMONY

Congo bars as present for my cousin's engagement ceremony, placed in a box and tied with ribbon as part of her engagement gift items to her fiance.. (recipe, click here)






Tuesday, 3 September 2013

PULUT MANGGA \ GLUTINOUS RICE WITH MANGO




Glutinous Rice with Mango

Ingredients

3 cups glutinous rice
Coconut milk from 1 coconut
2 ripe mangoes
Salt
Pandan leaves

For sauces

½ cup coconut milk
1 tablespoon flour
Sugar
Salt

Methods

1.    Rice soaked for 2-3 hours.
2.    Peeled and sliced ripe ​​mango.
3.    Heat the steamer to a boil.
4.    Mix the pandan leaves into the water in steamer.
5.    Drain the rice and put in a container for steamed.
6.    Add water until the level of the rice and steam for 15 minutes.
7.    Once cooked, remove from steamer and stir the sticky rice with coconut milk mixed with salt.
8.    Steam it again for 5 minutes.
9.    Ready to be serve.

For sauces

10. Heat coconut milk.
11. Put flour and stirred until smooth.
12. Add salt and sugar to taste.

Pulut Mangga

Bahan-bahan

3 cawan beras pulut
Santan dari 1 biji kelapa
2 biji mangga masak
Garam
Daun pandan

Untuk Sos

½ cawan santan
1 sudu besar tepung gandum
Gula
Garam

Langkah-langkah

1.    Beras direndam selama 2 – 3 jam.
2.    Mangga dikupas dan dipotong.
3.    Panaskan pengukus sehingga mendidih. 
4.    Campurkan daun pandan dalam air pengukus.
5.    Toskan beras dan masukkan ke dalam bekas untuk dikukus.
6.    Masukkan air sehingga paras beras dan kukus selama 15 minit.
7.    Setelah pulut masak keluarkan dan gaulkan dengan santan yang dicampur garam.
8.    Kukus semula selama 5 minit.
9.    Siap untuk dihidang.

Untuk Sos

10. Panaskan santan.
11. Masukkan tepung dan kacau sehingga sebati.
12. Perisakan dengan garam dan gula.

Wednesday, 28 August 2013

UDANG GORENG BADAM \ FRIED SHRIMP WITH ALMONDS




Fried Shrimp with Almonds

Ingredients

1 kg of medium sized fresh shrimp
1 large onion sliced
2 garlics sliced
2 tablespoons turmeric powder
50 grams of whole almond - dry roasted
1 tablespoon sweet-creamy soy sauce
Salt
Oil to fry

Methods

1.    Marinate shrimp with turmeric powder and salt. Marinate for 15-30 minutes.
2.    Dry roasted the almonds.
3.    Fried marinated shrimp. Set aside.
4.    Sauté sliced onion, garlic and all the paste until fragrant.
5.    Put the almond and soy sauce, mix well.
6.    Add prawns and stir evenly.
7.    Serve it with rice.

Udang Goreng Badam

Bahan-bahan

1 kilogram udang segar sederhana besar
1 bawang besar dimayang
2 bawang putih dimayang
2 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar pes pelbagai guna
1 sudu besar pes cili kisar
50 gram biji badam – digoreng kering
1 sudu besar kicap lemak manis
Garam
Minyak untuk mengoreng

Langkah-langkah

1.    Udang digaul bersama serbuk kunyit dan garam.  Perapkan selama 15 - 30 minit.
2.    Goreng kering biji badam.
3.    Goreng udang yang telah diperap.  Ketepikan.
4.    Tumiskan bawang besar, bawang putih dan semua pes sehingga naik bau.
5.    Masukkan badam dan kicap, gaul rata.
6.    Masukkan udang dan gaul sekata.
7.    Hidangkan bersama nasi.

Wednesday, 21 August 2013

HOMEMADE COCONUT SHAKE

Air kelapa dan isi / Coconut water and flesh
Tambah sirap dan kiub ais / Add syrup and ice cubes
Masukkan ais krim / Top-up with ice cream
Kisar sempurna / Blend it well
Hidang bersama 1 scoop ais krim / Serve it with a scoop of ice cream

Coconut Shake

Ingredients

1 young coconut - large size, cut and keep water and flesh.
4 tablespoons sugar cane syrup (depending on sweetness of the coconut)
4 scoop vanilla flavour ice cream
5 tablespoons of ice cubes

Methods

1.    Cut coconut and take water and flesh.
2.    Enter coconut water and flesh into the blender bowl.
3.    Add water, syrup and ice cubes.
4.    Pour in vanilla ice cream.
5.    Blend until fine.
6.    Pour into a glass and add a scoop of ice cream.
7.    Serve it chill.

Coconut Shake

Bahan-bahan

1 biji kelapa muda – saiz besar, dibelah dan diambil air dan isi.
4 sudu besar air gula (bergantung kepada kemanisan air kelapa)
4 scoop ais krim perisa vanilla
5 sudu besar kiub ais

Langkah-langkah

1.    Belah kelapa muda dan ambil air dan isi.
2.    Masukkan air dan isi kelapa ke dalam mangkuk pengisar.
3.    Tambahkan air gula, dan masukkan kiub ais.
4.    Masukkan ais krim vanilla.
5.    Kisarkan sehingga lumat.
6.    Tuangkan ke dalam gelas dan ditambah satu scoop ais krim.
7.    Hidangkan semasa masih sejuk.

Sunday, 18 August 2013

DALCA KAMBING / MINCED LAMB WITH MIXED VEGETABLE CURRY




Minced Lamb with Mixed Vegetable Curry

Materials

100 grams dhal
300 grams minces lamb (or minced meat)
Coconut milk from 1 coconut
Sautéed spices (cinnamon, cloves, star anise and cardamom)
1 onion sliced
3 cloves of garlic sliced
5 tablespoons of curry powder
1 tablespoon korma powder
1 small eggplant cut lengthwise length
10 long beans cut diagonally
3-inch carrots cut lengthwise
2 potatoes cut into six
1 sprig of curry leaves
Tamarind mix with water, mix it with curry and korma powder to form paste
Salt
Sugar
Olive oil

Methods

1.    Boiled lamb minces until soft. Drain and put aside.
2.    Boil dhal until fluffy. Mixed it with mince lamb and continue boiling.
3.    Add carrots and potatoes, boiled until tender.
4.    In a separate pan heat the olive oil.
5.    Sauté the onion, garlic, sautéed spices, all the paste and curry-korma paste until fragrant.
6.    Put the sautéed ingredients to the mixture of minces lamb and dhal, mix thoroughly.
7.    Pour in coconut milk and let it boil for a while.
8.    Put the long beans and eggplant. Tasted it with salt and sugar.
9.    Ready to be serve with rice.

Dalca Kambing

Bahan-bahan

100 gram kacang dhal
300 gram tetel kambing (atau daging cincang)
Santan kelapa dari 1 biji kelapa
Rempah tumisan (kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang, buah pelaga)
1 bawang besar dimayang
3 ulas bawang putih dimayang
2 sudu besar pes cili kisar
1 sudu besar pes pelbagai guna
5 sudu besar serbuk rempah kari
1 sudu besar serbuk rempah korma
1 biji terong panjang dipotong memanjang
10 kacang panjang dipotong meyerong
3 inci lobak merah dipotong memanjang
2 kentang dibelah enam
1 tangkai daun kari
Asam jawa dilarut dengan air dan digaul dengan rempah
Garam
Gula
Minyak zaiton

Langkah-langkah

1.    Rebus tetel kambing sehingga agak lembut.  Tos dan asingkan.
2.    Rebus kacang dhal kembang. Masukkan tetel dan terus merebus bersama dhal.
3.    Masukkan lobak merah dan kentang, rebus sehingga empuk.
4.    Dalam kuali berasingan panaskan minyak zaiton.
5.    Tumiskan bawang besar, bawang putih, rempah tumisan, semua pes-pes dan pes rempah kari-korma yang dicampur dengan air asam jawa sehingga naik bau.
6.    Masukkan bahan yang telah ditumis ke dalam bekas rebusan dhal dan tetel, kacau sehingga sebati.
7.    Masukkan santan dan biarkan seketika sehingga mendidih.
8.    Masukkan kacang panjang dan terung.  Perisakan dengan garam dan gula.
9.    Siap untuk dihidang bersama nasi.

You May Like This:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...