Kerabu Selom – Kacang Botol
Bahan-bahan
1
ikat daun selom – di ambil daun sahaja dan diricik halus
5
biji kacang botol – dipotong nipis
2
ulas bawang besar - ditumbuk/dikisar
2
ulas bawang putih - ditumbuk/dikisar
½
halia – ditumbuk/dikisar
30
gm ikan bilis/udang kering – ditumbuk kasar
¼
biji kelapa parut
1
batang serai – diricik halus
5
biji cili padi - diricik halus
3
inci daun kunyit – diricik halus
1
kuntum bunga kantan – diricik halus
2
ulas bawang merah – dipotong ricih
2
batang cili merah – diricik halus
1
sudu teh serbuk kunyit
1
sudu besar madu
Sepotong
lemon
Minyak
zaiton untuk menumis dan mengaul
Langkah-langkah
1. Panaskan
kuali. Masukkan minyak zaiton
2. Tumiskan bahan
kisar.
3. Setelah naik
bau, masukkan kelapa parut dan goreng hingga kering, masukkan serbuk kunyit.
4. Keluarkan dari
kuali, dan masukkan dalam mangkuk untuk menggaul dengan daun selom dan kacang
botol dan masukkan bahan ricik dan dipotong (serai, cili padi, daun kunyit,
bawang merah, bunga kantan dan cili merah).
5. Semasa proses
mengaul masukkan sedikit minyak zaitun, madu dan perahan lemon.
6. Campuran
digaul dan siap untuk dihidang.
No comments :
Post a Comment