Cooking with a dash of love, which is the key ingredient to good cooking. Happy Reading and Happy Cooking!

Followers

Wednesday, 30 April 2014

PUDING MENTEGA ROTI MENGGUNA PEMANGGANG AJAIB / BREAD BUTTER PUDDING USING MAGIC GRILL PAN



Bread Butter Pudding Using Magic Grill Pan

Ingredients

2 loaves white bread

2 eggs
½ pack butter
1 liter of fresh milk
1 teaspoon ground nutmeg
3 tablespoons sugar
Salt
½ cup raisins
2 tablespoons almond flakes
5 dates - cut into small pieces
Grated cheddar cheese

For the sauce

3 tablespoons custard

1 tablespoon cornstarch
3 tablespoons sugar
50 grams butter
2 cups water
1 tablespoon orange juice
1 tablespoon orange zest
Pandan leaves
Salt

Methods

  1. Rub butter on the magic grill pan surface.
  2. Arrange bread to cover all surfaces.
  3. Sprinkle raisins, dates and almonds.
  4. Beat sugar and eggs until well mix.
  5. Heat milk on medium heat and add nutmeg powder.
  6. Pour in the eggs and the sugar into milk mixture, stirring until bubbling.
  7. Pour the mixture onto of bread until cover all the surface.
  8. Sprinkle with butter and cheddar cheese.
  9. Close magic grill pan and heat magic grill pan on low heat for 10 minutes, then reverse for 10 minutes.
  10. After turning into golden yellow, cut and serve with custard sauce.
Custard sauce
  1. Mix the sugar,butter, custard powder and cornstarch until smooth .
  2. Add water and stir until blended.
  3. Heat over medium heat, stir it so that the mixture not become lumpy.
  4. Add pandan leaves, orange juice and orange zest.
  5. Once the mixture thickens, add salt.
  6. Ready to eat with bread butter pudding.

Get another version here.

Puding Mentega Roti Mengguna Pemanggang Ajaib

Bahan-bahan

2 buku roti putih 

2 biji telor
½ buku mentega
1 liter susu segar
1 sudu teh serbuk buah pala
3 sudu besar gula
Garam
½ cawan kismis
2 sudu besar kepingan badam
5 ulas kurma – dipotong kecil
Keju cheddar

Untuk Sos

3 sudu besar kastard
1 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar gula
50 gram mentega2 cawan air
1 sudu besar jus oren
1 sudu besar sagatan kulit oren
Daun pandan
Garam

Langkah-langkah

  1. Sapu mentega pada permukaan pemanggang ajaib.
  2. Susun roti sehingga memenuhi semua permukaan.
  3. Taburkan kismis, kurma dan badam.
  4. Pukul gula dan telor sehingga agak naik.
  5. Panaskan susu segar dan masukkan serbuk pala.
  6. Masukkan campuran telor dan gula ke dalam susu, kacau jangan sampai menggelegak.
  7. Tuangkan campuran ke dalam bekas mengandungi roti sehingga tenggelam.
  8. Taburkan mentega dan keju cheddar.
  9. Tutup pemanggang ajaib dan panaskan pada api kecil selama 10 minit, selepas itu terbalikkan untuk 10 minit lagi.
  10. Setelah bertukar menjadi warna kuning keemasan, potong dan hidang bersama sos kastard.
Sos Kastard

  1. Campurkan gula, mentega, tepung kastard dan tepung jagung sehingga sebati.
  2. Masukkan air dan kacau sehingga bercampur rata.
  3. Panaskan di atas api sederhana, kacau supaya campuran tidak berketul.
  4. Masukkan daun pandan, jus oren dan sagatan kulit oren.
  5. Setelah campuran menjadi pekat, perisakan dengan garam.
  6. Siap untuk dipasangkan dengan bread butter pudding.

    Dapatkan versi lain di sini.

Thursday, 24 April 2014

SUP TULANG MENGGUNAKAN PEMANGGANG AJAIB \ BONE SOUP USING MAGIC GRILL PAN




Bone Soup Using Magic Grill Pan

Ingredients

1 kg of cow bone
5 potatoes cut into eight parts each (optional)
1 onion - sliced
2 cloves garlic - sliced
1 teaspoon homemade multi usage paste
1 tablespoon homemade ginger - garlic paste
1 inch fresh ginger
Soup seasoning parcel
Sautéed spices (cinnamon, cardamom, star anise and cloves )
1 packet of soup spice powder
2 tablespoons korma spice powder
3 tablespoons thicken coconut milk
Salt
Sugar
Fried onions
Parsley
Spring onions
Cooking/olive oil

Methods

  1. Boil bones with onion, garlic, ginger and soup seasoning parcel in the magic grill on medium heat for 15-20 minutes.
  2. Put sautéed spices, ginger - garlic paste and multipurpose paste.
  3. Mix soup spices and korma spices with a little water. Pour into pan. Stir well. Add potatoes.
  4. Close magic grill and leave for 15 minutes over medium heat.
  5. Add coconut milk, salt and sugar to taste.
  6. Once boiled and meat tender, served it with some fried onions, spring onions and parsley.
Sup Tulang Mengguna Pemanggang Ajaib

Bahan-bahan

1 kilogram tulang lembu
5 biji kentang dipotong lapan setiap satu (optional)
1 ulas bawang besar – dimayang
2 ulas bawang putih – dimayang
1 sudu teh pes pelbagai guna
1 sudu besar pes halia-bawang putih
1 inci halia segar
Bonjut perencah sup
Rempah tumisan (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkeh)
1 bungkus serbuk sup
2 sudu rempah korma
3 sudu besar santan pekat
Garam
Gula
Bawang goreng
Daun sup
Daun bawang
Minyak masak/zaiton

Langkah-langkah

  1. Rebus tulang bersama bawang besar, bawang putih, halia dan sup bunjut di dalam pemanggang ajaib pada api sederhana selama 15 – 20 minit. 
  2. Masukkan rempah tumisan, pes halia-bawang putih dan pes pelbagai guna.
  3. Campurkan rempah sup dan korma dengan sedikit air. Tuangkan kedalam periuk. Kacau. Masukkan kentang.
  4. Tutup pemanggang ajaib dan biarkan selama 15 minit di atas api sederhana.
  5. Masukkan santan pekat, garam dan gula secukup rasa.
  6. Setelah mendidih dan daging empuk, siap untuk dihidang dengan sedikit taburan bawang goreng, daun bawang dan daun sup.

Wednesday, 16 April 2014

PULUT KUNING / TURMERIC GLUTINOUS RICE





Turmeric Glutinous Rice

Ingredients

3 cups glutinous rice
3 tablespoons of turmeric powder
Coconut milk from a coconut
Salt
1 pandan leaf

Methods

  1. Soak glutinous rice with turmeric powder for at least 1 hour. 
  2. Prepare a steamer and heat the water. 
  3. Drain the rice and put in a container for steamed with pandan leaves and salt, steam for 15 minutes. 
  4. Once cooked, take out glutinous rice from steamer. 
  5. Add coconut milk and mix well. Steam it again for 15 minutes. 
  6. Take it out from steamer and serve with the beef rendang.
Pulut Kuning

Bahan-bahan

3 cawan beras pulut
3 sudu besar serbuk kunyit
Santan pekat dari sebiji kelapa
Garam
1 helai pandan

Langkah-langkah

  1. Rendam beras beserta serbuk kunyit sekurang-kurang 1 jam.
  2. Sediakan pengukus dan panaskan air.
  3. Toskan beras dan masukkan ke dalam bekas untuk dikukus berserta daun pandan dan garam, kukus selama 15 minit.
  4. Setelah beras pulut kembang keluarkan dari kukus.
  5. Masukkan santan pekat dan gaul rata. Kukuskan sekali lagi selama 15 minit.
  6. Keluarkan dan hidangkan bersama dengan rendang daging.

Wednesday, 9 April 2014

SPAGHETTI BOLOGNESE TULANG \ BEEF BONES SPAGHETTI BOLOGNESE









Beef Bones Spaghetti Bolognese

Ingredients

500 grams of spaghetti
A pinch of cheese powder
1 kg of boiled bones (tossed bone and keep the broth)



Sliced Ingredients

1 onion - chopped (chunky)
2 cloves garlic – finely chopped
½ inch ginger - finely chopped
2 sprigs oregano - finely chopped
2 sprigs marjoram leaves - finely chopped
5 mint leaves - finely chopped
1 can button mushrooms (sliced ​​- chunky)
2 stalks cut chicken sausage

Ingredients for sauce

5 cups homemade pasta sauce
Olive oil
500 grams minced meat (beef/chicken)

Methods

  1. Heat a pan, add the olive oil.
  2. Sautee chopped onion, once scented add ginger and garlic.
  3. Once wilted and fragrant, add minced meat, sausage and button mushrooms.
  4. Once the ground meat cooked, add homemade tomato sauce, bone broth and the bones that have been boiled. Sprinkle with mint leaves, oregano and marjoram into the sauce.
  5. Bring to a boil.
  6. Boil spaghetti in water and add little oil. Once cook, drained and passed gently with cold water to stop from further cooking.
  7. Serve on plates, spoon the sauce and garnish with a mint leaf and sprinkle with cheese powder.
Spaghetti Bolognese Tulang

Bahan-bahan

500 gm Spaghetti
Sedikit serbuk keju.
1 kg tulang direbus sehingga empuk (tos tulang dan ketepikan air rebusan)

Bahan dihiris

1 ulas bawang besar – dicincang (chunky)
2 ulas bawang putih – dicincang halus
½ inci halia – dicincang halus
2 tangkai daun oregano (dicincang halus)
2 tangkai daun marjoram (dicincang halus)
5 helai daun pudina (dicincang halus)
1 tin cendawan butang (dihiris – chunky)
2 batang sosej ayam dipotong

Bahan sos

5 cawan sos pasta buatan sendiri
Minyak zaiton
500 gm daging cincang (daging lembu/ayam)

Langkah-langkah

  1. Panaskan kuali, masukkan minyak zaiton.
  2. Masukkan bawang besar yang dicincang, setelah wangi masukkan halia dan bawang putih.
  3. Setelah layu dan wangi, masukkan daging cincang, sosej dan cendawan butang.
  4. Setelah daging cincang masak, masukkan sos tomato, air rebusan tulang dan tulang yang telah direbus. Taburkan daun pudina, oregano dan marjoram ke dalam sos.
  5. Biarkan mendidih.
  6. Rebus spaghetti dalam air dan sedikit minyak. Setelah lembut toskan dan dilalukan dengan air sejuk untuk berhentikan dari terus masak.
  7. Hidang dalam pinggan, sendukkan sos dan hiaskan dengan daun pudina serta taburkan serbuk keju.

Thursday, 3 April 2014

AYAM MASAK MINANG / MINANG DISH CHICKEN

Minang Dish Chicken

Ingredients

½ fresh chicken (approx. 1 kg) cut into small pieces
3 teaspoons turmeric powder
Coconut milk from 1 coconut seed

1 stalk lemongrass - pounded
Dried tamarind
Salt
Sugar
Oil for frying

Blended ingredients

15 dried chilies cut
5-10 bird’s eye chili
½ inch galangal
1 inch ginger
½ inch fresh turmeric
3 cloves of garlic
1 onion
3 candlenut

2 stalks lemongrass
100 grams of dried shrimp
2 kaffir lime leaves (middle vein removed)

Methods

  1. Chicken marinated (for about 15-30 minutes) with turmeric powder and salt. 
  2. Sauté blended ingredients in a pan until fragrant and golden. 
  3. Put pounded lemongrass, dried tamarind and marinated chicken and mix it well. 
  4. Once the chicken is cooked, add coconut milk, salt and sugar to taste. 
  5. After boiling, ready to serve. 
Ayam Masak Minang 

Bahan-bahan

½ ekor ayam segar (1 kg) dipotong kecil
3 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu kecil garam
Santan dari 1 biji kelapa 
1 batang serai dititik
Asam keping
Garam
Gula
Minyak untuk menumis

Bahan dikisar

15 cili kering dipotong
5 – 10 tangkai cili padi
½ inci lengkuas
1 inci halia
½ inci kunyit
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar
3 biji buah keras
2 batang serai
100 gram udang kering
2 helai daun limau purut (dibuang urat tengah)

Langkah-langkah

  1. Ayam diperap (selama lebih kurang 15 – 30 minit) dengan serbuk kunyit dan garam. 
  2. Tumiskan bahan-bahan dikisar di dalam kuali sehingga naik bau dan garing. 
  3. Masukkan serai yang dititik, asam keping dan ayam yang telah diperap dan digaul rata. 
  4. Setelah ayam masak, masukkan santan, garam dan gula secukup rasa. 
  5. Setelah mendidih, siap untuk dihidang.

Saturday, 29 March 2014

RENDANG DAGING GUNA PEMANGGANG AJAIB / BEEF RENDANG USING MAGIC GRILL PAN




Beef Rendang 

Ingredients 

½ kg beef meat
2 tbsp turmeric powder
2 stalks lemon grass pounded
1 kaffir lime leaf
2 inch turmeric leaf finely cut
Coconut milk from 1 coconut seed
3 tablespoons kerisek (dry-fry coconut)
Dried tamarind
Sautééd spices (Cinnamon, Cardamom, Clove and Star anise)
Salt
Sugar
Oil for frying

Blended Ingredients 

2 stalks of lemongrass
1 inch of ginger
1 inch galangal
1 clove fresh turmeric
20 sticks of dried chillies
10 bird’s eye chilli
100 grams of dried shrimp
3 cloves of garlic
1 onion
3 candlenut
3 inch turmeric leaf
1 kaffir lime leaf

Or can use ready-made homemade rendang paste.

Methods
  1. Beef meat marinated with salt and turmeric powder. Set aside at least 30 minutes. 
  2. Heat the oil in a magic grill pan. Sauté blended ingredients and four spices until fragrant. 
  3. Add pounded lemon grass, kaffir lime leaves and dried tamarind. 
  4. Add marinated beef meat and stir well to combine and put the lid magic grill pan close for 15 minutes. 
  5. Once the beef is cooked, add coconut milk and let it boil. 
  6. Add kerisek and stir well. Add salt and sugar to taste. 
  7. Leave it on low heat for 15 minutes or until oil breaks. 
  8. Garnish with cut turmeric leaf. Ready to be serve. 
Rendang Daging

Bahan-bahan 

½ kg daging lembu
2 sudu besar serbuk kunyit
2 batang serai dititik
1 helai daun limau purut
2 inci daun kunyit dipotong rampai
Santan dari 1 biji kelapa
3 sudu kerisek
Asam keping
Rempah tumisan (Kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang)
Garam
Gula
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan dikisar 

2 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 ulas kunyit segar
20 batang cili kering
10 batang cili padi
100 gram udang kering
3 ulas bawang putih
1 bawang besar
3 biji buah keras
3 inci daun kunyit
1 helai daun lemau purut


Atau boleh terus mengguna pes rendang buatan sendiri.

Langkah-langkah
  1. Daging diperap dengan garam dan serbuk kunyit. Ketepikan sekurang-kurang 30 minit. 
  2. Panaskan minyak di dalam pemanggang. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar dan rempah tumisan sehingga naik bau. 
  3. Masukkan serai dititik, daun lemau purut dan asam keping. 
  4. Masukkan daging yang telah diperap dan dikacau sehingga sebati tutup penutup pemanggang ajaib dan biarkan selama 15 minit. 
  5. Setelah daging masak, masukkan santan dan biarkan sehingga mendidih. 
  6. Masukkan kerisik dan kacau rata. Perisakan dengan garam dan gula.
  7. Biarkan diatas api perlahan selama 15 minit atau sehingga pecah minyak. 
  8. Hiaskan dengan potongan daun kunyit. Siap untuk dihidang. 

Saturday, 22 March 2014

PES RENDANG BUATAN SENDIRI / HOMEMADE RENDANG PASTE


Homemade Rendang Paste

Ingredients

2 onions
4 cloves garlic
1 inch ginger
1 inch galangal
1 inch fresh turmeric
3 stalks lemongrass

3 candlenut
10 - 15 sticks dried chili
10 chili padi (bird’s eye chili)
3 inches of turmeric leave

1 kaffir leave
50 grams dried shrimp
50 grams anchovies

Methods

  1. Blend all ingredients finely or coarsely in blender. 
  2. This measurement suitable for 500 gram beef or 1/2 bird chicken.
  3. To get more spicy add cinnamon, cardamom, cloves and star anise when sauté.
  4. To get creamy sauce after sauté the the ingredients add meat and coconut milk.
  5. To thicken the rendang sauce add toasted coconut (kerisik) and mixed it well. 
Pes Rendang Buatan Sendiri

Bahan-bahan

2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit segar
3 batang serai

3 biji buah keras
10 - 15 cili kering
10 biji cili padi
3 inci daun kunyit

1 helai daun limau 
50 gram udang kering
50 gram ikan bilis

Langkah-langkah

  1. Kisarkan semua bahan-bahan dengan mesin pengisar samada lumat atau kasar.
  2. Sukatan sesuai untuk 500 gram daging lembu atau 1/2 ekor ayam.
  3. Untuk mendapat lebih rasa berempah, tambahkan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang semasa menumis.
  4. Untuk mendapatkan rendang yang lemak, selepas menumis semua bahan-bahan dan daging, masukkan santan.
  5. Untuk memekatkan kuah rendang, masukkan kerisik dan digaul rata.

Tuesday, 18 March 2014

SALAD SALSA BERKUAH / SALSA SALAD IN SAUCE


Salsa Salad In Sauce

Ingredients

4 inch cucumber cut and diced
1 tomato cored, and cut into cubes
3 inches carrots cut into cubed
1 sprig mint leaves finely chopped
1 tablespoon fried cashew / coarsely pound cashew - garnishing
1 tablespoon mayonnaise
1 tablespoon thousand island sauce
1 tablespoon of honey
2 tablespoons lemon juice extraction
Salt

Methods

  1. All cut ingredients are mixed evenly.
  2. Mix all sauces, honey, lemon extraction and salt.
  3. Pour sauce into mixture of cut ingredients and mix evenly.
  4. Sprinkle cashew nuts as a garnishing.
Salad Salsa Berkuah

Bahan-bahan

4 inci timun dibelang dan dipotong kiub
1 biji tomato dibuang biji dan potong kiub
3 inci karot dipotong kiub
1 tangkai daun pudina dipotong halus
1 sudu besar gajus goring / serbuk kasar gajus - hiasan
1 sudu besar mayonnaise
1 sudu besar sos thousand island
1 sudu besar madu lebah
2 sudu perahan jus lemon
Garam

Langkah-langkah

  1. Semua bahan yang dipotong digaul sekata.
  2. Campurkan semua sos-sos, madu lebah, perahan lemon dan garam menjadi sos.
  3. Tuangkan sos kedalam gaulan bahan yang dipotong dan gaul sekata.
  4. Taburkan gajus sebagai hiasan.

Thursday, 13 March 2014

AYAM TIKKA MASALA / CHICKEN TIKKA MASALA


Chicken Tikka Masala 

Ingredients

For the marinade

1 kg fresh chicken cut small
1 teaspoon garam masala spice
1 tablespoon paprika spice
1 tablespoon homemade ginger-garlic paste
1 tablespoon homemade blended chili paste
1 teaspoon coarse ground black pepper
1 teaspoon ground coriander
1 teaspoon ground fennel seeds
1 teaspoon ground cumin
½ teaspoon ground nutmeg seed
½ can of evaporated milk
2 lemons squeezed for juice
Salt
Sugar 

For Sauce/Gravy 

Oil for frying
5 tablespoons homemade tomato paste
1 onion sliced
2 cloves garlic, sliced
1 tablespoon homemade ginger-garlic paste
2 tablespoons homemade blended chili paste
2 teaspoons garam masala spice
2 tablespoons paprika spice
½ can of evaporated milk
2 lemons squeezed for juice
Sautéed spices (cinnamon, cloves, star anise and cardamom)
1 sprig of curry leaves
Salt
Sugar
Methods

For the marinade

  1. Combine evaporated milk with lemon juice to be yoghurt. 
  2. Combine all ingredients in a container and mix well. 
  3. Marinate for at least 30 minutes or more. 
For Sauce/Gravy
  1. Combine evaporated milk with lemon juice to be yoghurt. 
  2. Sauté sautéed spices, sliced onion, sliced garlic, ginger-garlic paste, blended chili paste and curry leaves until fragrant . 
  3. Add marinated chicken. 
  4. Add garam masala and paprika spice. Stir until evenly all mixed. 
  5. Add tomato paste and yogurt. Stir until everything is evenly mixed and let it boil. 
  6. Once boiled and the chicken cooked, served it with any rice. 
Ayam Tikka Masala 

Bahan-bahan

Untuk Perapan

1 kg ayam segar sipotong kecil
1 sudu teh rempah garam masala
1 sudu besar rempah paprika
1 sudu besar pes halia-bawang putih
1 sudu besar pes cili kisar
1 sudu teh serbuk kasar lada hitam
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
½ sudu teh serbuk biji pala
½ tin susu isian sejat
2 biji lemon diperah untuk jus
Garam
Gula

Untuk Sos/Kuah
Minyak untuk menumis
5 sudu pes tomato
1 biji bawang besar dimayang
2 ulas bawang putih dimayang
1 sudu besar pes halia-bawang putih
2 sudu besar pes cili kisar
2 sudu rempah garam masala
2 sudu rempah paprika
½ tin susu isian sejat
2 biji lemon diperah untuk jus
Rempah tumisan (kulit kayu manis, cengkih, lawang dan buah pelaga)
1 tangkai daun kari
Garam
Gula

Langkah-langkah

Untuk perapan

  1. Campurkan susu isian sejat dengan jus lemon untuk dijadikan tairu. 
  2. Campurkan semua bahan dalam bekas dan gaul rata. 
  3. Perapkan selama sekurang-kurang 30 minit atau lebih. 
Untuk Sos/Kuah 
  1. Campurkan susu isian sejat dengan jus lemon untuk dijadikan tairu. 
  2. Tumiskan rempah tumisan, bawang besar, bawang putih, pes halia-bawang putih pes cili kisar dan daun kari sehingga naik bau. 
  3. Masukkan ayam yang telah diperap. 
  4. Masukkan rempah garam masala dan paprika. Kacau sehingga sekata. 
  5. Masukkan sos tomato dan tairu. Kacau sehingga semuanya sekata dan biarkan mendidih. 
  6. Setelah mendidih dan ayam masak bolehlah diangkat dan dihidang bersama sebarang nasi.

Saturday, 8 March 2014

MASAK LEMAK IKAN KERING-NENAS / SALTED FISH-PINEAPPLE IN HOT CREAMY SAUCE



Salted Fish and Pineapple in Hot Creamy Sauce

Ingredients

2 slices pineapple cut into small pieces
300 grams of dried fish medium size cut
Coconut milk from a coconut seed / palm oil milk
1 tablespoon homemade multi-purpose paste
1 stalk lemon grass, pounded
½ pieces of turmeric leaves, medium cut
1 tablespoon of turmeric powder
Salt (if needed)
Sugar
Tamarind / dates vinegar
Water

Methods

  1. Dried fish put in a container filled with water and heated up quite boiling.
  2. Enter versatile paste, turmeric leaves and turmeric powder.
  3. Enter tamarind / vinegar dates.
  4. After that, add coconut milk little by little.
  5. Once everything is well mixed, stir and add pineapple, salt and sugar.
  6. After boiling, remove from heat and ready to be served.
Masak Lemak Ikan Kering dan Nenas

Bahan-bahan

2 potongan nenas dipotong menjadi kepingan kecil
300 gram ikan kering dipotong sederhana
Santan kelapa dari satu biji kelapa/santan sawit
1 sudu besar pes serbaguna buatan sendiri
1 batang serai dititik
½ keping daun kunyit dipotong sederhana
1 sudu besar serbuk kunyit
Garam (jika perlu)
Gula
Asam keping / Cuka kurma
Air

Langkah-langkah
  1. Ikan kering dimasukkan dalam bekas berisi air dan dipanaskan sehingga agak mendidih.
  2. Masukkan pes serbaguna, daun kunyit dan serbuk kunyit.
  3. Masukkan asam keping/cuka kurma.
  4. Selepas itu masukkan santan sedikit demi sedikit.
  5. Setelah semuanya sebati, kacau dan masukkan nenas, garam dan gula.
  6. Setelah mendidih matikan api dan siap untuk dihidang.

You May Like This:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...