Cooking with a dash of love, which is the key ingredient to good cooking. Happy Reading and Happy Cooking!

Followers

Saturday, 31 December 2011

SAMBAL BUAH / FRUIT HOT SAUCE


Sambal Buah

Bahan-bahan

1 biji buah bacang (diguna separuh - boleh juga guna tomato, mangga dll)
5 biji cili hidup
1 ulas bawang besar (saiz kecil)
2 ulas bawang putih
10 mm belacan
Gula

Langkah-langkah

1.       Masukkan cili hidup, bawang besar dan bawang putih ke dalam lesung batu.
2.       Tumbuk sehingga agak lumat.
3.       Masukkan belacan yang dibakar sekejap.  Tumbuk sehingga sebati. Masukan secubit gula sebagai perisa.
4.       Masukan isi buah bacang yang diricik halus.
5.       Tumbuk sekejap agar mengeluarkan air dan gaul dengan sudu.
6.       Hidangkan bersama ulaman. (pucuk gajus, ulam raja, timun dll).  Selamat menjamu selera.

Fruit Hot Sauce

Ingredients

1 bacang (used half - can also use tomato, mango, etc.) bacang is one type of mango
5 fresh chilies
1 large shallot (small size)
2 cloves garlic
10 mm shrimp-paste
Sugar

Methods

1. Add fresh chilies, onion and garlic into a stone mortar and pestle.
2. Mash it until fine.
3. Put baked shrimp. Mash until smooth. Put pinch of sugar as a flavoring.
4. Put bacang pulp that has been cut finely.
5. Punch a while to remove water and mix with a spoon.
6. Serve with salad. (top nuts, salad king, cucumber, etc.). Happy eating.
  

ASAM PEDAS LADA HITAM TENGGIRI / MACKEREL IN HOT-SOUR PEPPER SAUCE

 
Asam Pedas Lada Hitam Tenggiri

Bahan-bahan

1 potong (250 gm) ikan tenggiri (guna ikan lain pun boleh)
5 biji cili hidup – dikisar
1 ulas bawang besar – dikisar
2 ulas bawang putih – dikisar
10 mm halia – dikisar
5 mm kunyit hidup – dikisar
5 mm lengkuas – dikisar
1 batang serai – dikisar
1 kuntum bunga kantan
¼ sudu teh lada hitam
Daun kesom
Bendi
Terong
Garam
Gula
Asam keping
Minyak zaiton

Langkah-langkah

  1. Panas kuali, masukkan minyak zaiton. Setelah minyak panas, tumiskan bahan kisar.
  2. Masukkan daun kesom.
  3. Setelah bahan yang dikisar masak/garing masukkan sedikit air.
  4. Masukkan potongan ikan tenggiri.
  5. Masukkan bendi, asam keping, terung, bunga kantan, garam dan gula.
  6. Setelah mendidih, masukkan serbuk lada hitam dan biarkan seketika.
  7. Siap untuk dihidang.
Mackerel In Hot-Sour Pepper sauce
 

Ingredients

1 slice (250 g) mackerel (can use other types of fish)
5 fresh chilies - blended
1 large onion - blended
2 cloves garlic - blended
10 mm ginger - blended
5 mm turmeric - blended
5 mm galangal - blended
1 stalk lemon grass - blended
1 torch ginger bud
¼ teaspoon black pepper
Vietnamese coriander leaves
Ladies’ finger
Egg plant
Salt
Sugar
Dried sliced tamarind
Olive oil

Methods

  1. Heat a pan, add olive oil. Fry blended ingredients.
  2. Put Vietnamese coriander leaves.
  3. After the blended ingredients cooked add water. Let it boil.
  4. Put the mackerel slices.
  5. Add ladies’ finger, dried sliced tamarind, egg plant, torch ginger bud, salt and sugar.
  6. After the mixture boiled, add black pepper and let it simmer for a while.
  7. Ready to serve.

KEK COKLAT KUKUS TANPA TELOR / EGGLESS STEAMED CHOCOLATE CAKE

Planning to make a chocolate cake but unfortunately discovered that we are running out of eggs on the shelf...browsed some recipe blogs & found this lovely recipe which suited us perfectly....thanks to http://dayangjack.blogspot.com/2011/11/kek-coklat-kukus-tanpa-telur-super.html for this marvelous recipe..:)) 



Kek Coklat Kukus Tanpa Telor

Bahan A :

125 g tepung gandum
1 sudu kecil serbuk soda bikarbonat
 2 sudu kecil serbuk penaik

 Bahan B :

1 cawan serbuk koko 
1 cawan gula perang (sila lebihkan gula jika menggunakan serbuk koko pahit/pure cocoa)
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanilla atau 1 sudu kecil coffee emulco
2 cawan susu cair/susu segar
1/2 cawan minyak jagung/minyak masak sayuran
1/4 sudu kecil atau secubit garam

Bahan C :

1 sudu besar cuka makan atau jus lemon

Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Didihkan airnya
  2.  Ayakkan bahan A dan kacau rata-rata. Ketepikan. 
  3. Satukan kesemua bahan B ke dalam periuk dan dengan menggunakan api perlahan, kacau adunan hingga gula
  4. larut dan sebati. Tutupkan api dan biarkan ia suam.
  5. Kemudian satukan bahan A dan B dengan menggunakan hand whisk atau rubber spatula. Kacau hingga sebati.
  6. Pastikan adunan tidak bergentel  
  7. Akhir sekali masukkan bahan C. Terus kacau serta merta tetapi jangan terlebih kacau atau terlalu lama.
  8. Kemudian tuangkan adunan ke dalam loyang yang sudah digriskan dengan mentega. 
  9. Tutupkan loyang dengan kertas foil. 
  10. Kukuslah selama lebih kurang 45 minit atau 1 jam. 
  11. Setelah habis dikukus, padamkan api. Biarkan sebentar selama 10 minit sebelum mengeluarkan kek dari loyang.  
  12.  Sejukkan kek sebelum dipotong. Boleh juga dihiaskan dengan topping kesukaan masing2.
    *Credit to Dayangjack.blogspot.com
     


Eggless Steamed Chocolate Cake 

Ingredients A:

125 g flour
1 tsp bicarbonate of soda
2 teaspoon baking powder

Ingredients B:

1 cup cocoa powder
1 cup brown sugar (add more sugar if you use bitter cocoa powder/pure cocoa)
1 / 2 cup sweetened condensed milk
1 teaspoon vanilla essence or 1 tsp coffee emulco
2 cups evaporated milk / fresh milk
1 / 2 cup corn oil / vegetable cooking oil
1 / 4 teaspoon or a pinch of salt

Ingredients C:

1 tablespoon vinegar or lemon juice

Methods:

Prepare a steamer. Boil the water
Sift and mix ingredients A.  Put aside.
Mix all ingredients B into the pot and over low heat, stir mixture until the sugar dissolved and mixed.
Off the heat and let it warm.
Then combine ingredients A and B with a hand whisk or rubber spatula. Stir until well blended.
Make sure the dough does not lumpy.
Finally add the ingredients C. Continue to stir immediately but do not over-stir or too long.
Then pour the batter into the greased pan.
Cover pan with aluminum foil.
Steam for about 45 minutes or an hour.
After steaming, turn off heat. Wait for 10 minutes before removing cake from pan.
Cool the cake before cut. Adorned it with your favorite toppings.

Credit to Dayangjack.blogspot.com

Saturday, 24 December 2011

TIP MENGHILANGKAN BAU HANGIT NASI / BURN RICE SMELL TIPS

Jika nasi berbau hangit semasa dimasak, untuk menghilangkan bau hangit tersebut 
i. Buka tutup periuk, susunkan roti sandwich di atas permukaan nasi, tutup periuk semula.
ii. Biarkan lebih kurang 5 -10 minit, kemudian buka semula tutup periuk dan isyaallah bau akan diserap oleh roti.  

Jangan dibazir roti tersebut, buatkan puding roti menggunakan roti tersebut.  Selamat mencuba jika nasi berbau hangit.

BURNT RICE SMELL

If you smelt burnt rice while cooking, try this method:

i.   Open the pot lid, arrange sandwiches bread on the surface of the rice,            cover the pot again.
ii.  Allow about 5 -10 minutes, then take off the pot lid,   isyaallah smell will        be absorbed by the bread.

Do not wasted bread, make bread pudding using that used bread. Try it if you smell burnt rice while cooking.  Good luck. 

NASI LEMAK KUKUS DAN SAMBAL TUMIS / STEAMED RICE IN COCONUT MILK



(Cadangan hidangan : telor goreng, ayam goreng, sambal goreng, timun, ikan bilis dan kacang tanah)


Steamed Rice in Coconut Milk

Ingredients

1 kg basmati rice
100 grams coconut milk from one coconut (mixed with water to measure the same quantity of rice)
1 onion – cut finely
3 shallots – cut finely
2 cloves garlic – cut finely
20 mm ginger – cut finely
1 stalk lemongrass – crushed lightly
2 pandan leaves
1 cinnamon sticks (20 mm)
3 cardamom seeds
3 cloves
Salt
Sugar
Banana leaf

Methods

1.    Wash and soak basmati rice for 15 minutes.
2.    Prepare a steaming pot.
3.    Measure the quantity of water mixed with coconut milk. Pour into the containers and ready for steaming.
4.    Put all ingredients in to steaming containers. Insert the container into the steaming pot. Cover the container with banana leaf to get banana leaf aroma to steamed rice.
5.    Steam for about 15-20 minutes.  Served it with stir-fry sauce, anchovies and vegetables.

Stir-fry sauce

Ingredients

15 stems dried chili - blend
2 onions - blend
2 cloves garlic - blend
20 mm ginger - blend
1 tomato - blend
Tamarind
Salt
Sugar
Oil

Methods

1.    Sauté blended ingredients until fragrant and crisp.
2.    Add the tamarind juice, salt and sugar. Stir well until all ingredients blended.
3.    When the sauce boil and become thick, put it on steamed rice.

Nasi Lemak Kukus

Bahan-bahan

1 kg beras basmathi
Santan dari satu biji kelapa (dicampur air untuk sukatan sama kuantiti dengan beras)
1 ulas bawang besar - dipotong
3 ulas bawang merah – diricik
2 ulas bawang putih – diricik
20 mm halia - diricik
1 batang serai (dititik)
2 helai daun pandan
1 batang kulit kayu manis (20 mm )
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
Garam
Gula
Daun pisang

Langkah-langkah

1.    Basuh dan rendam beras basmathi selama 15 minit.
2.    Sediakan periuk kukus.
3.    Sukat air bercampur santan sama kuantiti dengan beras.  Masukkan ke dalam bekas yang tahan untuk dikukus.
4.    Masukkan semua bahan ke dalam untuk dikukus.  Masukkan bekas tersebut ke dalam periuk kukus.  Tutup bekas dengan daun pisang untuk mendapat aroma daun pisang.
5.    Kukus untuk selama 15 – 20  minit.  Bila nasi sudah masak siap untuk dihidang bersama sambal tumis, ikan bilis dan sayur-sayuran.


Sambal Tumis

Bahan-bahan

15 batang cili kering - dikisar
2 ulas bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih – dikisar
20 mm halia – dikisar
1 biji tomato - dikisar
Asam jawa
Garam
Gula
Minyak

Langkah-langkah

1.    Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan cili kisar menjadi garing.
2.    Masukkan air asam jawa, garam dan gula.  Kacau hingga sebati.
3.    Setelah semuanya sebati dan menjadi pekat, boleh dimakan bersama nasi lemak kukus.

Thursday, 22 December 2011

SIAKAP MASAM MANIS

 Siakap Masam Manis

Bahan-bahan

1 ekor ikan siakap (saiz sederhana)
3 sudu besar tepung jagung
3 ulas bawang besar (1 ulas dimayang, 1 ulas dikisar, 1 ulas dipotong untuk hiasan)
2 ulas bawang putih - dikisar
10mm halia –dikisar
10 tangkai  cili kering – dikisar
Lobak merah – untuk hiasan
Cili merah – untuk hiasan
Tomato – untuk hiasan
Daun salad – untuk hiasan
Timun – untuk hiasan dipotong dadu
Minyak masak
Garam
Gula
Serbuk kunyit
Sos tomato
Sos cili

Langkah-langkah

1.       Ikan disediakan untuk digoreng dengan melumurkan serbuk kunyit, garam dan dilumur dengan campuran tepung jagung dengan air.  Selepas digoreng ketepikan ikan.
2.       Guna minyak gorengan (5 sudu besar), tumis bahan dikisar.  Kacau sehingga naik bau.
3.       Masukkan cili sos dan tomato sos.  Setelah sebati masukkan bawang dan timun yang dipotong.
4.       Letakan ikan dalam pinggan yang dialas dengan daun salad dan curahkan kuah yang telah dimasak.
5.       Hiaskan dengan meletakkan lobak merah, tomato  dan cili merah.  Sedia untuk dihidang.

Tuesday, 20 December 2011

SAMBAL GORENG

SAMBAL GORENG

Bahan-bahan

Minyak masak
Gula
Garam
Kicap – untuk renjisan
Cili kisar
Sos cili & tomato – pakai 1 sudu besar
Santan – 4 sudu besar.
Untuk paste
Bawang Besar – 1 ulas sederhana besar
Bawang putih – 2 ulas
Halia – 12.5mm
Ikan bilis – 25gm atau/campur udang kering – 25 gm

Untuk digoreng
Tempe – 1 keping dipotong dadu  10mm
Tauhu (Tokoa)  - 2 ketul dipotong dadu 10mm
Kacang Panjang  - 10 batang dipotong serong
Cili merah  - 1 biji dipotong rampai
Soaon (Tanghun)  -  segenggam
Fucuk (Tauhu kering) – 1 keping dipotong kecil
Udang basah (sederhana)  – bilangan ikut suka
Cara-cara
1.       Bahan paste ditumbuk chunky (guna lesong tumbuk -  nak guna blender pun boleh tapi jangan halus).
2.       Soaon dan fucuk direndam bagi lembut.
3.       Tempe, tauhu selepas dipotong dadu, digoreng tapi jangan garing.
4.        Tumiskan bahan paste dan cili kisar sehingga wangi.
5.       Masukkan soaon dan fucuk.
6.        Masukkan sos cili dan tomato.  Kacau sehingga sebati.
7.       Masukkan udang.
8.       Masukkan santan dan kacau. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
9.       Masukkan tempe, tauhu dan kacang panjang.
10.   Renjiskan kicap.  Kalau nak berkuah masukkan air sedikit.
11.   Setelah sebati angkat masukkan dalam mangkuk dan sedia untuk dihidang dan dimakan.
Sukatan adalah mengikut citarasa sendiri.  Kuantiti yang dinyatakan adalah anggaran dan boleh diubahsuai.  Selamat mencuba.

Sunday, 18 December 2011

MEE KARI


Mee Kari

Bahan-bahan

2 kg mee kuning
250 gm isi ayam
250 gm daging (potong nipis, rebus dulu)
12 ekor udang
15 biji telor puyuh
250 gm isi kerang 
2 biji kentang (potong kiub)
1 ulas bawang besar (dimayang)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 cm halia (dikisar)
Cili kisar
Santan
Rempah tumis (Kulit kayu manis, pelaga, bunga cengkeh, bunga lawang)
3 tangkai daun kari 
1 peket rempah kari ikan
1 peket rempah kari daging
¼ sudu teh jintan putih
¼ sudu teh jintan manis
¼ sudu teh ketumbar
20 biji bebola ikan (dibelah dua)
5 keping kek ikan (dipotong dan dibelah dua)
Garam
Gula
Asam jawa
Minyak masak

Untuk Hiasan

500 gm daun sawi – untuk hiasan
5 batang kacang panjang – dicelur untuk hiasan
Limau kasturi – untuk hiasan
Timun – untuk hiasan
Lada merah – untuk hiasan
Taugeh - untuk hiasan

Langkah-langkah

Kuah mee kari
  1. Tumiskan bahan tumis, bawang yang dimayang, bahan yang dikisar dan cili kisar. Setelah naik bau masukkan rempah kari yang dicairkan dengan air. Kacau sehingga sebati.
  2. Masukkan jintan putih, jintan manis dan ketumbar. Kacau dan masukkan daging, isi ayam yang dipotong kecil dan kentang. Biarkan mendidih agar daging, isi ayam dan kentang masak.
  3. Masukkan bebola ikan dan kek ikan. Masukkan garam, gula dan air asam jawa secukup rasa.
  4. Masukkan santan dan kacau sehingga mendidih.
Sambal
  1. Rebus udang. Stok udang akan diguna sedikit untuk sambal.
  2.  Sediakan sambal dengan menumis bahan kisar dan cili kisar. Masukkan garam, gula dan air asam jawa. Biarkan mendidih.
Untuk Hidangan
  1. Celurkan mee dan masukkan ke dalam mangkuk, letakkan bahan hiasan, isi kerang, telur puyuh, udang, sawi dicelur, telur, lada merah, kacang panjang, limau kasturi dan sambal. 
  2. Masukan kuah yang telah tersedia. Siap untuk dimakan.

Saturday, 17 December 2011

AYAM MASAK KICAP BEREMPAH





Ayam Masak Kicap Berempah
                       
Bahan-bahan

½ kg ayam dipotong kecil
3 biji kentang dipotong wedges
1 labu bawang besar dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
1 cm halia dikisar
7 tangkai cili kering dikisar
3 sudu besar serbuk kunyit
2 sudu besar serbuk rempah kari
¼ sudu kecil serbuk jintan manis
¼ sudu kecil serbuk jintan putih
¼ sudu kecil serbuk ketumbar
Kicap lemak manis
5 sudu besar susu cair
Serbuk lada hitam
Daun kari
Garam
Gula
Minyak masak

Langkah-langkah

1.       Ayam yang digaul dengan serbuk kunyit, garam dan bahan yang dikisar dan diperap selama 30 minit.
2.       Ayam yang telah diperap digoreng separa masak. Asingkan ayam yang telah digoreng.
3.       Gorengkan kentang separa masak.  Asingkan.
4.       Menggunakan minyak gorengan, tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
5.       Masukkan rempah kari, jintan putih, jintan manis dan ketumbar.  Masukkan sedikit air untuk mengelakkan campuran hangus.
6.       Masukkan kicap lemak manis, kacau sehingga sebati.  Masukkan serbuk lada hitam dan kacau.  Masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
7.       Setalah mendidih masukkan susu cair dan masukkan ayam dan kentang yang telah digoreng.
8.       Kacau dan biarkan sehingga mendidih supaya ayam dan kentang masak.
9.       Hidangkan dan hiaskan dengan daun sup dan lobak merah.

TEMPE GORENG BEREMPAH DAN SAMBAL KICAP CILI



TEMPE GORENG BEREMPAH DAN SAMBAL KICAP CILI

Bahan-bahan Tempe Goreng

250 g tempe, dihiris kepada saiz yang dikehendaki (biasanya dihiris empat persegi)
2 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu kecil serbuk kari
3 sudu kecil jintan manis, ditumbuk kasar
2 sudu kecil jintan putih, ditumbuk kasar
2 sudu kecil ketumbar,  ditumbuk kasar
Garam
Air

Cara-cara

Gaulkan  rempah yang ditumbuk dan garam di dalam mangkuk.
Perlahan-lahan tambahkan air untuk membuat pes. Kelikatan campuran sederhana (tidak cair tidak pekat).
Celupkan tempe, pastikan pes meliputi permukaan tempe
Goreng dalam minyak panas, Terbalikan secara berulang untuk mendapat garing sama rata.
Keluarkan tempe dan toskan untuk keringkan  minyak apabila perang keemasan,
Hidangkan bersama kicap sambal.


Bahan-bahan Sambal Kicap

2  biji cili padi - lebih jika suka pedas
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
1 sudu kecil gula
3 sudu besar kicap lemak manis 
Limau kasturi

Cara-cara

Tumbuk Cili,  bawang putih, bawang merah dan gula.
Tambah kicap lemak manis.
Perah limau dan gaul rata.

Selamat mencuba.  Sukatan mengikut citarasa sendiri.

SUP MACARONI / MACARONI SOUP


SUP MACARONI

Bahan-bahan

1 cawan Macaroni
200 gm daging dipotong nipis
2 biji kentang dipotong kiub
1 ulas bawang besar – dipotong (sedikit ditinggaklan untuk menumis)
2 ulas bawang putih – dipotong (sedikit ditinggaklan untuk menumis)
25 mm halia – dipotong (sedikit ditinggaklan untuk menumis)
Perencah sup
1 bungkus rempah sup
½ batang Carrot
1 kuntum broccoli
½ sudu teh lada hitam
Garam
Gula
Bawang goreng
Daun sup
Daun bawang
Minyak masak/zaiton

Langkah-langkah
  
1.       Rebus daging dan kentang sehingga empuk.
2.       Masukkan macaroni bersama bawang besar, bawang putih dan halia yang dipotong ke dalam bekas rebusan daging.  Masukkan perencah sup.
3.       Panaskan kuali, masukkan minyak masak untuk menumis.
4.       Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia yang dipotong.
5.       Setelah naik bau wangi, masukkan rempah sup yang dibancuh dengan sedikit air kedalam kuali.
6.       Kacau hingga campuran rempah sebati. 
7.       Tuangkan bahan yang telah ditumis ke dalam periuk merebus macaroni.  Masukkan broccoli.
8.       Masukkan garam, lada hitam dan gula secukup rasa. 
9.       Setelah masak bolehlah dihidangkan dan dihias dengan bawang goreng, daun sup dan daun bawang.

Macaroni Soup

Ingredients

1 cup Macaroni
200 gm of meat cut thin
2 potatoes – cut cubed
1 onions - cut (left some for sauteing)
2 cloves garlic - cut (left some for sauteing)
25 mm ginger - cut (left some for sauteing)
1 bundle soup spice                                                
1 packet seasoning soup
½ Carrot sticks
A bud broccoli
½ tsp black pepper
Salt
Sugar
Fried onions
Parsley
Spring onions
Cooking oil / olive

Methods
  
1.        Boil the meat and potatoes until tender.
2.        Put Macaroni with onions, garlic and ginger cut into the meat stewing container. Put soups spice.
3.        Heat a wok, add cooking oil for sautéing.
4.        Sauté onion, garlic and ginger that have been cut.
5.        After the fragrant aroma comes out, mix seasoning soup with a little water and pour into the pan.
6.        Stir well and let the mixture blended with spices. 
7.        Pour the ingredients into the pot boiling the macaroni. Put the broccoli.
8.        Add salt, pepper and sugar to taste. 
9.        After cooked, served and decorated with fried onions, celery and green onions.

You May Like This:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...