Cooking with a dash of love, which is the key ingredient to good cooking. Happy Reading and Happy Cooking!

Followers

Thursday, 22 December 2011

SIAKAP MASAM MANIS

 Siakap Masam Manis

Bahan-bahan

1 ekor ikan siakap (saiz sederhana)
3 sudu besar tepung jagung
3 ulas bawang besar (1 ulas dimayang, 1 ulas dikisar, 1 ulas dipotong untuk hiasan)
2 ulas bawang putih - dikisar
10mm halia –dikisar
10 tangkai  cili kering – dikisar
Lobak merah – untuk hiasan
Cili merah – untuk hiasan
Tomato – untuk hiasan
Daun salad – untuk hiasan
Timun – untuk hiasan dipotong dadu
Minyak masak
Garam
Gula
Serbuk kunyit
Sos tomato
Sos cili

Langkah-langkah

1.       Ikan disediakan untuk digoreng dengan melumurkan serbuk kunyit, garam dan dilumur dengan campuran tepung jagung dengan air.  Selepas digoreng ketepikan ikan.
2.       Guna minyak gorengan (5 sudu besar), tumis bahan dikisar.  Kacau sehingga naik bau.
3.       Masukkan cili sos dan tomato sos.  Setelah sebati masukkan bawang dan timun yang dipotong.
4.       Letakan ikan dalam pinggan yang dialas dengan daun salad dan curahkan kuah yang telah dimasak.
5.       Hiaskan dengan meletakkan lobak merah, tomato  dan cili merah.  Sedia untuk dihidang.

No comments :

Post a Comment

You May Like This:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...