Ayam Masak Kicap Berempah
Bahan-bahan
½ kg ayam dipotong kecil
3 biji kentang dipotong wedges
1 labu bawang besar dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
1 cm halia dikisar
7 tangkai cili kering dikisar
3 sudu besar serbuk kunyit
2 sudu besar serbuk rempah kari
¼ sudu kecil serbuk jintan manis
¼ sudu kecil serbuk jintan putih
¼ sudu kecil serbuk ketumbar
Kicap lemak manis
5 sudu besar susu cair
Serbuk lada hitam
Daun kari
Garam
Gula
Minyak masak
Langkah-langkah
1. Ayam yang digaul dengan serbuk kunyit, garam dan bahan yang dikisar dan diperap selama 30 minit.
2. Ayam yang telah diperap digoreng separa masak. Asingkan ayam yang telah digoreng.
3. Gorengkan kentang separa masak. Asingkan.
4. Menggunakan minyak gorengan, tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
5. Masukkan rempah kari, jintan putih, jintan manis dan ketumbar. Masukkan sedikit air untuk mengelakkan campuran hangus.
6. Masukkan kicap lemak manis, kacau sehingga sebati. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau. Masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
7. Setalah mendidih masukkan susu cair dan masukkan ayam dan kentang yang telah digoreng.
8. Kacau dan biarkan sehingga mendidih supaya ayam dan kentang masak.
9. Hidangkan dan hiaskan dengan daun sup dan lobak merah.
No comments :
Post a Comment