Cooking with a dash of love, which is the key ingredient to good cooking. Happy Reading and Happy Cooking!

Followers

Thursday, 1 December 2011

MASAK LEMAK CILI PADI PUCUK PAKU DAN BELIMBING BULUH

MASAK LEMAK CILI PADI PUCUK PAKU DAN BELIMBING BULUH

Bahan-bahan

500 gm pucuk paku – satu ikat (ambil bahangian yang lembut sahaja, batang dibuang)
500 gm udang basah
10 biji belimbing buluh – dibelah dua (optional)
Santan kelapa dari satu biji kelapa
1 helai daun kunyit – diambil 1 inci untuk dikisar bersama bahan kisaran
Garam
Gula
Asam keping
Air

Bahan dikisar

10 tangkai cili padi
15 mm lengkuas
15 mm halia
10 mm kunyit hidup

Langkah-langkah
  1. Pucuk paku yang telah diasingkan dari batang dicelur dalam air panas untuk melembutkannya.
  2. Pucuk yang telah layu dipotong kecil.
  3. Dalam periuk masukkan air lebih kurang 1 liter. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar. 
  4. Biarkan sehingga mendidih, masukkan pucuk paku. Selepas itu masukkan santan sedikit demi sedikit.
  5. Setelah semuanya sebati masukkan udang, belimbing buluh, kacau dan masukkan garam, gula, daun kunyit yang diricik dan asam keping.
  6. Setelah mendidih matikan api dan siap untuk dihidang.

No comments :

Post a Comment

You May Like This:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...