Bubur Kacang Durian
Bahan-bahan
1 cawan kacang hijau
¼ cawan sagu biji
1 ketul gula Melaka
¼ cawan gula pasir
12 ulas isi durian
Garam
Santan
Daun pandan
Langkah-langkah
1. Rebus kacang hijau sehingga empuk dan kembang bersama sagu biji.
2. Cairkan gula melaka dan tapis. Masukkan gula melaka ke dalam kacang hijau.
3. Masukkan gula pasir, garam, daun pandan dan kacau. Sehingga sebati.
4. Masukkan santan dan kacau sehingga sebati. Setelah mendidih masukkan isi durian dan biarkan sehingga mendidih.
5. Siap untuk dihidang bersama roti.
No comments :
Post a Comment