Cooking with a dash of love, which is the key ingredient to good cooking. Happy Reading and Happy Cooking!

Followers

Sunday, 18 December 2011

MEE KARI


MEE KARI

Bahan-bahan

2 kilo mee kuning
250 gm isi ayam
250 gm daging (potong nipis, rebus dulu)
12 ekor udang
15 biji telor puyuh
250 gm isi kerang
2 biji kentang (potong kiub)
1 ulas bawang besar (dimayang)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 cm halia (dikisar)
Cili kisar
Santan
Rempah tumis (Kulit kayu manis, pelaga, bunga cengkeh, bunga lawang)
3 tangkai daun kari 
1 peket rempah kari ikan
1 peket rempah kari daging
¼ sudu teh jintan putih
¼ sudu teh jintan manis
¼ sudu teh ketumbar
20 biji bebola ikan (dibelah dua)
5 keping kek ikan (dipotong dan dibelah dua)
500 gm daun sawi – untuk hiasan
5 batang kacang panjang – dicelur untuk hiasan
Limau kasturi – untuk hiasan
Timun – untuk hiasan
Lada merah – untuk hiasan
Taugeh
Garam
Gula
Asam jawa
Minyak masak


Langkah-langkah

  Kuah mee kari

1.       Tumiskan bahan tumis, bawang yang dimayang,  bahan yang dikisar dan cili kisar.  Setelah naik bau masukkan rempah kari yang dicairkan dengan air.  Kacau sehingga sebati.
2.       Masukkan jintan putih, jintan manis dan ketumbar.  Kacau dan masukkan daging, isi ayam yang dipotong kecil dan kentang.  Biarkan mendidih agar daging, isi ayam dan kentang masak.
3.       Masukkan bebola ikan dan kek ikan.  Masukkan garam,  gula dan air asam jawa secukup rasa.
4.       Masukkan santan dan kacau sehingga mendidih.
  
Sambal

5.       Rebus udang.  Stok udang akan diguna sedikit untuk sambal.
6.       Sediakan sambal dengan menumis bahan kisar dan cili kisar.  Masukkan garam, gula dan air asam jawa.  Biarkan mendidih.

Untuk Hidangan

7.       Masukkan mee dalam mangkuk, letakkan bahan hiasan, isi kerang, telur puyuh, udang, sawi dicelur, telur, lada merah, kacang panjang, limau kasturi dan sambal. 
8.       Masukan kuah yang telah tersedia. Siap untuk dimakan.

1 comment :

  1. Ini mesti menu kegemaran en khir, saya akan cuba try ikut

    ReplyDelete

You May Like This:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...