Quiche
Bahan bahan A
2 ¼ cawan tepung superfine
125 gm mentega lembut
6 sudu besar air
Bahan-bahan B
50 gm isi ayam tanpa kulit
50gm sosej ayam
1 cawan susu
½ cawan krim
3 biji telur
½ sudu kecil serbuk lada hitam
1 biji bawang besar hiris
4 ulas bawang putih
1 sudu kecil oregano
50 gm tomato hiris
1 cawan keju cheddar
Sedikit garam
Cara membuat
1. Untuk kulit pastri, pukul mentega dan tepung sehingga membentuk serbuk roti. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
2. Leperkan doh dalam acuan pai@ quiche
3. Untuk isi, panaskan sedikit mentega dan tumiskan bawang putih & bawang merah.
4. Masukkan ayam dan sosej dan goreng sehingga masak.
5. Masukkan, serbuk lada hitam dan oregano. Kacau sebentar.
6. Bubuh garam & padamkan api
7. Dalam mangkuk berasingan pecahkan telur, susu dan krim, kacau sebati. Tambahkan sedikit lagi dengan garam.
8. Taburkan bahan yang digoreng tadi serta susun tomato dalam kulit quiche yang telah dibakar separuh dan tuangkan telur dalam kulit pastri.
9. Taburkan keju dan bakar sehingga quiche masak lebih kurang 20 minit
*Credit to Chef Azli Razali- tqvm for the tips & guidance
*Credit to Chef Azli Razali- tqvm for the tips & guidance
No comments :
Post a Comment