Cooking with a dash of love, which is the key ingredient to good cooking. Happy Reading and Happy Cooking!

Followers

Wednesday, 27 February 2013

BUBUR NASI AYAM / HOMEMADE CHICKEN PORRIDGE

Bubur nasi ayam tersedia untuk dimakan / Ready to eat homemade chicken porridge
Bubur nasi ayam tersedia untuk dimakan / Ready to eat homemade chicken porridge
Daging masak kicap berempah / Meat in spicy sweet-creamy soy sauce
Kangkung belacan / Water spinach in shirmp paste sauce
Telur masin dan campuran ikan masin-udang kering / Salted egg and mix of salted fish-dried shrimp
Sambal tumis / Stir-fry sauce
Homemade Chicken Porridge

Ingredients

For porridge

1 cup rice, washed and drained
2 liters of water (quantity depends on the type of rice)
1 stalk lemon grass, crushed
200 grams chicken cut into small pieces - boiled with rice
Salt

Adds-on Ingredients/Dishes

Meat in spicy-sweet-creamy sauce (In this recipe replace egg with meat)
Fried water spinach with shrimp paste (In this recipe replace kailan with water spinach)
Salted eggs
Coriander leaves and spring onions
Fried onions

Ingredients for salted fish and dried shrimp mix

50 grams of dried shrimps, dried and coarsely ground roasted
100 grams of fried salted mackerel fish meat and coarsely ground
½ onion sliced ​​and fried 

Methods

1.    In pot (electric or stove) put all the ingredients for porridge.
2.    Cook until rice is soft and fluffy and not lumpy.
3.    Stir in the interval from 15 to 20 minutes to avoid going burnt. Add water if reduced.
4.    Once cooked, serve it with adds-on ingredients.

For salted fish and dried shrimp mix.

1.    Add all the ingredients and mixed well.

Bubur Nasi Ayam Buatan Sendiri

Bahan-bahan

Bubur Nasi

1 cawan beras dibasuh dan ditoskan
2 liter air (kuantiti bergantung kepada jenis beras)
1 batang serai dititik
200 gram daging ayam dipotong kecil - direbus bersama nasi
Garam

Bahan/Masakan sampingan

Daging masak kicap berempah (Dalam resepi ini gantikan telor dengan daging)
Kangkung goreng belacan (Dalam resepi ini gantikan kailan dengan kangkung)
Telor masin
Daun sup dan daun bawang
Bawang goreng

Bahan untuk campuran ikan masin dan udang kering

50 gram udang kering digoreng kering dan ditumbuk kasar
100 gram isi ikan tenggiri masin digoreng dan ditumbuk kasar
½ bawang besar dimayang dan digoreng 

Langkah-langkah

1.    Dalam periuk (menggunakan elektrik atau dapur) masukkan semua bahan-bahan untuk bubur nasi.
2.    Masak sehingga beras kembang dan menjadi lembut dan tidak berketul.
3.    Kacau dalam sela 15 – 20 minit untuk mengelak berlaku hangit.  Tambah air jika berkurangan.
4.    Setelah masak dihidang dengan bahan sampingan.

Untuk campuran ikan masin dan udang kering

1.    Campurkan semua bahan dan gaul rata.

Sunday, 24 February 2013

DAGING GORENG HALIA LADA HITAM / FRIED BEEF WITH GINGER AND BLACK PEPPER

Antara bahan yang digunakan / Ingredients used
Bahan-bahan yang digunakan / Ingredients used
Memerap daging / Marinated beef
Siap untuk dihidang / Ready to serve

Fried Beef with Ginger and Black Pepper

Ingredients

500 gram beef thinly cut
2 tablespoons of turmeric powder
1 teaspoon coarse ground black pepper for marinating
5 long beans cut in 1-inch lengthwise
1 inch ginger cut lengthwise
1 inch carrots cut lengthwise
1 red chilli cut diagonally
1 onion sliced
2 cloves of garlic sliced
1 sprig basil leaves, some shredded, some for garnish
2 teaspoon homemade multipurpose paste
1 tablespoon black pepper sauce
1 tablespoon of oyster sauce
1 teaspoon ground black pepper for seasoning
10 cloves of cashew nuts
Salt
Sugar
Olive oil

Methods

1.    Marinated cut meat using turmeric powder, salt, multi-purpose paste and garlic paste.
2.    Heat the olive oil in a pan and sauté the onion, garlic, garlic-ginger paste and multi-purpose paste until fragrant.
3.    Put the marinated meat and mix well until become soft.
4.    Add carrot, cut ginger, black pepper sauce, oyster sauce and mix until well blended.
5.    Once blended put long beans, cut red chilli, basil and stir until blended.
6.    Season it with salt, sugar and black pepper.
7.    Serve it and decorated with cashew nuts and basil leaves.

Daging Goreng Halia Lada Hitam

Bahan-bahan

500 gm daging lembu dipotong nipis
2 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk kasar lada hitam
5 batang kacang panjang dipotong 1 inci
1 inci halia dipotong memanjang
1 inci lobak merah dipotong memanjang
1 cili merah dipotong memanjang
1 bawang besar dimayang
2 ulas bawang putih dimayang
1 tangkai daun selasih, sebahagian dimayang, sebahagian untuk hiasan
1 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh serbuk lada hitam
10 ulas biji gajus
Garam
Gula
Minyak zaiton

Langkah-langkah

1.    Daging yang dipotong diperap menggunakan serbuk kunyit, garam, pes pelbagai guna dan pes halia bawang putih.
2.    Panaskan minyak zaiton dalam kuali dan tumiskan bawang besar, bawang putih, pes pelbagai guna dan pes halia-bawang putih sehingga naik bau.
3.    Masukkan daging yang diperap dan gaul hingga sebati dan menjadi lembut.
4.    Masukkan lobak merah, halia, sos lada hitam, sos tiram dan gaul sehingga sebati.
5.    Setelah semua sebati masukkan kacang panjang, cili merah, daun selasih dan kacau sehingga sebati.
6.    Perisakan dengan garam, gula dan serbuk lada hitam.
7.    Hidangkan dengan hiasan biji gajus dan daun selasih.

Thursday, 21 February 2013

MEE BANDUNG RINGKAS / SIMPLE MEE BANDUNG


Simple Mee Bandung

Ingredients

1 packet of instant noodles (use instant noodles without paste / flavoring)
4-6 fresh prawns – boil it for broth
1 onion sliced
3 cloves of garlic sliced
5 tablespoons homemade chili paste
1 tomato cut in quartered
½ cup roasted and crushed peanuts - to thickens the gravy
4 eggs
Mustard
Sugar / Palm Sugar
Salt

For Garnishing

Fried onions
Celery

Methods

1.    Blanch noodles and drain.
2.    Heat oil and sauté onion, garlic, garlic-ginger paste,  homemade multipurpose paste and homemade chili paste until fragrant.
3.    Add the shrimp broth. Leave to boil.
4.    Add sugar / palm sugar and salt to taste.
5.    Reduce the heat and break the eggs one at a time. Let the eggs cooked / semi-cooked.
6.    Put mustard, peanuts and shrimp. Turn off the heat.
7.    Spoon over noodles, garnish with fried onions and celery. Ready to eat.

Mee Bandung Ringkas

Bahan-bahan

1 peket mee segera (gunakan mee segera tanpa paste/perasa)
4-6 ekor udang basah – direbus untuk diambil air rebusan
1 biji bawang besar dimayang
3 ulas bawang putih dimayang
1 tomato dipotong empat
½ cawan kacang tanah digoreng dan ditumbuk - supaya kuah pekat.
4 biji telur
Sawi
Gula / Gula melaka
Garam

Bahan hiasan

Bawang goreng
Daun sop

Langkah-langkah

1.    Celur mee segera dan toskan.
2.    Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih, pes halia-bawang putih, pes serbaguna dan pes cili kisar sehingga naik bau.
3.    Masukkan air rebusan udang. Biarkan sehingga mendidih.
4.    Masukkan gula/gula melaka dan garam secukup rasa.
5.    Kecilkan api dan pecahkan telur sebiji satu persatu. Biarkan supaya telur tidak pecah dan masak/separuh masak.
6.    Masukkan sawi, kacang tanah dan udang.  Matikan api.
7.    Sendukkan ke atas mee, hiaskan dengan bawang goreng dan daun sop. Sedia untuk dimakan.

Tuesday, 19 February 2013

CHICKEN CHOP V2

Antara bahan yang digunakan / Some of ingredients used
 Campuran perekat / Binding mixed
Serbuk roti / Bread crump
Ayam diperap / Marinated chicken
Siap untuk digoreng / Ready to fry 
Siap untuk dihidang / Ready to serve 
Dihidang bersama bahan lain / Serve with other dish
Sos lada hitam / Black pepper sauce
Chicken Chop V2
(Get version 1 here)
Ingredients

4 whole leg chicken (debone)
1 teaspoon mixed herb
Salt
1 teaspoon mixed spice
2 cups all purpose flour
3 cups bread crumbs
Cooking oil for frying

Ingredients for binder

2 cups all purpose flour
1 cup buttermilk (¾ cup evaporated milk + ½ lemon juice)
1 teaspoon coarse ground black pepper
½ teaspoon nutmeg powder
½ teaspoon mixed herb
½ cup evaporated milk
2 chicken eggs

Methods

1.    Marinate deboning chicken with mixed herbs, mixed spices, black pepper and salt on both sides. Let it rest for 15 minutes.
2.    Prepare adhesive by mixing all ingredients.
3.    Prepare the flour and bread crumbs in a different container.
4.    Put marinated chicken into a container of flour and coat the entire area.
5.    Put coated chicken with flour into the adhesive and then coat it with breadcrumbs.
6.    Let the coated chicken rest, deep-fried it in a frying pan.
7.    Once it turns to golden yellow, served it with black pepper saucehomemade mashed potato and fries.

Chicken Chop V2
(Dapatkan versi 1 di sini)
Bahan-bahan

4 peha ayam dibuang tulang
1 sudu teh herba campuran
Garam
1 sudu teh rempah campuran
2 cawan tepung serbaguna
3 cawan serbuk roti
Minyak masak untuk menggoreng

Bahan untuk perekat

2 cawan tepung serbaguna
1 cawan buttermilk (1 cawan susu cair + ½ biji jus lemon)
1 sudu teh serbuk kasar lada hitam
½ sudu teh serbuk pala
½ sudu teh herba campuran
½ cawan susu cair
2 biji telor ayam

Langkah-langkah

1.    Ayam yang telah dibuan tulang diperap dengan herba campuran, rempah campuran, serbuk lada hitam dan garam pada kedua-dua bahagian.  Biarkan selama 15 minit.
2.    Sediakan bahan perekat dengan mencampur semua bahan.
3.    Sediakan tepung dan serbuk roti dalam bekas berlainan.
4.    Ayam yang telah diperap dimasukkan ke dalam bekas tepung dan dilumurkan pada keseluruhan bahagian.
5.    Masukkan ayam yang dilumur dengan tepung ke dalam bahan perekat dan ratakan, selepas itu masukkan ke dalam bekas serbuk roti.
6.    Biarkan seketika ayam yang telah dilumur sebelum digoreng di dalam kuali secara gorengan tenggelam.
7.    Setelah kuning keemasan siap untuk dihidang bersama sos lada hitamkentang pusar buatan sendiri dan kentang goreng.

Saturday, 16 February 2013

NASI ULAMAN / HERBAL RICE

Herba yanag digunakan / Herbs used
Herba yang digunakan / Herbs used
Herba yang digunakan / Herbs used
Set nasi ulaman / Herbal rice set
 Air asam pencicah / Hot sour dipping sauce
Kurma ayam / Chicken kurma
Nasi ulaman / Herbal rice
Herbal Rice

Ingredients

½ kg basmati rice
3 ½ cups of water
100 grams of dried shrimps, dried roasted and coarsely ground
½ coconut fried until dry (kerisek)
Salt

Herbs used
(all fresh herbs finely cut)

Mint leaves
Basil leaves
Ginger flower
Selom leaves
Lemongrass
Shallots

Methods

1.    Cooked rice as usual (cooks / steam).
2.    Scooped rice and mix all hebs, dry shrimps and kerisek.
3.    Ready to be served with chicken kurma, hot sour dipping sauce and grilled meat.

Nasi Ulam

Bahan-bahan

½ kg beras basmathi
3½ cawan air
100 gram udang kering digoreng kering dan ditumbuk kasar
½ biji isi kelapa digoreng sehingga kering (kerisek)
Garam

Bahan-bahan untuk ulaman
(semua herba segar dipotong kecil)

Daun pudina
Daun selasih
Bunga kantan
Daun selom
Serai
Bawang kecil

Langkah-langkah

1.    Nasi dimasak seperti biasa (tanak/kukus)
2.    Sedukkan nasi dan gaul semua ualaman serta udang kering dan kerisek.
3.    Siap untuk dihidang bersama kurma ayam, air asam pencicah dan daging bakar.

You May Like This:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...